Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hidup sihat sebelum sakit adalah antara lima perkara yang pasti akan hadir dalam hidup setiap manusia. Manusia hanya dapat menilai harga sebuah kesihatan ketika diuji dengan kesakitan. Sakit akan datang tanpa diundang bila-bila masa tiada peringatan. Sakit itu bukan penyeksaan tetapi peringatan bagi manusia yang sentiasa ingat pada Allah swt.
Penyakit yang diderita seorang manusia menjadi sebab diampuni dosa yang telah dilakukannya termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuhnya Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah kerana dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah dari perbuatan itu lebih banyak lagi.” Sakit juga menyelamatkan insan daripada seksaan api neraka yang sungguh azab. “Rasulullah SAW juga bersabda, bahwasannya sakit kerana demam itu akan menghindarkan orang Mukmin dari seksa api neraka.” Sakit membawa manusia itu sentiasa mengingati ALLAH Tuhan Yang Agung lagi Maha Berkuasa.
Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat itu serasi dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Anbiya’, ayat 83-84 yang bermaksud: “Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah saja Yang lebih Mengasihani daripada Segala (yang lain) Yang Mengasihani. Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya, keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).”
Menurut Pro Dr. Hamka ada menulis dalam salah satu bukunya, “Bila kita diuji maka bersabarlah kerana sesungguhnya ujian itu adalah sebagai musibah disebabkan kurangnya ketaatan kita kepada ALLAH.” Mata kita akan terpaku saat mendengar pendapat daripada Ibnu Qayyim pula. “Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cubaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia yang ujub dan takbur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Kerana itu, musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat ALLAH yang disiramkan kepadanya. Ia akan membersihkan karatan jiwanya dan mensucikan ibadahnya. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan ALLAH untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan redha.”
Apabila kita diuji dengan sakit kisah Nabi Ayub adalah kisah paling baik untuk dibaca berulang-ulang kali untuk jadikan motivasi dan mengambil semangat daripada ketabahan Nabi Ayub. Tidak terbanding sakit kita berbandingkan dengan ujian sakit yang dialami oleh seorang kekasih Allah SWT, Nabi Ayub as.
242 Comments
sakit tu adalah satu anugerah yang allah bagi itu,,sebab itu jangan la kita mngeluh dengan setiap pnyakit yang kita dapat,malah terima la dengan redha
kita hanya tahu nilai kesihatan bila kita sakit
nice sharing 🙂
benar sekali tuh Mas, saya setuju dengan itu.
Curahan rasa salsabila @ ..J Adore Perfume
Jasad terkubur roh terseksa,
Hanya amalan dibawa pergi,
Semoga Allah ampunkan dosa,
Syurga dijanji amalan terpuji.
memang sakit boleh mengahapus dosa2 kecil , tapi yg tu lah kita selalu rungutkan ..
Curahan rasa puanbee @ ..29.2.2012 Selamat Hari Lahir Ke-8 Kakak
salam..
sakit itu penghapus dosa, dan dah tentu ada hikmah atas semua yang terjadi.
Curahan rasa eiela @ ..Tangisan Si Imam Tua
mengeleng kepala bila tengok orang yg kesakitan, menjerit-jerit macam orang gila. Orang yang kehilangan ahli keluarga meraung-raung, meratap hiba.
Curahan rasa Norasikin @ ..Cempedak Goreng dan Teknik Gorengan Rangup
jom jaga kesihatan dengan Herbalife :p
Curahan rasa joegrimjow @ ..Komen aku @najibrazak cakap Kelantan negeri termiskin
Ubat dicari menyembuh penyakit,
Doa dipohon meminta sembuh,
Jasad terbujur nyawa dicabut,
Hanya membawa amalan jariah.
Saya terharu mendengarnya, terima kasih, ini telah mengingatkan saya
Curahan rasa salsabila @ ..J Adore Perfume
sayu baca pantun ni…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Insyallah,,,Yang buruk datang adalah ujian Allah, Harus tabah menghadapinya mungkin ada hikmah di sebaliknya. Amin.
Curahan rasa Mrs beauty @ ..Skincare and Beauty Trends for 2012
Ujian akan selalu datang pada kita,
Curahan rasa salsabila @ ..Alien Perfume
TQ sbb tmbahkan ilmu kami..
teringat lak lagu Raihan, sbelum 5 perkara tu…
Curahan rasa noriz @ ..Maulidurrasul+Nasi Ambeng+Photoshoot di Ofis
menginsafkan
satu suluhan jiwa yg bermakna
Curahan rasa auc dot com @ ..Masa Silam yang Kelam
Assalamualikum!
Ramai yg mengeluh apabila diberi sakit yg kecil seperti sakit kepala.Tak ramai yg ucap Allhamdulillah apabila ditimpa sakit,sedang mereka tidak sedar sakit yg diberi itu boleh menghapus dosa2 kecil.Semoga kita berada dalam golongan tidak bersyukur aminn…
Curahan rasa azmanisma @ ..Kelebihan Surah Al Kautsar
Pembetulan : Semoga berada didalam yang bersyukur..
bersyukur dengan kesihatan yang ad…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Saya sokong bro 1000%
Curahan rasa Mrs beauty @ ..Skincare and Beauty Trends for 2012
Terima Kasih berkongsi
salam..
semoga kita semua menjadi
hambaNya yang istiqamah..
Curahan rasa zulkbo @ ..Ole-Ole Dari Denaihati : Khalifah Ganti Superman
Amin, terima kasih atas do’anya Mas Zulkbo.
Curahan rasa salsabila @ ..Fragrance For Men
Salam,
Setiap sakit ada ubatnya, dekatkan diri pada-NYA, bersabar banyak-banyak, ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya.
Mudahan kita senantiasa dibawah lindungan-NYA, amin.
Curahan rasa yanmie @ ..Macam-macam hal betul
Comments are closed.