Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Jumlah Dividen ASB 8.25 sen sesaham bagi 2017“. Kali ini Abang nak berkongi tips bisnis oleh Bapak Viral Kebangsaan, Tuan Khairul Hakimi tuan punya blog Apemazing.com.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Setiap hari kita membaca berbagai kisah kejayaan kawan-kawan sosial media dalam berbagai bisnis. Kejayaan ini menjadi motivasi kepada ramai rakan-rakan yang ingin berhijrah daripada dunia bekerja kepada dunia bisnis sendiri. Untuk berjaya dalam bisnis perlu perancangan dan strategi yang mantap. Kali ini Abang nak kongsikan tips bisnis oleh Sifu Khairul Hakimi. Tips yang dikongsikan ini sangat baik untuk semua usahawan amalkan sekiranya benar-benar ingin berjaya pada tahun 2018.
Untuk kawan-kawan bisnes (owner), tak kiralah perniagaan itu besar atau kecil, mungkin ini boleh dimasukkan dalam strategi tahun baru 2018 nanti :
1. Membuat database network. Ambil bisnes kad mereka, dan tulis bidang apa bisnes mereka dan minta kakitangan jadikan ia sebagai database. Ia bagus untuk rujukan dan bantuan kepada syarikat.
2. Travel sekurang-kurangnya 4 kali setahun. Semata-mata untuk belajar bagaimana produk / perkhidmatan yang sama dengan kita disusun dan dikawal selia di negara lain. Belajar belajar belajar sambil berjalan.
3. Mengambil kursus CEO, admin, public speaker, kewangan, sosial media dan pembangunan content sekurang-kurangnya 1 kali setiap 1 modul setahun. Supaya sentiasa up to date dengan sistem dan juga teknologi.
4. Membuat perbentangan syarikat pada awal tahun nanti tentang hala tuju syarikat sepanjang 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun akan datang. Beri kakitangan faham dan hadam supaya mereka juga bersama dengan kita.
5. Bersama dengan kakitangan dalam masalah syarikat. Supaya kakitangan tahu dan sedar yang mereka ada pemimpin, bukan bos yang suka mengarah dan bantai-bantai-bantai.
6. Membaca sekurang-kurangnya 20 buku setahun (pemilik bisnes) dan menganjurkan atau mencadangkan kepada kakitangan untuk membaca sekurang-kurangnya 12 buku setahun. Ia bagus dalam menajamkan minda dan mengasah kecergasan berfikir.
7. Beriadah dan sentiasa fit. Mulakan pada januari dengan membuat data berat badan, BMI, jumlah pengambilan kalori dan sebagainya (ini mari kita buat sama-sama). Supaya kita jadi contoh bisnes owner yang menjaga kesihatan.
8. Sentiasa up to date dengan isu semasa, perkembangan dunia pemasaran dan jualan dan mengikuti perkembangan bisnes dalam dan luar negara.
9. Menambah kawan-kawan bisnes dengan membuat sesi berkawan seperti minum sana sini, mengikuti seminar, menyertai larian amal, support program kawan-kawan dan semestinya membuat program amal sendiri.
10. Masuk ke media premium 2-4 kali setahun supaya sentiasa releven di mata pelanggan.
Yang lain kau tambah ya. Semoga bermanfaat.
Khairul Hakimin Muhammad
Tahun bangkit 2018.
43 Comments
sebab itu, rajin-rajinlah membaca dan belajar dari orang lain.
Tapi orang kita selalu malas dan mahu fasat income.
Itu yang ramai jatuh dan kecewa.
Curahan rasa titan @ ..Anakku Sazali.
Sebab tu wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W adalah Iqra’… Bacalah.. membaca itu jambatan ilmu.. siapa yang banyak membaca dalam sesuatu bidang, orang tu akan mendahului rakan-rakan/pesaing lain dalam bidang yang sama..
Curahan rasa Anuar @ ..Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan
kisah kisah orang berjaya dan program usahawan n banyak menaikkan semangat usahawan muda utk berjaya dalam bisnes.
Curahan rasa nikkhazami @ ..10 Filem Terbaik 2017 Pilihan Nikkhazami Dotcom
Betul… teringat kata orang tua-tua.. kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi.. kita ajan dapat sama wangiannya..
Curahan rasa Anuar @ ..Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan
Alhamdulillah ilmu yang bermanfaat…semoga 2018 memberi sinar buat bisnes kita semua..
Pendedahan strategi bisnis 2018 oleh sifu khairul hakimin memerlukan kesungguhan dari kalangan semua yang ingin berjaya. Membaca 20 buku bisnis sebagaimana yang dinyatakan, sebenarnya banyak membantu meningkatkan motivasi diri.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Khasiat Akasia Senegal Lebih Tinggi Daripada Akasia Seyal
Bab baca 20 buah buku bisnes sebenarnya agak mencabar untuk dilakukan.. tapi kalau nak berjaya, tak ada pilihan lain.. akan cuba buat yang terbaik..
Curahan rasa Anuar @ ..Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan
memang best semua tips dia. done save. semoga kejayaan lebih besar tahun 2018
Curahan rasa Raihanah @ ..Bestnya Promo Shaklee Januari 2018
Good luck Puan Raihanah… Aminn.. sama-samalah kita saling mendoakan sesama kita
Curahan rasa Anuar @ ..Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan
Antara strategi yang menarik dikongsikan oleh sifu Khairul Hakimin, beriadah dan sentiasa fit, dan membaca buku. 2 perkara yang jarang diketengahkan kepada orang ramai untuk maju.
2 makanan tersebut perlu sentiasa dijaga, makanan untuk badan, makanan untuk otak.
Curahan rasa Naziman Azlye @ ..Panduan Kerja di Singapura
Terima kasih di atas tips yang dikongsikan.. semoga dapat dijadikan peringatan dan panduan untuk lebih maju lagi pada tahun 2018..
Curahan rasa anuar @ ..Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan
Teorinya memang mudah. Namun perlaksaaan tak semudah yang disangka.
Apa yang penting, dengan kemahuan dan disipilin yang padu pasti akan boleh berjaya
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Gagal Cabaran 300 Patah Perkataan Dalam 30 minit
Mana mana teori atau pelan atas kertas memang nampak hebat, masa nak dibuat itulah cabaran yang sebenar.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Komisyen RM1000 Bila Ajak Rakan Jadi Uber Driver
sebab tu kejayaan itu mahal harganya dan tak semua sukses. mereka yg sukses adalah mereka yg berdisiplin
Curahan rasa denaihati @ ..Jumlah Dividen ASB 8.25 sen sesaham bagi 2017
Tulis atas kertas sudah lebih baik dari simpan dalam otak
Langkah seterusnya nak berjaya dengan tindakan yang berterusan dan disiplin
Ini yang ramai tak sanggup
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Ubat kencing manis paling berkesan untuk kawal gula darah?
Tuan Denaihati ni ada terlalu ramai kenalan.. mempunyai networking yang luas.. Bukan setakat rakan blogger, golongan artis, para usahawan.. Sekarang bapak viral kebangsaan pula… tahniah tuan Denaihati..
Curahan rasa Anuar @ ..Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan
Apa apa yang kita ada semua dari Allah, kena banyakkan bersyukur supaya Allah tambah keberkatan dan rezeki dalam hidup kita
Siapa yang kufur nikmat, azab Allah sangat pedih
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Doa mudah bersalin normal cara islam amalan ibu mengandung!
Insaf saya baca komen ibu zaid. Segala kekayaan hakikatnya milik Allah.
Curahan rasa Ksjb @ ..Bergaduh pasal durian
Betul tu setuju… kita perlu sentiasa bermuhasabah diri supaya hidup lebih berkat..
Curahan rasa Anuar @ ..Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan
Dari surah ibrahim surah ayat 7
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Rahsia kulit cantik putih gebu wanita korea! Flawless macam baby. No 6 Paling Kelakar
Membaca 20 buku setahun sangat praktical untuk diamalkan.. dengan banyak membaca akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran..
Curahan rasa Anuar @ ..Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan
Saya suka bawa anak2 bercuti dalam negara sahaja… selain daripada nak jimatkan kos peecutian, saya juga dapat jadikan homestay lain sebagai banchmark untuk bisnes homestay saya..
Curahan rasa Anuar @ ..Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan
luar biasa orang ini sampai digelari bapak viral kebangsaan , nak tiru travel paling sedikit 4 kali dalam setahun insya Allah
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Faktor-Faktor Penyebab Diabetes
Tu lah.. bukan senang nak sampai ke tahap macam ni.. hanya mereka yang pakar dalam ilmu pemasaran sahaja layak mendapat gelaran ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan
Saya jarang travel, cuma ada masa tertentu saya bercuti di dalam negara untuk luangkan masa dengan famili. Mungkin saya boleh pilih tempat yang ada suasana bisnes untuk kembangkan cara berfikir.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Jangka Panjang Dan Bisnes Jangka Pendek
Samalah kita.. belum ada rezeki nak bawa anak dan isteri bercuti ke luar negara.. setakat ni cuti dalam negeri dan kalau ramai yang join sekali ketika kami bercuti, kami akan sewa homestay..
Curahan rasa Anuar @ ..Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan
Pada tahun 2018 ini saya juga sedang mengatur strategi yang lebih kemas untuk bisnes homestay saya… info-info bisnes seperti ini sangat saya perlukan sebagai motivasi untuk memulakan tahun baru 2018
Curahan rasa Anuar @ ..Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan
Info yang cukup bermanfaat untuk peniaga dan usahawan.. akan cuba amalkan satu persatu ikut mana yang termampu… terima kasih di atas perkongsian info..
Curahan rasa Anuar @ ..Wang Tunai berjumlah RM500 untuk diagihkan kepada rakan-rakan
Comments are closed.