Sudah Hilangkah rasa sayang kita pada ALLAH?

Spread the love

Semalam selepas solat Jumaat, imam buat pengumuman untuk mengerjakan solat hajat memohon kemenangan kepada Islam. Memohon kemenangan di Makamah untuk kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh pihak kristian Sabah. Sungguh tersentuh hati lebih tersentuh daripada melihat penderitaan Rakyat Haiti yang dilanda gempa bumi apabila melihat 90 peratus daripada jemaah berlalu begitu sahaja meninggalkan masjid.

Kaabah

Sudah hilangkah rasa sayang kita pada Allah?” Itulah yang pertama terdetik dalam hati kecil aku.

Sebenar itu yang berlaku dalam masyarakat Islam Malaysia. Rasulullah SAW dan Para Sahabat berkorban harta benda dan darah untuk mengembangkan Islam tetapi majoriti kita dilahirkan dalam Islam maka kita tidak merasai nikmat Islam yang kita perolehi. Nikmat ini hanya kita rasai apabila kita mendapat sesuatu dengan usaha dan kesusahan. Nikmat ini hanya kita hargai apabila kita sudah kehilangannya seperti nikmat sihat hanya kita hargai apabila kita sakit.

Berapa ramai dikalanga kita yang kenal Allah atau hanya kita sekadar melafazkan kalimah Allah tanpa perasaan. Berapa ramai dikalangan kita yang berpelesiran di pasar malam, mall, tepi tembok, gerai malah di rumah tanpa merasa getaran hati apabila mendengar azan berkumandang. Kita merasakan kerja, bisnis, keluarga dan dunia ini lebih penting daripada Allah.

Ada yang tanya kenapa baru sekarang kristian Sabah menuntut menggunakan Kalimah Allah. Jawabannya :

1. Inilah masa yang paling sesuai kerana mungkin mereka telah menganalisa bahawa umat Islam sendiri sudah tidak sayang dan sudah jauh dengan Allah.

2. Ukhwah umat Islam sudah hilang. Pemimpin Islam tidak lagi boleh bersatu walaupun untuk mempertahankan Kalimah ALLAH.

Berdasar pengalaman dan pengamatan di Indonesia yang dijadikan sandaran oleh pemimpin bukan Islam juga sebahagian pemimpin Melayu, pada pandangan aku  jika penggunaan Kalimah Allah dibenarkan penggunaanya oleh pihak kristian maka tunggulah kecelaruan Islam dalam tempoh 10 – 20 tahun lagi sebagaiman berlaku di Indonesia sekarang.

Komen yang aku terima daripada bukan Islam : Do you NOT know, Christian exist before Muslim? How then “Allah” be an exclusive of Muslim, while Christian exist long before Muslim.Anyway, you may refer to some of Indonesia Bible as below, Allah have been commonly use in Malay language.http://www.einjil.com/ . http://bibledbdata.org/onlinebibles/indonesian_bis/01_001.htm. The exclusive for muslim should be الله instead of Allah. As alphabet of “A l l a h” not found in any of Al Quran.

Sudah hilangkah sayang kita pada ALLAH? Bila ada memperjuangkan untuk menggunakan Kalimah Allah tetapi perasaan kita sama sahaja tidak tersentuh walaupun imam mengajak kita untuk solat hajat. Itu belum lagi kalau ajak berjihad mengangkat senjata!! Tuntutan mereka ini bukan tuntutan kosong pasti ada Udang disebalik mee. Harapan aku janganlah Kalimah Allah juga dipolitikkan walaupun aku tahu di Malaysia ini semua hal itu politik.


Spread the love

71 Comments

  1. Pingback: solat jumaat
  2. mungkin ini juga petanda2 yang kita dah makin hampir.risau juga berlaku balik peristiwa lama. perlu ke kekerasan?
    .-= hBz´s last blog ..BANNER WISH CONTEST! =-.

  3. Keterbatasan saya, dalam hal agama membatasi saya untukm banyak berkomentar. Saya, sebagai individu, masih ingin selalu belajar, bagaimana menjadi orang yang berilmu, beriman dan beramal. Semoga itu, menjadi langkah untuk semakin dekat kepada Allah, Insya Allah…
    .-= anazkia´s last blog ..Pertemuan, Awal Dari Perpisahan =-.

  4. Nak lihat kekuatan Umat Islam kini, lihat aja solat subuh di Masjid atau surau2x.

    AJ pun nak kena usaha melawan bebal dlm diri ini tuk perbanyakkan amalan agama. Awatlah berat sungguh untuk p solat di Masjid sedangkan Solat berjemaah itu 27 kali ganda pahala/martabat/darjatnya lebih baik dari solat bersendirian.

    Jika MLM bergantung kepada LEVELnya dan keaktifan ahli2xnya memperbaharui langganan keahliannya, pasti kaki MLM sentiasa berbondong-bondong mengejar kekayaan potensi wang/harta yang akan nampak pada sudut potensi pendapatan melalui pemasaran multilevel ini.

    untuk mendapatkan prospek level 1nya sehingga lengkap ke level 5, 6, 7 – maka Ganjaran pendapatan lumayan banyaklah diperolehi.

    10×1=10
    10×10=100
    10x10x10=1000
    dan seterusnya…

    Jikalah kita boleh tau sudut perkiraan pahala yang Allah S.W.T beri kepada umatnya alangkah beruntungnya kita semua kerana telah lahir dalam Islam dengan telahpun ditawarkan berpuluh2x ribu dan mungkin beratus-ratus ribu jenis pelan Pemasaran MLM sebegini untuk memperkayakan pahala:

    Jika kita solat sendirian. dapat 1 pahala manakala jika
    solat berjemaah walaupun tidak mengajak rakan2x, anak, adik, abag berjmaah di Masjid sesama .

    1×1 = 1
    1x
    1x
    1x
    1x
    dan seterusnya sehingga level ke 27

    Masih mendapat 27 pahala juga kan?

    Sedangkan dengan solat berjemaah jika kita nampak sudut pahalanya & darjat/pangkat seperti level seperti MLM ini – 27 level mengajak rakan-rakan, adik atau siapa sahaja. Contoh dengan mengajak 10 orang.

    10orang x kuasa 27 = ??? (melebihi trillion pahala)

    Tidakkah kita rasa sedar bahawa solat ini juga melibatkan Networking – hubungan talian antara sesama umat. Makin semua berusaha meningkatkan level2x (mencari dan meramaikan lagi join, ramai berbondong-bondong untuk solat secara berjemaah) maka makin kukuhlah pertalian, Makin banyaklah pahala yang diperolehi sesama setiap muslim itu.

    Apabila makin aktif, maka tidakkah kita semua telah meningkatkan martabat agama Islam itu sendiri.

    Suatu Industri/Syarikat MLM akan makin kukuh dan terkenal, kuat lagi perkasa apabila ahlinya sentiasa aktif dan memperbesarkan lagi Networkingnya.

    Begitu juga apa yang kita nampak dari pengetahuan kira-kira (matematik) ini telah pun diajar dan diamal dalam Islam sepenuhnya.

    Jika kita nak menghitung kira-kira Pahala yang Allah beri melalui perkiraan MLM sebegini, tidaklah mampu terhitung banyaknya Pahala kita boleh dapat dan dapat dan dapat lagi..

    Dunia telah membuktikan dan membangga-bangkakan bahawa pelan pemasaran melibatkan Networking MLM ini cukup berkuasa untuk mengejar kekayaan.. Networking sebegini telah pun mereka ambil dan kaji dari apa yang ada dalam Islam secara kita semua umat Islam tidak nampak perkiraan dari sudut pahala yang Allah berikan kepada kita untuk setiap jenis amalan yang kita lakukan.

    TErlalu banyak peluang2x Networking untuk melipatgandakan pahala kita semua boleh ambil. Solat berjemaah, bersedekah, mengajar ilmu agama, berjihad dan banyak lagi. SEmua ini mesti kita semua tahu kan. Tetapi berapa kerat dari kita yang sanggup melakukannya dan mengamalkannya.

    Jikalah kita nampak nilai 1 pahala itu seperti RM10, dengan hanya semudah mengajak rakan solat berjemaah ke masjid sorang pun boleh menjadi berganda RM270.
    Berapa kerat dari umat Islam itu yang mengamalkannya.

    Networking umat Islam mempromosi (berdakwah) dan mengamalkan Islam sudah tidak aktif sedikit demi sedikit. Lama kelamaan Islam itu hanya tinggal sekadar nama dan akan tiba saat kehancuran.

    Sama-samalah kita semua membuat talian Networking dalam Islam kerana semudah berpesan-pesan sesama diri dan sesama kita semua jika dihitung nilai pahala seperti MLM ini, amatlah banyak pahala itu kita dapat. Tidakkah kita mahu mengambil peluang ini yang telah pun terbentang luas?
    .-= AJ´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

    1. @AJ, sungguh bermanafaat untuk diAMALkan. ISLAM adalah networking dan pahala yang kita dapat berterusan walaupun ketika kita berada di alam kubur.

    1. @Incik RestNrilekS, tanggungjawab itu atas diri sendiri kerana apabila kita masuk alam kubur pun sendirian. Manakala bagi yang dikurniakan hidayah jangan jemu-jemu berdoa supaya mereka yang tersesat dalam hidup diberi Allah swt hidayah.

      1. @denaihati, assalamualaikum.betul tu. kita kena sama-sama mendoakan supaya semua umat islam diberikan petunjuk dan hidayah. dan kena belajar memaafkan kesalahan orang lain.kerana itu lebih mulia dari berdendam. dan lakukanlah amalan-amalan sunat juga kerana itu dapat meningkatkan iman.dan kalau boleh setiap perkara kita lakukan,lakukan kerana Allah.itu semua akan membentuk jiwa kita.

        sesungguhnya kita ini berada di akhir zaman sudah.semoga Allah melindungi kita daripada api neraka dan kemurkaan Allah
        .-= umar´s last blog ..Walau Apapun Yang Kita Lakukan Di Dunia Ini,Ingatlah Bahawa Destinasi Terakhir Bagi Kita Semua Adalah Samada Syurga Atau Neraka.Dan Sesungguhnya Neraka Itu Adalah Seburuk-Buruk Tempat Kembali. =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!