Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penat menganjurkan #SBB2013 terasa hilang apabila melihat Dewan Hotel Singgahsana penuh dengan Rakan Blogger, Penaja, Aktivis Sosial Media, Media dan Tetamu Jemputan.
Lebih gembira apabila melihat Blogger demi Blogger naik ke pentas memeriahkan majlis dan ramai Rakan Blogger dan Penaja yang diinterview oleh Media. Matlamat utama menjadikan #SBB2013 sebagai platform memperkenalkan seramai mungkin Rakan Blogger tercapai.
Dalam kegembiraan terkejut apabila melihat Sahabat Bro Jejai ditolak masuk ke dalam dewan oleh Isteri beliau. Tidak dapat menahan sebak apabila Bro Jejai sudah tidak mengenali aku dan kelihatan ramai Rakan Blogger lain yang rapat dengan Bro Jejai melarikan diri menjauhkan diri kerana tidak tahan menahan sebak hati.
Terima ksih kepada Rakan Blogger dari Indonesia dan Brunei serta jemputan dari Indonesia dan Kemboja yang sudi bersama dengan #SBB2013. Terasa nusantara majlis #SBB2013.
Walaupun aturcara seakan-akan rojak tetapi nampak kepuasan di muka setiap Rakan Blogger yang sanggup menunggu melebihi jam 6 pm walaupun janjinya #SBB2013 akan tamat sebelum jam 6 pm. In shaa Allah banyak yang penganjur pelajari untuk memperbaiki seandainya ada sokongan untuk menganjurkan #SBB2014.
Tahniah kepada pemenang iPhone 5 Gabget Impian seperti telah dikata hadiah bukan segalanya yang paling penting kita telah berjaya membina ukhwah dan jaringan yang boleh membina persahabatan berpanjangan. In shaa Allah tunggukan contest yang hebat untuk 2013.
Terima kasih kepada Penaja seperti disenarai di SINI yang sudi menaja berbagai hadiah tapi rasanya taklah sampai RM100k seperti kata sahabat Blogger dalam entrinya di SINI. Selain Rakan Blogger, Penaja, Media tidak dilupakan AJK dan Sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan #SBB2013 menjadi acara gilang gemilang yang santai (tak sempat nak bergambar dengan Rakan-Rakan yang hebat ini).
Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi menjadi moderator dan panel untuk mini forum, banyak ilmu yang dapat dicedok dari perkongsian Abang Ensem, Kak Jie, Beautifulnara, Ustaz Nur Effendi, Broframestone, Yuyu Zulaikha, Amanz dan Bang Iwan.
Untuk melihat berbagai foto menarik dan senda gurau #SBB2013 sila ke SINI.
Semuga #SBB2013 menjadi langkah pertama untuk 1000 langkah Kejayaan.
(Nota : Sebahagian gambar #SBB2013 dicelok dari Blog Rakan Blogger … maaf ya!!)
181 Comments
Terbaik!!!
Kalau nak mantapkan lagi adakan post mortem kot boleh jumpa beberapa perkara yang boleh diperbaiki
Saya yang kurang rapat dengan Bro jejai pun agak sebak bila melihat keadaannya..Moga Allah sembuhkan beliau
mas saya dari tasik , pngen donk masuk komunitas blog , disini juga ada tapi saya malu kalo disini kebanyakan cowo , cewenya sedikit
Ceweknya banyak juga sis,… cuman kebetulan yang ada di foto kebanyakan cowok.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013
Silahkan komunikasi dengan Kang dadan, karena beliau juga dari Tasik
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013
wahh!!! ruginya x dapat join,.
bole ke kalau kami join pas ni?
hehe… =)
( muka mintak kasihan)
Join jagan tak join lepas nie…
Curahan rasa Travel-Zoom @ ..Tips For Travel Flight Savings
Mekasih bro, memang best sangat-sangat, tak sabar untuk menanti bagi tahun hadapan pula^^)
Curahan rasa Budak Nakal @ ..Sepetang Bersama Blogger 2013 – Terbaik!
seronoknya…. teringin nak join.. hihik^^
seronoknya dapat jumpa-ramai.. 🙂
terima kasih denaihati… best majlis ni. Last-last minute dapat pergi majlis ni.. 😀
Curahan rasa zuls @ ..Google Alert dan SEO
sedeyyy x abis lg sebab xleh join… huhuhu… hrp2 ada lg la majlis sprt ni yg akn dianjurkan lg… moga dpt menambah semngat utk terus berblog… cpt2 la buat contest… x sabar nk join nih… hehehehe….
Harap-harap lepas ni, mungkin majlis sepetang bersama blogger boleh dibuat di Sabah sambil mengambil peluang mendaki gunung kinabalu..Hehehe
Curahan rasa Aya @ ..Masakan Pertama Buat Suami
wahh best kalau macam tu…
Curahan rasa Travel-Zoom @ ..Tips For Travel Flight Savings
Boleh juga menjadi cadangan tahun depan..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Berjuta Kesan Dalam Event Sepetang Bersama Blogger 2013
hebat..!! hebat!! tahun depan boleh buat lagi.. 🙂
Curahan rasa KiD @ ..Cara Kongsi WiFi
waaaaaaaaaaaaaaaa…rugi giler rasanya tak dapat join.
Terima kasih… Terima kasih… terima kasih… 🙂 Event ni hebat 🙂
penat baca kat blog peserta, singgah baca kat blog penganjur pulak.. tak sangka blogger dari luar pun ada. kawan yg baca ni je pon rasa terharu pulak.. heh
Curahan rasa fariq @ ..Marumo no Okite Cerita Kekeluargaan Yang Menyentuh Jiwa
memang seronok join majlis SBB2013
banyak nak cedok tentang ilmu SEO dgn AS + Titan + Akma
tapi tak dapat masa nak borak…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Awas taktik mencuri kereta cara terbaru
Tahniah sobat dapat cabutan bertuah umrah
Comments are closed.