Subsidi menghancurkan bangsa

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, panas 1Malaysia bila harga minyak RON95 dan Diesel dikurangkan subsidi sebanyak RM0.20 atau dengan bahasa yang lebih betul harga minyak RON95 dan Diesel dinaikan 20 sen. Berbagai status dikeluarkan di Facebook mengecam kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat. Aku tak nak cerita kisah kenaikan RON95 sebab dah ramai sangat bagi berbagai pandangan tapi aku nak fokus pada isu subsidi.

Bagi aku memberi subsidi ini adalah satu kesilapan besar ahli politik Malaysia untuk jangka masa panjang yang telah mengubah budaya bangsa. Majoriti rakyat menganggap subsidi sebagai milik kekal bukan sebagai bonus yang boleh ditarik bila-bila masa.

“Bumiputera sehingga hari ini masih bergantung dengan subsidi. Subsidi yang sepatutnyanya menjadi pencentus motivasi untuk menjadi bangsa yang lebih berjaya tetapi menjadi asbab kepada budaya negatif yang berakar umbi. Sebahagian kecil orang Melayu yang memanafaatkan subsidi secara positif menjadi contoh kejayaan. Sebilangan besar orang Melayu pulak hidup bergantung dengan subsidi tanpa perlu berusaha keras untuk menjadi insan yang lebih berjaya. – Merdeka dari subsidi

Subsidi menyebabkan kita hidup lebih daripada kemampuan

Adanya subsidi tepung, beras, minyak masak, petrol dan lain-lain menyebabkan kita mempunyai lebihan duit dan boleh memiliki rumah dan kenderaan yang sepatutnya tidak mampu untuk kita miliki. Sifat buruk ini telah menular dalam budaya kita sehingga kita tidak dapat bezakan kedudukan sebenar kita berbanding keadaan ekonomi sebenar. Cuba kita tengok di negara lain yang pernah aku jejaki seperti Kemboja, Thailand, New Zealand, Italy, Austria dimana harga petrol dan barang-barang asas makanan dijual pada harga sebenar tanpa subsidi. Rakyat di negara-negara tersebut hidup mengikut  keadaan ekonomi sebenar, turun naik harga barang sebenar  jadi mereka membeli mengikut kemampuan sebenar. Berapa ramai dikalangan kita yang sanggup downgrade gaya hidup mengikut kemampuan kerana subsidi bukan selama-lamanya? Orang kita lebih suka terlebih gaya walaupun poket kosong tak mengapa.

Subsidi menjadikan kita malas

Ada yang kata kenapa Negara Arab boleh jual minyak dengan harga yang sangat murah. Cuba kita selidik prestasi orang arab, adakah mereka bangsa yang berjaya. Pasti ramai yang pernah menjejaki kaki di tanah arab akan bersetuju kalau aku katakan bangsa arab bukanlah satu bangsa yang boleh dicontohi kerana sifat malas dan merasa menjadi tuan terlalu menebal. Adakah subsidi yang berlebihan telah menjadikan bangsa arab antara bangsa yang tidak berjaya di dunia? Sifat malas dan rasa sebagai tuan besar tidak kurang juga ada dalam diri bangsa Melayu yang menerima bermacam subsidi.

Subsidi menyebabkan bangsa tiada daya tahan

Ramai mengeloh bila RON95 naik sebab dah terbayang harga barang-barang akan naik tanpa mereka menyedari antara alasan kenaikan RON95 adalah kerana harga minyak dunia yang sudah mencecah USD106/barrel. Mereka mengeloh kerana tak sanggup nak mengubah diri samada mengurangkan perbelanjaan atau bekerja lebih kreatif mencari pendapatan sampingan sebab sudah terlalu lama dibelai dengan subsidi.

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan
 

Kita tengok bangsa Cina yang satu ketika dahulu tidak mendapat banyak keistimewaan seperti biasiswa dan pinjaman perniagaan telah bekerja kuat untuk membina kehidupan. Mereka berjaya menghantar anak-anak ke luar negara dengan duit sendiri dan membina perniagaan besar dengan modal sendiri. Semua itu menjadikan mereka bangsa yang kuat dan berdaya tahan dalam apa juga suasana. Orang kita bila harga minyak naik dah mengeloh seperti dunia nak kiamat tersekat minda untuk berfikir bahawa setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kekadang kita terlupa bahawa ekonom Malaysia sebuah negara kecil sangat terpengaruh dengan suasana ekonomi luar tetapi tak boleh nak salahkan rakyat kerana ahli politik sudah janjikan bulan dan bintang hanya kerana untuk satu undi.

Yakin pada subsidi keterlaluan

Keyakinan hidup dengan subsidi terlalu tinggi sehingga apabila subsidi ditarik balik terasa gelap dunia. Kita terlupa rezeki semua dari ALLAH SWT. Banyak duit itu belum mengambarkan kekayaan kerana ramai juga yang sedikit duit lebih kaya daripada yang banyak duit. Ramai yang banyak duit tapi hutangnya lebih banyak dari duit terkumpul manakala ada yang sedikit duit tapi penuh dengan keberkatan. Banyak sikit tidak penting yang lebih penting keberkataan di sisi ALLAH SWT. Silapnya kekadang orang tinggi ilmu agamanya juga melatah berkongsi propaganda dunia tanpa memasukan unsur akhirat apabila berada dalam keadaan begini.

Teringat kata orang alim apa juga yang berlaku di muka bumi ini bukan masalah tapi hanya ujian. Masalah sebenar adalah apabila kita mengadap ALLAH SWT di Padang Masyar kita miskin pahala … itulah masalah yang sebenar. Sebenar sistem zakat yang Islam sediakan sudah terlalu sempurna yang kaya membantu yang miskin baaru ada keberkataan hidup ini.

“مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَهُم مِّن فَزَعٍ يَوْمَئِذٍ آمِنُونَ
Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.
(Surah An-Naml ayat 89)”

Kalaulah ada parti politik yang mempunyai manisfesto memansuhkan subsidi pasti akulah orang pertama yang akan mengundi demi kelansungan anak, cucu, cicit dan keturunan aku yang mampu berdiri dengan sendiri walau dimana mereka berada di atas muka bumi yang nyata mengikut kemampuan sebenar.

Sampai bila kita nak menagih subsidi?


Spread the love

98 Comments

  1. Saya tidak bersetuju jika subsidi dihapuskn sepenuhnya.

    Sebagai warga negara msia yg membayar cukai n zakat setiap bulan, saya ingin juga melihat ke mana duit berkenaan disalurkan. Setidak2nya dpt dinikmati oleh semua.

    saya sedikit kecewa dengan alasan pengurangan dubsidi petrol n diesel oleh sesetengah orang politik yang menyatakan “rasionalisasi dibuat kerana subsidi tersebut turut digunapakai oleh golongan kaya”..

    saya cuma harap, kerajaan akan lebih berhemah dlm berbelanja.
    Curahan rasa shraqs @ ..Nokia Smartphone Divisyen Sah Milik MicrosoftMy Profile

  2. Subsidi ada ke tiada hidup saya mesti terus. Walaupun ada ke tiada ke subsidi saya tetap kena beli petrol. Makan pakai anak bini tetap saya kena jaga. Merungut mengeluh ada ke penyelesaian nanti? Sama je kan.

    Siapa menang ke kalah ke sama juga saya juga kena kerja.

    Kesimpulannya, apapun jadi hidup mesti terus. Yang penting terus kreatif dalam ujian perjalanan hidup ini.
    Curahan rasa daddydee @ ..Nyanyi Lagu Negaraku Dalam PawagamMy Profile

  3. Isu subsidi minyak ni memang ada golongan yang akan sensitif terlebih. Jujurnya, aku pun terasa kesan kenaikan 20sen ni. Tapi dalam konteks saat ini, apa sangat yang kita boleh buat? Merusuh? Itu lagilah merosakkan negara dan menyusahkan orang lain.

    Sekarang ni kena control bajet dah. Jangan overspend. Kalau selalu drive, tukar ke motor. Kriss 120 aku, rm7 ringgit boleh tahan seminggu. Kalau yg nak kena drive juga tu, takboleh nk buat apa lah kan. Lima tahun lagi, bg balasan kat peta undi. Setel.
    Curahan rasa Fyzal @ ..Wordless Wednesday #6 Petrol Price Hikes? Use Roller BladesMy Profile

    1. Betul tu bro kita kena berubah kehidupan ikut kemampuan. 5 tahun kita pun tak tahu apa jadi mungkin minyak akan naik sehingga usd200/barrel atau mungkin dunia dah hancur kerana peperangan.

  4. salam bro… ko xpayah cakap banyak ok… turun naik ekonomi ini adalah salah satu rancangan dari pihak Yahudi.. ko paham x… semua kenaikan ekonomi adalah dikuasai oleh orang kafir laknat ko setuju ke lau semua dikuasai oleh mereka… kita adalah salah satu negera pengeluar minyak mentah jadi kenapa kita rakyat malaysia harus terkena tempias yang terlalu ketara… fikr2kanlh

    1. Sebab negara kita pengeluar minyaklah harga minyak kita jauh lebih murah dari banyak negara lain. Cuba bro pergi kat google … search petrol price singapore, thailand, chambodia, germany dan sebagainya … Mereka membayar jauh lebih mahal dari kita. Harga minyak mereka berbeza setiap hari. Kalau jadi kat malaysia macam tu boleh kiamat malaysia.

  5. Maaf terlebih dahulu jika pendapat yang diutarakan tidak betul… pada pendapat saya benarkah ada subsidi dalam isu minyak ini…. RON 97 dikatakan tiada subsidi pada harga RM 2.70… RON 95 dikatakan bersubsidi RM 0.63 dan dijual pada harga RM 2.10… tapi jika ditambah RM 2.10 + RM 0.63 = RM 2.73…. ini bermakna RON 95 lebih mahal daripada RON 97.. pada asasnya RON 97 adalah yang terbaik…. pada artikal di atas admin ada menyatakan harga minayk dunia meningkat… tetapi harga RON 97 tidak meningkat… kenapa,mengapa dan bagaimana?

    1. Kepada sudara Azan…

      harga ron97 yg dinyatakan oleh saudara bukanlah harga sebenar. Harga sebenar ron97 ialah RM3.38.

      Saya bagi contoh harga lama:

      Harga pasaran sebenar bagi RON95 sepatutnya RM3.18 yang mana subsidi kerajaan sebanyak 70 sen dan cukai jualan 58 sen ditambah pada harga di pam iaitu RM1.90 seliter.

      Bagi RON97, harga pasaran sebenar dengan cukai ialah RM3.38 (RM2.80 + 58 sen cukai jualan.

  6. Aku tak berapa setuju subsidi ini membentuk budaya bangsa yang lemah…minta maaf..tapi jangan lihat subsidi ini cuma ada pada minyak sahaja….subsidi ini banyak dan kalau dikatakan subsidi ini membentuk budaya bangsa yang lemah..itu cuma ada pd 50% sahaja…ada yang siang mlm di lautan mencari rezeki..berpanas dan berhujan…itu pun penerima subsidi sebenarnya..adakah mereka malas bila mencari rezeki halal dengan cara begitu??
    Curahan rasa Eridy San @ ..Contest Blogger : Apa kata blogger tentang trafik blog?My Profile

    1. Pernah tgk tak nelayan yang dpt subsidi nie siang mlm d lautan cari rezeki halal untuk keluarga?? Adakah mereka dlm golongan pemalas dan pengharap? fikir dulu sblm menuduh penerima subsidi nie org yang malas…kereta kalau tak ada subsidi…rakyat yang bising..itu semua malas?? tidak..sbb itu untuk keperluan…
      Untuk pengetahuan semua..dalam perlembagaan negara, kerajaan wajib menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan pertolongan..so subsidi itu perlu…cuma ada segelintir yang buat taik bila dpt subsidi..!
      Curahan rasa Eridy San @ ..Contest Blogger : Apa kata blogger tentang trafik blog?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!