Subsidi menghancurkan bangsa

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, panas 1Malaysia bila harga minyak RON95 dan Diesel dikurangkan subsidi sebanyak RM0.20 atau dengan bahasa yang lebih betul harga minyak RON95 dan Diesel dinaikan 20 sen. Berbagai status dikeluarkan di Facebook mengecam kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat. Aku tak nak cerita kisah kenaikan RON95 sebab dah ramai sangat bagi berbagai pandangan tapi aku nak fokus pada isu subsidi.

Bagi aku memberi subsidi ini adalah satu kesilapan besar ahli politik Malaysia untuk jangka masa panjang yang telah mengubah budaya bangsa. Majoriti rakyat menganggap subsidi sebagai milik kekal bukan sebagai bonus yang boleh ditarik bila-bila masa.

“Bumiputera sehingga hari ini masih bergantung dengan subsidi. Subsidi yang sepatutnyanya menjadi pencentus motivasi untuk menjadi bangsa yang lebih berjaya tetapi menjadi asbab kepada budaya negatif yang berakar umbi. Sebahagian kecil orang Melayu yang memanafaatkan subsidi secara positif menjadi contoh kejayaan. Sebilangan besar orang Melayu pulak hidup bergantung dengan subsidi tanpa perlu berusaha keras untuk menjadi insan yang lebih berjaya. – Merdeka dari subsidi

Subsidi menyebabkan kita hidup lebih daripada kemampuan

Adanya subsidi tepung, beras, minyak masak, petrol dan lain-lain menyebabkan kita mempunyai lebihan duit dan boleh memiliki rumah dan kenderaan yang sepatutnya tidak mampu untuk kita miliki. Sifat buruk ini telah menular dalam budaya kita sehingga kita tidak dapat bezakan kedudukan sebenar kita berbanding keadaan ekonomi sebenar. Cuba kita tengok di negara lain yang pernah aku jejaki seperti Kemboja, Thailand, New Zealand, Italy, Austria dimana harga petrol dan barang-barang asas makanan dijual pada harga sebenar tanpa subsidi. Rakyat di negara-negara tersebut hidup mengikut  keadaan ekonomi sebenar, turun naik harga barang sebenar  jadi mereka membeli mengikut kemampuan sebenar. Berapa ramai dikalangan kita yang sanggup downgrade gaya hidup mengikut kemampuan kerana subsidi bukan selama-lamanya? Orang kita lebih suka terlebih gaya walaupun poket kosong tak mengapa.

Subsidi menjadikan kita malas

Ada yang kata kenapa Negara Arab boleh jual minyak dengan harga yang sangat murah. Cuba kita selidik prestasi orang arab, adakah mereka bangsa yang berjaya. Pasti ramai yang pernah menjejaki kaki di tanah arab akan bersetuju kalau aku katakan bangsa arab bukanlah satu bangsa yang boleh dicontohi kerana sifat malas dan merasa menjadi tuan terlalu menebal. Adakah subsidi yang berlebihan telah menjadikan bangsa arab antara bangsa yang tidak berjaya di dunia? Sifat malas dan rasa sebagai tuan besar tidak kurang juga ada dalam diri bangsa Melayu yang menerima bermacam subsidi.

Subsidi menyebabkan bangsa tiada daya tahan

Ramai mengeloh bila RON95 naik sebab dah terbayang harga barang-barang akan naik tanpa mereka menyedari antara alasan kenaikan RON95 adalah kerana harga minyak dunia yang sudah mencecah USD106/barrel. Mereka mengeloh kerana tak sanggup nak mengubah diri samada mengurangkan perbelanjaan atau bekerja lebih kreatif mencari pendapatan sampingan sebab sudah terlalu lama dibelai dengan subsidi.

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan
 

Kita tengok bangsa Cina yang satu ketika dahulu tidak mendapat banyak keistimewaan seperti biasiswa dan pinjaman perniagaan telah bekerja kuat untuk membina kehidupan. Mereka berjaya menghantar anak-anak ke luar negara dengan duit sendiri dan membina perniagaan besar dengan modal sendiri. Semua itu menjadikan mereka bangsa yang kuat dan berdaya tahan dalam apa juga suasana. Orang kita bila harga minyak naik dah mengeloh seperti dunia nak kiamat tersekat minda untuk berfikir bahawa setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Kekadang kita terlupa bahawa ekonom Malaysia sebuah negara kecil sangat terpengaruh dengan suasana ekonomi luar tetapi tak boleh nak salahkan rakyat kerana ahli politik sudah janjikan bulan dan bintang hanya kerana untuk satu undi.

Yakin pada subsidi keterlaluan

Keyakinan hidup dengan subsidi terlalu tinggi sehingga apabila subsidi ditarik balik terasa gelap dunia. Kita terlupa rezeki semua dari ALLAH SWT. Banyak duit itu belum mengambarkan kekayaan kerana ramai juga yang sedikit duit lebih kaya daripada yang banyak duit. Ramai yang banyak duit tapi hutangnya lebih banyak dari duit terkumpul manakala ada yang sedikit duit tapi penuh dengan keberkatan. Banyak sikit tidak penting yang lebih penting keberkataan di sisi ALLAH SWT. Silapnya kekadang orang tinggi ilmu agamanya juga melatah berkongsi propaganda dunia tanpa memasukan unsur akhirat apabila berada dalam keadaan begini.

Teringat kata orang alim apa juga yang berlaku di muka bumi ini bukan masalah tapi hanya ujian. Masalah sebenar adalah apabila kita mengadap ALLAH SWT di Padang Masyar kita miskin pahala … itulah masalah yang sebenar. Sebenar sistem zakat yang Islam sediakan sudah terlalu sempurna yang kaya membantu yang miskin baaru ada keberkataan hidup ini.

“مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَهُم مِّن فَزَعٍ يَوْمَئِذٍ آمِنُونَ
Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.
(Surah An-Naml ayat 89)”

Kalaulah ada parti politik yang mempunyai manisfesto memansuhkan subsidi pasti akulah orang pertama yang akan mengundi demi kelansungan anak, cucu, cicit dan keturunan aku yang mampu berdiri dengan sendiri walau dimana mereka berada di atas muka bumi yang nyata mengikut kemampuan sebenar.

Sampai bila kita nak menagih subsidi?


Spread the love

98 Comments

    1. siapa yg tak suka minyak turun tapi apa kebaikan untuk negara dan rakyat utk jangka pendek dan jangka panjang itu yg mesti difikirkan kerana harga minyak dikawal oleh dunia.
      Curahan rasa denaihati @ ..Orang TablighMy Profile

  1. yang selalu kita ketahui dan hebohkan hanya bumiputera yang selalu disogokkan ‘Subsidi’,,dalam sedar tak sedar,,kita tak pernah di hebohkan bangsa asing ‘cina’ ‘Play smart’ pun dapat subsidi dari Kementerian,,,mereka tak main ‘belas ribu’ seperti bumiputera,,fikir2kan lah…

    1. Bangsa cina baru lah 4-5 tahun ni dapat fasiliti biasiswa dan pinjaman … dulu manalah ada. Dulu nak masuk U tempatan pun susah tapi mereka berjuang utk dapat hak mereka dan akhirnya mereka dapat. Aku tak pernah cemburu pun mereka dapat. Dulu tak dapat biasiswa, tak dapat pinjaman pun mereka boleh berjaya jadi sekarang bila dah dapat pasti mereka akan lebih berjaya sebab mereka kerja kuat.

  2. setuju dengan cara downgrade kehidupan seharian. dulu2 masa mengaji di masjid ada seorang ustaz pernah berkata, jika bahagia hidup berbelanja mengikut kemampuan dan buat simpanan. dengan kata mudah: “ada duit rm10, berbelanjalah seperti ada rm5 supaya selebihnya boleh disimpan. ramai yang sekarang ada rm10 ditangan tetapi berbelanja seperti ada rm15 – berhutang”.
    Curahan rasa saljuhumairah @ ..Harga Minyak Naik? Cerita Lucah Lawak Lebih Mendapat TempatMy Profile

  3. memang demikian subsidi membuat kita terlena tapi apa daya kita sudah terbiasa hidup merasakan subsidi jadi turun sedikit saja subsidinya pasti mengeluh

  4. Saya pun tak nak sentuh bab kenaikan harga petrol/diesel. Tp saya setuju dgn pendapat DH berkenaan cara hidup rakyat negara lain.

    Saya sendiri bila berpeluang hidup di bumi orang baru la nampak baik buruk sesuatu perkara. Susah nak terangkan pada orang lain. Diaorang tak faham. Kena lalui sendiri baru tahu.
    Curahan rasa ahmad ijat @ ..Kisah Emas dan PerakMy Profile

  5. Salam semua,

    kesimpulan saya dari pandangan saudara diatas.

    1)sekira nya seorg ibu bapa yg amat boros & sentiasa berbelanja lebihan tanpa mengfikirkan hala tuju masa dpn keluarga memberitahu dekat anak2 nya supaya berjimat cermat. Adakah
    anda rasa anak2 itu dapat memahami & menuruti keadaan yg diberitahu oleh ibu bapanya???

    2) kita sentiasa membandingkan dgn negara lain & cara hidup mereka, tapi knp anda tidak membandingkan gaji pekerja disana dgn disini (takyah gi jauh tgk je singapore sdh ckp majoriti rakyat disana hidup dlm kesenangan walaupun minyak & brg2 harga mahal, knp???)

    Klu nak dibandingkan negara kita dgn negara lain hentikan sebab malaysia adalah negara yg byk hasil bumi atau senang cerita lubuk emas…

    1. 1. Ibubapa kena tunjukan cara mentadbir duit yg betul. Kalau dulu ibubapa sangguh berkorban utk pelajaran anak-anak sehingga tak tukar baju tapi kini ibubapa sibuk tukar pakaian mereka mengikut trend .. Kan berbeza tu.

      2. Di negara luar gaji memang tinggi sebab mereka tak ada subsidi dan harga barang-barang mereka pun mahal contoh di singapore gaji mahal tapi harga minyak ikut harga semasa, nasi lemak mereka pun jauh lagi mahal banding dengan Malaysia. Di Malaysia gaji memang rendah tapi cuba campurkam dengan subsidi petrol, tepung, beras, minyak masak, subsidi pelajaran dan macam2 lagi subaidi … agak2 sama tak gaji kita dengan gaji luar negara tu yg tak dapat subsidi.

  6. Usah Gusar, Meh aku ceritakan duit cari duit macam langkah jadi Jutawan. Labur duit dalam Gold N Silver Underground akan mendapat keuntangan bulanan dari 15% hingga 30%, modal minima RM3,500(USD!,000)
    selepas 4 bulan buat bayaran modal bulan ke5 dan seterusnya dapat minima RM525.00. Tak cari orang(pasif) dapat duit , cari orang(sponsor) dapat lebih setiap bulan selapas orang yg kita sponsor matang 4 bulan.

  7. Kalau tidak ada subsidi bagaimana dengan nasib masyarakat kalangan bawah..
    Untuk itu, saya harap pemerintah bisa mempertimbangkan kembali dan melakukan berbagai upaya lainnya untuk tetap mensejahterakan masyarakat dikalangan bawah..

  8. Ramai orang berpandangan sebaliknya Tuan, terlebih ramai yang hanya pandai bercakap tanpa menilai apa yang mereka miliki selama ini. Saya setuju kita sangat bergantung dengan subsidi tetapi bila sedikit demi sedikit subsidi ditarik hidup kita berjalan seperti biasa juga.

    Tak usah sangat mengeluh dengan tuntutan dunia.
    Curahan rasa JunAina @ ..Merdeka Raya Sederhana Tapi MeriahMy Profile

  9. saya sokong 100% kenyataan sdr DH di atas, saya tak suka subsidi. kalau ada benda free saya akan suruh orang yang betul2 layak pergi ambil. saya malu nak ambil benda free jika orang yang susah tak boleh dapat apa yg sepatutnya hak mereka. berbagilah keharmonian dan kekayaan agar hidup lebih diberkati olehNya…
    Curahan rasa aynora nur @ ..Tips Memilih Durian Yang MudahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!