Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penat menganjurkan #SBB2013 terasa hilang apabila melihat Dewan Hotel Singgahsana penuh dengan Rakan Blogger, Penaja, Aktivis Sosial Media, Media dan Tetamu Jemputan.
Lebih gembira apabila melihat Blogger demi Blogger naik ke pentas memeriahkan majlis dan ramai Rakan Blogger dan Penaja yang diinterview oleh Media. Matlamat utama menjadikan #SBB2013 sebagai platform memperkenalkan seramai mungkin Rakan Blogger tercapai.
Dalam kegembiraan terkejut apabila melihat Sahabat Bro Jejai ditolak masuk ke dalam dewan oleh Isteri beliau. Tidak dapat menahan sebak apabila Bro Jejai sudah tidak mengenali aku dan kelihatan ramai Rakan Blogger lain yang rapat dengan Bro Jejai melarikan diri menjauhkan diri kerana tidak tahan menahan sebak hati.
Terima ksih kepada Rakan Blogger dari Indonesia dan Brunei serta jemputan dari Indonesia dan Kemboja yang sudi bersama dengan #SBB2013. Terasa nusantara majlis #SBB2013.
Walaupun aturcara seakan-akan rojak tetapi nampak kepuasan di muka setiap Rakan Blogger yang sanggup menunggu melebihi jam 6 pm walaupun janjinya #SBB2013 akan tamat sebelum jam 6 pm. In shaa Allah banyak yang penganjur pelajari untuk memperbaiki seandainya ada sokongan untuk menganjurkan #SBB2014.
Tahniah kepada pemenang iPhone 5 Gabget Impian seperti telah dikata hadiah bukan segalanya yang paling penting kita telah berjaya membina ukhwah dan jaringan yang boleh membina persahabatan berpanjangan. In shaa Allah tunggukan contest yang hebat untuk 2013.
Terima kasih kepada Penaja seperti disenarai di SINI yang sudi menaja berbagai hadiah tapi rasanya taklah sampai RM100k seperti kata sahabat Blogger dalam entrinya di SINI. Selain Rakan Blogger, Penaja, Media tidak dilupakan AJK dan Sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan #SBB2013 menjadi acara gilang gemilang yang santai (tak sempat nak bergambar dengan Rakan-Rakan yang hebat ini).
Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi menjadi moderator dan panel untuk mini forum, banyak ilmu yang dapat dicedok dari perkongsian Abang Ensem, Kak Jie, Beautifulnara, Ustaz Nur Effendi, Broframestone, Yuyu Zulaikha, Amanz dan Bang Iwan.
Untuk melihat berbagai foto menarik dan senda gurau #SBB2013 sila ke SINI.
Semuga #SBB2013 menjadi langkah pertama untuk 1000 langkah Kejayaan.
(Nota : Sebahagian gambar #SBB2013 dicelok dari Blog Rakan Blogger … maaf ya!!)
181 Comments
Tahniah buat Denai Hati and Team, lepas ni boleh anjurkan lagi..
Memang banyak manfaat dan ilmu dari majlis ni. Alhamdulillah.
harap tahun akan datang ada lagi event seperti ni…:D
Salam, tahniah diucapkan kepada denaihati dan team kerana telah berjaya menganjurkan event yg hebat seperti ini…pengalaman pertama yang sangat seronok walaupun terpaksa balik awal kerana pada hari yang sama terbang ke Langkawi…
Selamat kepada seluruh pemenang kontes dari denaihati ini
Selamat ada juga muka bro dalam nie…
Uwwaaaaa menyesal tak pergi..tiada daya dan kekuatan nak hadapi blogger semua..haha..tahniah buat pemenang..
tima kasih buat team denaihati atas penganjuran majlis ini. terbaik..
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Gambar #sbb2013
sayang nya. x dpt pergi….. mungkin tiada rezeki.
tahun depan sy akan pastikan pergi juga…..huhuhu
Curahan rasa sumijelly @ ..Huzaiman – 18 bulan
Tahniah untuk para pemenang kontes iPhone 5 yang hebat ini. Banyak ilmu dan manfaat yang saya peroleh dari kontes ini. Persahabatan adalah salah satu manfaat yang paling besar saya rasakan. Walau belum diumumkan secara langsung oleh Denaihati melihat beberapa entri rakan blogger bisa mengetahui siapa saya yang bertuah mendapatkan iPhone 5 ini.
Tahniah..tahniah..tahniah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Penyakit Campak
saya masih baru di blog . saya harap dapat menjadi seperti ‘senior’2 bloggers yang lain !! 🙂
Curahan rasa ausiera rosland @ ..why say ‘that’ while we can say ‘this’ ??
untuk sesi akan datang, saya tekad untuk menghadirkan diri.
InshaaAllah. Mmg untung dapat hadir #sbb2013…byk perkara yg dapat dikutip…best!
Curahan rasa hafizmd @ ..Ceritera 10 Blogger Terbaik Malaysia #SBB2013
masih menyiapkan entry penuh #SBB2013. Entry Teaser #SBB2013 dah siap sejak pagi ahad lagi. hahaha ohh masa sungguh mencemburui daku. keh3
Curahan rasa sha @ ..Sepetang Bersama Blogger 2013 (Teaser)
tahniah sebab telah menang iPhone 5 senang bisa lihat langsung Puan Sharidawati meski sekejap je bertegur di depan meja makan
Curahan rasa munir ardi @ ..Pengalaman tak terlupakan di #SBB2013 bagian 1
Takpe. Kak Sha jgn lupa review iphone tu sekali yer…hehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Ceritera 10 Blogger Terbaik Malaysia #SBB2013
sangat jeles. ==’ sebab fyna ada job untuk shoot pengantin hari yang sama program ini dibuat. sayangnya.
Comments are closed.