Assalamualaikum dan salam 1Dunia.
Islam merupakan agama (deen) yang diturunkan Allah kepada manusia melalui perantaraan para Rasul untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam. Sebagai agama risalah, Al-Quran menyarankan dua bentuk penyebaran agama Islam kepada manusia. Pertama, seruan dakwah terhadap mereka yang berada di luar lingkungan agama. Usaha ini perlu dilakukan dengan kebijaksanaan, nasihat yang baik dan dialog yang berhemah.
Sehinggakan kepada penguasa zalim seburuk Fir’aun pun, Nabi Musa AS diperintah Allah untuk berdakwah menggunakan perkataan yang lembut dan mengetengahkan hujah yang benar dan baik. Bentuk kedua penyebaran risalah Islam pula lebih bersifat dalaman iaitu usaha memperbaiki masyarakat Islam itu sendiri. Ada yang mengenali As-Syahid Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al Buti?
SIAPA Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti?
Dilahirkan pada 1929 di perkampungan Jilka, Turki. Apabila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam.
Beliau telah dibunuh pada 21 Mac 2013, semasa perang saudara di Syria, dilaporkan dalam satu letupan bom, walaupun “banyak soalan mengenai kematian” telah ditimbulkan oleh video di tempat kejadian.
Ada yang sudah mendengar wasiat terakhir beliau?
Sehingga kini, beliau telah menulis tidak kurang dari 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat diAmman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.
ABIM kali ini melalui sayap intelektualnya AIM ingin mengambil peluang untuk menganjurkan seminar tokoh pemikir gerakan Islam kontemporari. Tinjauan sejarah silam merekodkan bahawa ABIM merupakan institusi terawal mengiktiraf sumbangan Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti dan telah menerima kunjungan beliau seawal tahun 90-an dan mengiktiraf sumbangan beliau yang sangat signifikan pada dunia Islam.
Sesuai dengan ketokohan, karisma, keilmuan, kesarjanaan dan kegigihan beliau dalam gerakan penyebaran Islam dengan medium yang pelbagai dan boleh dikatakan versatil, ABIM akan menganjurkan seminar khusus membicarakan sumbangan dan pemikiran beliau di dunia umumnya dan umat Islam khususnya. Seminar ini juga akan melibatkan wacana atau bedah karya agung beliau seperti al-Jihad fil Islam dan Dhawabit al-Maslahah fi Syariat al-Islamiyyah (Prinsip-prinsip kemaslahatan dalam syariat Islam).
Kepada yang berkelapangan pada ahad ini, dijemput untuk menyertai seminar ini yang bertempat di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor. Menampilkan pengkisahan dan bedah pemikiran dan citra islah ummah Syeikh Muhamad Said Ramadhan al-Buti anakanda beliau, Prof. Dr. Tawfiq Muhammad Said al-Buti ad-Dimasyqi yang akan memberikan ucaptama pada seminar berkenaan.
Tarikh : 28 September 2014 (Ahad)
Tempat : Dewan Auditorium Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam
Waktu : 8.00 pagi sehingga 4.30 petang
Yuran : RM 80 (awam) dan RM 40 (pelajar)
Pendaftaran dan info lanjut boleh hubungi : 011-14330439
Atau layari : https://seminarpemikiran.wix.com/al-buti-aim
No related posts.
219 Comments
seminar yg banyak manfaat bersama…baru balik dari shah alam…kalau tahu awal boleh join…
Curahan rasa zaza zehra @ ..Wonderglow Produk Penjagaan Wajah Untuk Kulit Cantik Berseri
lambat juga tahu ya pasal ni? aduh sayangnya, sama la kita 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Zaza pun abru balik dari Seminar jootawan tu kan? tentu banyak ilmu yang diperolehi kan? heee
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
saya suka dengar dr zul albakri bagi ceramah, mudah faham dan tenang je cara dia ceramah
Curahan rasa ainun @ ..Ziarah Kematian
saya pun suka juga gaya penyampaian Dr zulkifli al bakri. sangat tenang dan berhemah. pernah juga dengar ceramah beliau secara live.
Video tersebut popular di laman facebook , memang tak rugi kalau dapat turut serta di dalam seminar sebegini dan berjumpa tokoh-tokoh terkenal .
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wordless Wednesday #97
den 1st time tengok. nak menangis tengok wasiat teraikhir beliau. 🙁
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Antara tokoh Islam yang dikagumi..
Bagus buat seminar nie, kalau sempat insyaALLAH join…
Curahan rasa fazrol @ ..Nak jimat! Aku sendiri jadi barber…
semamangnya. Kalau dapat hadir kat majlis ilmu macam ni, beruntungnya.
Ilmu dapat, pahala pun dapat.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
video yang tuan denaihati.com kongsikan di atas pernah saya dengar dulu di facebook. ttersentuh jiwa apabila mendengar beliau membaca wasiat terakhir.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Aku pun pernah tengok video ni. Memang jadi viral sekejap di fb. Banyak kebenaran dari apa yang beliau sebutkan.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..CIMB ATM kini berwajah baru
o yeke? pernah jadi viral sekejap di FB? hemm.. ni yang teman musykil.. maksudnya teman lah yang terlambat tahu.. heee..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
bertuahnya tuan denaihati.com kerana dapat turut serta menyertai program ilmu itu pada esok hari. wawa harap tuan denaihati.com dapat kongsikan ilmu yang tuan dapat di blog ini nanti. 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
pernah jumpa dengan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Masjid Paroi kalau tak silap, siap bergambar lagi dengan murid sekolah 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Seminar Kerjaya Murid Bersama Ibu Bapa Peringkat Negeri Sembilan 2014
Bertuahnya buat mereka yang dapat menghadirkan diri ke sana. wawa yang berada di terengganu pun kalau boleh nak hadir ke program ilmu yang bermanfaat macam ni. mudah-mudahan ada la peluang wawa nak datang.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Bertuahnya buat mereka yang dapat menghadirkan diri ke sana. wawayang berada di terengganu pun kalau boleh nak hadir ke program ilmu yang bermanfaat macam ni
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Tahukah anda Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang baru dilantik mulai 20 Jun 2014. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengumumkan perkara itu melalui Facebook. Sebelum ini beliau adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang
Curahan rasa onlajer @ ..5 Teknik Bakar Lemak Dari Hafiz Waza
terima kasih di atas info anda. wawa baru je tahu hal ni. ingatkan dr. zulkifli ni masih menjadi pensyarah kanan.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Sememangnya beliau memang layak untuk menjadi Mufti Wilayah Persekutuan dengan ketinggian ilmunya. Tambahan pula beliau juga seorang yang penuh budi bahasa
terlalu beruntung kepada mereka yang berkesempatan untuk mengikuti seminar ini..majlis ilmu yang amat disukai oleh para malaikat
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pertandingan Borneo Bird Race 2014
Majlis ilmu sebegini ramai yang taknak ambil peduli. Anggap tak penting sangat pun. Program realiti tv lagi penting. Hmmmm
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..CIMB ATM kini berwajah baru
Betul tu Sobri. Walaupun semiar-seminar sebegini banyak yang percuma tak ramai juga yang hadir. Kalau hiburan, berbayar pun sanggup pergi.
berharap sangat kalau tuan denaihati.com dapat kongsikan ilmu yang tuan dapat di blog ini nanti yea..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
alhamdulillah..salah satu figur yg sangat saya hormati. buku2 beliau pun selalu jadi rujukan kami. =)
Curahan rasa Oja Samid @ ..Cara Makan Kolagen Shaklee yang Betul
Salah satu pembentang adalah dari universiti saya dulu..AL fadhil ustaz mohammad rashidi wahab dari unisza.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Asam Pedas Goreng
Pensyarah saya juga pun ada sebagai pembentang Prof. Madya Dr Rumaizuddin.Semoga seminat dapat membuka ruang kepada kita dengan lebih mendalam tentang pemikiran syeikh Muhammad Said Ramadhan.
Curahan rasa adarain @ ..Namoo On The Park Di Publika Shopping Gallery
Tersentuh dengan doa Syeikh Muhammad said yang mendoakan agar diberikan kembali nikmat keamanan dan ketenangan di negara SYAM. Tokoh seperti beliau akan sentiasa diingati kerana sumbangannya dalam dunia Islam.
Curahan rasa adarain @ ..Namoo On The Park Di Publika Shopping Gallery
Comments are closed.