Serangan di London Bridge, 3 maut termasuk suspek

Spread the love

London Bridge yang merentasi Sungai Thames ditutup hari ini selepas beberapa orang cedera dan seorang lelaki ditahan susulan insiden serangan pisau.

Polis Metropolitan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.58 petang waktu tempatan berhubung kejadian serangan itu di beberapa premis di London Bridge.

Beberapa orang awam dilaporkan cedera akibat satu pergaduhan sehingga menyebabkan tikaman berlaku di London Bridge sekitar jam 2 petang waktu tempatan pada Jumaat.

Susulan serangan tikaman itu, pihak polis melepaskan tembakan dan menahan seorang suspek. Siasatan awal mendapati, polis melepaskan tembakan tersebut bagi meleraikan pergaduhan oleh sekumpulan lelaki di jambatan tersebut.

Pihak polis tersebut terpaksa menutup laluan jambatan itu bagi memudahkan proses siasatan.

Rakaman foto dan video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa buah kereta polis dan bas mengerumuni jambatan tersebut.

Pihak polis dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci mengenai insiden tersebut.

Setakat ini seorang lelaki dilaporkan telah ditembak oleh polis.

Pada Jun 2017, jambatan tersebut pernah menyaksikan insiden tembakan oleh tiga ahli kumpulan militan di dalam sebuah van dan melepaskan tembakan rambang terhadap orang ramai sehingga meragut lapan nyawa.

Awal tahun ini, Britain menurunkan tahap ancaman keganasan nasionalnya kepada “kukuh” daripada “teruk” iaitu tahap paling rendah sejak 2014.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!