ALLAH beri aku peluang kedua untuk hidup

Spread the love

Setiap insan ada kisah dan perjalanan hidup yang berbeza samada suka atau duka. Teringat kisah Abang Denai melanggar kereta proton saga yang berhenti ditengah-tengah highway lorong laju berhampiran exit Kulai ketika hujan sangat lebat. Kereta kami pulak di langgar oleh lori besar dan beberapa kereta lain di belakang kami. Alhamdulillah kami selamat.

Antara kisah peluang kedua yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat FB :

Zai Zamree : Pernah. Masa balik dari Cameron Highlands turun bukit kereta terbabas berpusing dan kembali normal. Kawan yang pandu tak panik tapi kami semua dalam kereta dah tak mampu nak cakap lepas kereta kembali normal. Alhamdulillah tak langgar pembahagi jalan or kereta lain.

Mohd Azmil : Seingatnya umur 11 – 12 tahun camtu lemas tenggelam dalam kolam. tangan terkapai-kapai tiba-tiba terpegang tali.

Achmad Jefry : Pernah kena gempa bumi di Mahattan Hotel Jakarta. Tingkat 20. Masuk bilik. Bilik bergoyang. Ingatkan memang style goyang macam tu. Rupanya gempa bumi. Buka pintu orang jepun hait hait lari kot tangga pakai tuala. Allahu bersesak dari tingkat 20 ke loby. Loby crack habis. Alhamdulillah semua selamat. Masuk tv indonesia. Tukar hotel rendah. Sultan Hotel. Anta bayangkan badan macam ana ni berlari kot tangga tingkat 20 sat ja semua sampai loby. Allah SWT selamat kan.. kenangan 10 tahun lepas.

Zaida Zainon : masa umur 5 tahun, disahkan menghidap Leukaemia AML. Antara 5-6 orang kanak-kanak yang menghidap Leukaemia di wad tersebut, Zaida satu-satunya pesakit yang kekal hidup hingga hari ini, alhamdulillah.

Mak ayah usahakan dua jenis rawatan. Kimoterapi hospital dan perubatan Islam dgn arwah Dato’ Dr Harun Din.

Setelah setahun lebih, masa hampir-hampir doktor nak sahkan sembuh, Zaida bagitahu mak Zaida mimpi. 2 orang berjubah dan berserban hijau datang merawat Zaida dan bagitahu Zaida akan sembuh, in syaa Allah. Memang betul, lepas tu doktor sahkan sembuh, alhamdulillah.

Adza Irdawati : Ya pernah lemas masa perkhemahan pengakap, time tu baru darjah 5. cuba nak selamatkan kawan yang lemas. lepas tolak dia ke tepi sungai saya pulak yang lemas ingat tu hari akhir dah syukur ada yang tolong selamatkan saya pulak . Memang rasa dapat peluang kedua untuk hidup.

Che Sue Izzeyda : Pernah masa umur 22. Kereta abang breakdown kat Simpang Renggam masa tu tengah u- turn nak ke bengkel sebelum tu. Kereta melintang tengah jalan. Nyaris kena langgar dengan lori treler yang meluncur turun bukit masa tu. Nasib lori treler tu sempat mengelak kereta abang dan kereta paksu yang berhenti di tepi jalan

Nurul Syarafina : Pernah tuan. Beberapa tahun lepas, saya pernah accident. Kereta hampir total lost. Alhamdulillah Allah masih sayangkan saya.

Nisa Ahmad : Tak silap masa tahun 2015 sekali. Sebab sakit teruk masa itu, sembelit n kurang darah. Masa kerja area damansara sampai terpaksa resign then ayah pergi ambik sebab tak boleh balik naik bas sndiri. Kali kedua 2018, cirit birit teruk sampi satu tahap sakit dia macam better mati camni dari sakit. Alhamdulilah, syukur jugak sebab sakit itu penghapus dosa dan Allah berapa kali cuba bagi hidayah termasuklah niqab. Allahuakhbar. Sebab tu sekarang writing ni saya nak jadikan medan dakwah amal jariah yang tidak ternilai yang saya share dari perjalanan sendiri.

Pasti ada pengajaran daripada kisah sahabat-sahabat kita di atas. Bersyukurlah dengan peluang pertama apatah lagi peluang kedua yang ALLAH berikan kepada kita. Sayangi diri kita dan apa sahaja yang ada di sekeliling kita. Gunakan usia, tenaga, kesihatan dan rezeki yg diberi ALLAH untuk perkara-perkara yang memberi manafaat kepada dunia. Jangan bermalas-malas dan berusaha sehabis baik untuk segalanya.

Pasti sahabat-sahabat yang membaca coretan ini juga mempunyai pengalaman tersendiri, kalau sudi kongsikan di ruangan komen.

Jangan lupa kongsikan kisah ini kepada sahabat-sahabat sosial median diluar sana seperti sahabat yang kongsikan kisah mereka di entri Terima Kasih ALLAH kerana beri peluang kedua untuk aku hidup.

Kalau ada masa klik dan baca juga kisah 21 cerita murah rezeki.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!