Pengalaman naik pesawat yang tidak dapat dilupakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, teringat pengalaman hampir terlepas penerbangan ke Brunei. Kami menunggu pengumuman masuk ke pesawat rasanya sudah 15 minit terlebih waktu maka kami tanya pada ground staff Airasia. Staff itu kata semua penumpang sudah masuk hanya menunggu kami sahaja. Apa lagi kelam kabut kami berjalan menuju ke pesawat. Masuk sahaja pesawat semua pandang macam nak makan kami sebab penerbang sudah lewat 30 minit.

Yang sudah merasa pasti tahu, silap langkah boleh terlepas kapal terbang seperti kisah aku dalam entri  terlepas penerbangan Airasia. Jom kita baca banyak lagi kisah kekawan kita ni.

Liza Kamal : Flight baru nak take off tetiba brake mengejut. Pilot detect ada yang tak kena pada right wing. Hmpir 2 jam duduk dalam flight. Alhamdullillah krew/engineer/technician dapat atasi masalah.

Khadijah Gobel : Flight dah landed, tiba-tiba take off semula and terpaksa berlegar-legar di atas sementara dapat kebenaran untuk landing semula.

Nor Ariffin Hamzah : Beg kena selongkar dengan kastam Korea. Dia cakap ada benda mencurigakan. Padahal stand untuk gimbal je. Mujur lepas.

Mir Izwan Azhari : ada tiga kejadian

1. Aircond tak ada hampir 2 jam perjalanan dari KLIA ke Schiphol Airport Amsterdam punyalah panas duduk dalam tu. Lepas tu gegar kuat memang cuak sebab macam macam pikir. Fly betul betul 3 minggu selepas kes MH17 gegar tu pun dalam ruang udara ukraine jugak.

2. Tak boleh tahan nak kentut Singapore ke Bangkok

3. Tertinggal camera di perlepasan dari Kelantan ke Subang

Zai Zamree : Ada jemaah kat business class sakit masa flight balik dari Jeddah. Kita kat belakang ni dah berdebar-debar. Alhamdulillah ada doktor dikalangan jemaah. Hajah tu sesak nafas.

Zool Zarizi : first time naik kapalterbang dompet tercicir nasib baik kat tempat duduk dan masih ada lagi.

Noor Azmah Ibrahim : Menjerit keseronokan beramai-ramai (semua ahli rombongan) sebaik tayar pesawat cecah klia selepas seminggu berada di Kazakhstan dan menghadapi pelbagai kerenah terutama kat airports diorang.

Mohd Azrin Roselan : Kapal terbang Twin Otter gagal mendarat dilandasan terpaksa terbang semula.

Wani Sukarno Sk : Gegaran kuat dalam flight masa nak ke Mekah, punyalah takut huu, tak ingat dah sebab apa, lama jugak, alhamdulillah dah lepas gegaran tu lega hatii huu.

AJ Pagoh : Beli tiket pergi Sarawak member naik MAS (2way) tapi dia tak jadi naik MAS, dia terpaksa naik AirAsia (1way) sebab last minit bawa mak dia. masa nak balik naik AirAsia, sangkut sebab pengurusan AirAsia tak beri, sebab dia tak naik dari KLIA guna AirAsia.. Alhamdulillah dipermudahkan, lepas juga akhirnya.

Azwa Kamar : Hujan ribut guruh semasa dilangit nak landing kat airport tertangguh. Flight masa tu dari Sabah KUL.

Mohd Danial Madani : Naik fire fly dah buat pecutan untuk take off, tetibe break bergegar flight dan sayap bergoyang-goyang, pusing balik dan terbang semula ikut belakang.

Fadzilah Jamaluddin : Naik kspal terbang askar bersama-sama dengan askar yang lain semasa balik dari Kuching ke KUL sewaktu kecil dulu. Tempat duduknya seperti jaring dan hanya mengadap antara satu sama lain in a row. Makanan yang diberi di tempatkan di dalam kotak putih 4 segi.

Ishak Ismail : Saya dijemput ke cockpit dan berbual-bual dengan pilot dan captain. Masa tu 1st time naik flight.

Adza Irdawati : Kopi tertumpah ke atas saya then buatkan stewardes semua datang dan tolong dan letakkan saya di busines class then blog post untuk berterima kasih pada dia went viral haha memang tak kan lupa.

Hisyamudin Fadzil : Ancaman bom palsu ketika flight ke banda acheh.

Tengkubutang Miaw : pernah naik flight yang berbunyi-bunyi macam naik bas lama. pastu ada satu masa tu macam bergelombang macam nak jatuh .. adoii. mengucap panjang time tu takot ternaik flight yang dah uzur dan rosak.

Potia Casadelarossa : Turkish Airlines antara layanan paling teruk dalam sejarah hidup. Lebih 10 kali inform kerosakkan screen dibuat tak tau je. penerbangan yang membosankan. Bukan sekejap berjam-jam kebosanan.

Muhammad Hafiz Mokhtar : Naik MAS dari Jakarta – KUL. Cuaca buruk. Hujan lebat, kilat. Ada penumpang menjerit sebab mcm nak jatuh. Haha. Nak landing kat KLIA, tapi tak berjaya. Terpaksa naik balik sbelum touch down. Flight pergi landing kat airport subang. Tunggu cuaca ok kejap pastu take off balik ke KLIA. Pukul beghape ntah gua sampai ghumah.

Akma Omar : Dah nak fly tiba-tiba pilot announce flight kena tangguh sebab detect ada passanger bawak barang terlarang dan siap macam special force sport check dalam kapal, rupaya ada passenger bawak samsung galaxy note 7. Tak pasal-pasal kena rampas hp dia.

Sue Sopian : ada dua kejadian

 1. Outstation ke Kelantan naik flight. Nak balik KL dari Kelantan hampir-hampir tertinggal flight gara-gara membeli-belah nasi kerabu dari sana nak bawa balik untuk makan malam berlari kat airport Kelantan sambil jinjit nasi kerabu.

2. Member office tapaukan roti canai Alor Setar naik flight dari sana ke KL sebab mengidam roti canai yang biasa makan bila outstation ke Alor Setar masa pregnant dulu. 

Lisa Nurulain : Hampir tersalah naik flight masa dari jb nak ke kl then sebalum nak gerak ke jogja . Kalau tertinggal flight malam tu alamatnya tak sampai jogja la sbb last flight . Hahaha hampir tersalah naik ke KK . Sebab diorang tukar gate tak bagi announced.. dah la delay dua jam.

Wan Rohbaini : Bila diumumkan pesawat mengalami masalah teknikal, mujurnya belum berlepas lagi, kalu takk entah lerr.

Khatty Ahmad : Pegalaman dalam flight balik holiday dari india sakit perut suami isteri beratur panjang nak ke toilet tuhan sahaja yang tahu menahan rasa nak buang tak boleh tahan.

Kalau kalian ada kisah tak lepas imigresen di KLIA atau kisah naik pesawat yang tidak dapat dilupakan sila kongsikan di ruangan komen,

7 Comments

  1. Seronok membaca pengalaman pengalaman naik flight diorang ni. Macam-macam cerita. Tu orang kata jauh perjalanan luas pengalaman kan. In future, jadi pengalaman manis.

  2. Seronok membaca pengalaman pengalaman naik flight diorang ni. Macam-macam cerita. Tu orang kata jauh perjalanan luas pengalaman kan

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!