Seminar Wordpress pertama rugi kalau tak join

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ramai pembaca blog Denaihati sudah maklum dengan Seminar Wordpress yang dianjurkan oleh Akademi Denaihati pada 14-15/4/2012. Ini adalah Seminar Wordpress pertama yang dianjurkan oleh Akademi Denaihati. Pasti peserta batch pertama seminar ini akan mendapat berbagai keistimewaan jadi rugi sangat kepada yang tak join. Ada yang bagi alasan jauh tetapi sebenarnya bila bicara ILMU ini lagi jauh lagi berkat. Insyallah setakat ini dah ada dua peserta dari Indonesia dan insyallah juga akan ada wakil dari Brunei jadi kalau setakat Malaysia kira tak lah jauh sangat.

Siapa yang boleh ikut serta Seminar Wordpress ini :

  1. Blogger blogspot yang nak pindak ke wordpress.
  2. Blogger baru bermula dengan wordpress.
  3. Wakil syarikat yang nak fokus kepada pemasaran secara online.
  4. Blogger yang nak menambah ilmu.

Semua peserta batch pertama akan mendapat keistimewaan yang tidak akan dapat oleh mana-mana pembaca blog Denaihati. Insentif khas untuk semua peserta akan diumumkan kepada peserta diakhir Seminar Wordpress. Insyallah dengan insentif tersebut semua peserta akan dapat balik yuran yang mereka bayar dalam tempoh 2-3 bulan selepas mereka aktif berblogging.

Peserta seminar juga akan mendapat hadiah khas dari blog Denaihati seperti T-Shirt Denaihati, Car sticker, Notepad Denaihati dan keychain. Kepada yang nak daftar jom @ Seminar Wordpress Akademi Denaihati.


Spread the love

129 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!