Assalamualaikum dan salam 1Dunia, minat melabur semakin meningkat di kalangan Rakyat Malaysia. Pelaburan ada macam-macam contohnya ada yang minat melabur di Bursa Saham seperti Bro Kacak ni dan ada yang suka melabur di bidang property seperti Abang Ensem dan Sheikh Ganteng ni. Sejak kebelakangan ini semakin ramai yang terkejar-kejar untuk melabur dalam industri logam bernilai tinggi iaitu Emas dan Perak. Harga emas terkini di pasaran sudah melonjak banyak kalau dibandingkan 4-5 tahun yang lepas.
Apa yang aku kurang berkenan di Malaysia ini ramai sangat yang suka jadi Fund Manager yang tak bertauliah. Contohnya sekarang musim Emas dan Perak maka banyaklah syarikat pelaburan Emas dan Perak yang berdaftar di Malaysia tubuh bagai cendawan. Ramai yang jumpa aku memperkenalkan produk mereka tapi sehingga hari ini memang aku tak layan sebabnya sudah terlalu banyak syarikat pelaburan Emas yang kantoi diserbu Bank Negara dan akhirnya semua pelaburan terbeku dalam akaun. Yang aku tak tahan tu perkataan “Jangan risau pelaburan dapat kelulusan Bank Negara” … pehhh berani betul diaorang ni. Kalau ya nak promosi biarlah patut-patut.
Bank Negara Malaysia telah menyenaraikan 77 Syarikat Pelaburan dan Individu yang berdaftar dan tidak berdaftar di Malaysia dan juga Syarikat Pelaburan dari luar negara yang beroperasi secara online yang semuanya menjalankan operasi tidak mengikut peraturan kewangan di Malaysia.
Berikut antara Syarikat Pelaburan Tidak Sah Di Malaysia :
[box type=”shadow”]
- Arowana Ventures (Unlicensed Activities) – memang banyak dengar kisah scam Arowana ni.
- Genneva Malaysia Sdn Bhd (Gold Investment) – ada kawan ajak join ni.
- FX Primus (Forex Trading) – adalah buka akaun tapi tak buat sebab Forex ni memang super high risk jadi belum ada keberanian.
- Prestige Dairy Farm (Unlicensed Activities) – ehhkk tak kan susu pun jadi pelaburan.
- Titan Group Sdn Bhd (Unlicensed Activities) – harap-harap ini buka Titan Lelaki Kacak yang punya.
- RGCX Trading Corp (Forex Trading) – Rami juga yang email ajak join ni.
- Tabung Dana Ehsan (Unlicensed Activities) – nama je dah boleh kelirukan orang.
- Lagi senarai @ Senarai penuh syarikat pelaburan tak sah di Malaysia (klik) [/box]
Apa juga pelaburan yang kita masuk mestilah atas kesedaran kita kerana setiap pelaburan ada risikonya dan jangan sesekali menyalahkan kawan-kawan yang mengajak kita seperti yang kata Cikgu Amir penipu apabila berlaku kerugian kerana hak membuat keputusan adalah ditangan kita. Kekadang kerugian dalam pelaburan adalah salah satu cara ALLAH SWT nak membersihkan harta kita kerana terlupa nak berkongsi dengan orang lain melalui zakat, infaq dan sedekah.
142 Comments
berhati-hatilah saja dalam memilih,,skerang memang investasi emas sangat semarak sekali,,,
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen herbalife Semarang
dulu masa mengajar kat Klang, ada seorang cikgu 50an tu naik motor honda C70 je ke sekolah..
tapi rata² saham dia ada..siap rekrut member lagi suruh beli saham
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW- Bukannya Mat Bunga
Harus berhati-hati, macam juga memandu, silap haribulan boleh mengancam…..jiwa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Kena siasat dulu syarikat pelaburan ni, bukan semua secara sah, ada yg tidak berdaftar. Ini akan merugikan kita nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Banyaknya syarikat pelaburan yg tak sah di Malaysia, boleh buat kita menanggung rugi ni jika tersalah pilih.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
mcm mcm cara nak kelirukan masyarakat,mana yg cetek ilmu pelaburan alamatnya melingkup ler
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Semakan PLKN bagi Sessi 10/2013
Dah byk sgt yg lingkup akibat kecuaian pelabur sendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
mmg byk org yg promote psal syarikat2 mcm ni..
Curahan rasa zhazmi @ ..Kadar Zakat Perak
Melaburlah pada syarikat yang benar-benar dapat lesen dari bnm. Kaji dulu selok belok dan latar belakang syarikat. Biar menangis dulu, jangan menangis tak sudah di kemudian hari.
Betul tu saudara Sobri Mansor, siasat tu amat pening dlm kita melaburkan wang kita, takut nanti lingkup habis, nak mengambil pelaburan kita semula bukannya senang dan selalunya ko/tidak dpt kembali.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Titan Group pun ada? Itulah..aku dah kata kat diorang..agak-agaklah sikit..kan dah kantoi. haha..
Curahan rasa titan @ ..Berbuka puasa dengan Rojak Buah
haha..yela..lain kali kene ikut prosedur yg btul.. 🙂
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Keputusan Rasmi Giveaway JebengOtai
Mengikut undang2 yg sah, tapi jika tak pandai bermain saham lebih baik beli emas yg tulen, simpan,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
Nama sama tapi perwatakan berbeza, kena pastikan betul-betul. Maaf ya saudara titan bukan Titan Group Sdn Bhd.
he..he….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Malaysia Berusaha Membangunkan Laman Sesawang Untuk PKS Secara Percuma
terkejut gak baca bab 77 tak sah ni…semua perkara ada risiko…klu takut…jgn ambil risiko…tgk je org buat…pastu meleleh…kan bro…hehe
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Pengertian Lelaki Dayus
tu sebab tak berani nak beli pelaburan camni…baik beli cash dan simpan ..tu lebih baik..malas nak berhutang
Curahan rasa kak ina kl @ ..Clear Smooth BB Clear Stick Maybelline
bukan senang nak senang..nak melabur pun, kena la kaji dulu..kalau tak kaji betul, nanti berputih mata..jangan dah terhantuk baru terngadah..tak ada gunanya.
Curahan rasa hafiz @ ..Cara Untuk Entry Di Index Cepat Oleh Search Engine
harus berhati2 sbb skrg bayk yang menipu…
Curahan rasa Nana @ ..Ibu Lahir Anak Kembar 12
janganlah join pelaburan yang kita tak nampak.beli je emas fizikal buat simpanan emas.boleh pegang lagi emas fizikal.
Curahan rasa faizalPj @ ..P1 Melancarkan MiFi MF230 Dengan Filem " The Dark Knight Rises "
byknye..smpai 77..nsib baik x terjebak..
Curahan rasa syu90 @ ..Bermarathon siapkan Kuiz Terkumpul oleh shahriahnovelis
memang betul tn.. syarikat berkaitan emas ni banyak gila macam cendawan. teringat macam tahun 2004-2006 skim cepat kaya tu.. masa tu banyak gila syarikat online buat programe tu.. sekarang musim emas.. banyak juga yang buat jual beli emas online.. sampai kata jgn risau saya tanggung.. ni sah bank negara punya.. ingat kena cerdik menilai org nak tipu kita..
Curahan rasa Myvitrd @ ..Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 | Khas Buat Isteri Tercinta
Comments are closed.