Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sukacita dimaklumkan bahawa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah digalakkan kepada semua masjid dan surau untuk mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari. Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :
KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujud, seperti berikut :
RAKAAT PERTAMA
Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala
1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku’
3. I’tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku’
6. I’tidal
7. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa
RAKAAT KEDUA
1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku’
3. I’tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku’
5. I’tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir
Sunat membaca dua khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya. Untuk melihat cara solat boleh tonton video di entri “Solat Gerhana Matahari“.
SEDEKAH TERBAIK KETIKA GERHANA
Di antara waktu afdhal atau utama untuk sedekah adalah saat gerhana muncul dan selama gerhana tersebut berlangsung.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan BERSEDEKAHLAH.” (HR. Bukhari no. 1044)
34 Comments
Tak dapat nak tengok sebab tak tahu.
Untung siapa yang berpeluang lihat kebesaran Allah yang jarang berlaku ini.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Bangunlah Suamiku, Aku Merindui Kehangatan Sentuhan Mu..
Peluang yang terlepas… semoga gerhana kali ini memberikan banyak kesedaran dan keinsafan kepada kita.
Curahan rasa yangbaik @ ..Ekspo Selangkah ke UiTM 2016 [ESKU]
kali ini tak berkesempatan untuk mendengar khutbah di mesjid
sibuk dengan urusan kerja boleh pulak tidak berkesempatan untuk membuat solat gerhana
sedih…
Curahan rasa onlajer @ ..Bila masanya anda patut Start Bisnes Air
banyak kejadian alam ini yang menunjukkan kebesaran Allah, sering kali manusia lupa mengumpulkan amal ibadah untuk kembali kepada Allah
Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa gerhana matahari ini. Semoga kita semua semakin bertambah takwa kepada Allah SWT.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Rakaman KHUTBAH KHAS GERHANA MATAHARI-Masjid Negara
patutlah sana sini ramai yang sebar dan juga suruh sembahyang sunat, ada matahari rupanya
Curahan rasa Bisnes Online @ ..Dapat Duit Sambilan Dengan Survey Berbayar
Yea. Hari ni banyak masjid yang buat solat sunat gerhana. Jarang berlaku. Banyak benda boleh belajar dari peristiwa ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Rakaman KHUTBAH KHAS GERHANA MATAHARI-Masjid Negara
Kejadian gerhana tanda kebesaran Allah SWT. Zaman Nabi SAW dulu ada peristiwa gerhana. Lama baginda buat solat ni.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Panduan Memikat Hati Lelaki Idaman
Satu lagi keajaiban yang Allah SWT tunjukkan kepada makhluk ciptaanNya..
Maha Suci Allah.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cuti Hari Kedua Yang Santai
Kebesaran Allah… peristiwa di langit dan di bumi bukti kekuasaanNya.. dulu masa sekolah rendah punya hepi dapat tengok gerhana.. time tu lah boleh habis masa melengung kat luar sahaja sampai habis masa.. tambah2 kalau kena dengan jadual waktu subjek sains.. cikgu habiskan masa explain kejadian
Curahan rasa aimannajmy @ ..Adakah anda menghadapi gangguan “saka” dari Google?
Bagus solat ni buat secara berjemaah. Lepas solat dengar dua khutbah . Insyallah akan ada kebaikan untuk kita lagi.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Perkara Asas Untuk Jaga Kereta Anda – Siri 2
Dkt sklh saya pun ada buat.memang jarang perkara sedemikian berlaku.jadi ayuhlah kita manfaatkan waktu gerhana matahari
Betul tu. Peristiwa gerhana matahari ni jarang berlaku. Bagus jika pihak sekolah buat solat gerhana. Memberi pendedahan kepada para pelajar.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Rakaman KHUTBAH KHAS GERHANA MATAHARI-Masjid Negara
Bagusnyanya. Fenomena alam yang jarang berlaku. Tapi kebelakangan ni lebih kerap juga berlaku gerhana matahari dan bulan.
Curahan rasa myliferia @ ..Myliferia March Giveaway Bonanza
Jarang berlaku. Jika makin kerap tu bimbang juga. Orang soleh jika berlaku fenomena macam ni mereka akan bertambah takut pada Allah SWT.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Rakaman KHUTBAH KHAS GERHANA MATAHARI-Masjid Negara
Itulah kebesaran Allah swt, Moga jadi pengajaran untuk kita semua. Dunia yang fana ini akan binasa akhirnya. Yang kita bawa hanya amal yang solleh…
Curahan rasa Sani @ ..What Should You Be Aware of When Looking for a Profitable Rental Property?
Jarang dapat peluang macam nie… kalau boleh keluar dari bilik mesyuarat pagi esok… boleh le buat 😀
Esok boleh buat. Insyallah banyak dapat fadilat buat solat gerhana matahari ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori
Yup.
Esok pagi-pagi wat kat sekolah.
Bagus gak sekolah baru nih.
Alert aktiviti-aktivitit macam nih.
Curahan rasa titan @ ..Ich bin zu beschäftigta
Bagus sekolah baru cikgu. Semoga berjalan lancar esok buat solat gerhana matahari di sekolah.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Buat Air Milo Sedap Macam Milo Lori
Comments are closed.