Senja Kenangan

Asslamualaikum dan salam 1Dunia, dari kejauhan teringat aku kisah semasa kanak-kanak. Setiap petang adalah saat merdeka yang ditunggu. Berlari bebas di luar rumah meredah belukar, terjun bebas dari pokok ara ke dalam lubok sungai, berlaga betis bermain bola di atas pasir sungai, melastik burung kelicap, mengecai kolam mencari anak pelaga dan macam-macam aktiviti lain yang membina minda kreatif.

Apabila hari menjelang senja bergegas masing-masing menuju rumah takut pintu dikunci kerana terlambat. Pernah beberapa kali terlewat dan habuannya meraung di depan pintu menagih simpati dibukakan pintu sebelum abah balik. Kalau terserempak dengan abah memang siaplah kena marah.

Semua itu sudah tiada lagi untuk generasi baru kerana itu mungkin kebanyakan mereka tidak lasak dengan kerenah dunia. Kesiankan tetapi masa tidak boleh diputar kerana teknologi terus bergerak pantas.

Berikut beberapa gambar Senja Kenangan yang aku rakam menggunakan iPhone 4 di lokasi berbagai negara. Begitulah hebatnya iPhone 4 seperti yang aku tulis dalam entri “iPhone 4S bukan sekadar telefon“. Setiap gambar ada nostalgia yang terpahat di hati.

20111102-210339.jpg

20111102-210624.jpg

20111102-210711.jpg

20111102-210738.jpg

Kekadang terasa dunia sudah terlalu senja bagai siang sudah sedia melabuh tirai malam.

103 Comments

  1. perenggan pertama je dah berbunga2.haha…tak sangka agak puitis jugak denaihati ni orangnya.hehe :p
    dunia kita ni memang dah senja dah bro.tunggu masa untuk masuk waktu maghrib je 🙂
    Curahan rasa Pacifista @ ..Page Rank 4?My Profile

  2. Saya senang membaca Info dan Artikel yang di buat di Wibesite ini. Patut dicoba. Salam Sukses selalu.
    Curahan rasa cara mencegah ejakulasi dini @ ..Foredi GelMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!