Assalamualaikum dan salam 1Dunia.
Islam merupakan agama (deen) yang diturunkan Allah kepada manusia melalui perantaraan para Rasul untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam. Sebagai agama risalah, Al-Quran menyarankan dua bentuk penyebaran agama Islam kepada manusia. Pertama, seruan dakwah terhadap mereka yang berada di luar lingkungan agama. Usaha ini perlu dilakukan dengan kebijaksanaan, nasihat yang baik dan dialog yang berhemah.
Sehinggakan kepada penguasa zalim seburuk Fir’aun pun, Nabi Musa AS diperintah Allah untuk berdakwah menggunakan perkataan yang lembut dan mengetengahkan hujah yang benar dan baik. Bentuk kedua penyebaran risalah Islam pula lebih bersifat dalaman iaitu usaha memperbaiki masyarakat Islam itu sendiri. Ada yang mengenali As-Syahid Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al Buti?
SIAPA Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti?
Dilahirkan pada 1929 di perkampungan Jilka, Turki. Apabila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam.
Beliau telah dibunuh pada 21 Mac 2013, semasa perang saudara di Syria, dilaporkan dalam satu letupan bom, walaupun “banyak soalan mengenai kematian” telah ditimbulkan oleh video di tempat kejadian.
Ada yang sudah mendengar wasiat terakhir beliau?
Sehingga kini, beliau telah menulis tidak kurang dari 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat diAmman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.
ABIM kali ini melalui sayap intelektualnya AIM ingin mengambil peluang untuk menganjurkan seminar tokoh pemikir gerakan Islam kontemporari. Tinjauan sejarah silam merekodkan bahawa ABIM merupakan institusi terawal mengiktiraf sumbangan Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti dan telah menerima kunjungan beliau seawal tahun 90-an dan mengiktiraf sumbangan beliau yang sangat signifikan pada dunia Islam.
Sesuai dengan ketokohan, karisma, keilmuan, kesarjanaan dan kegigihan beliau dalam gerakan penyebaran Islam dengan medium yang pelbagai dan boleh dikatakan versatil, ABIM akan menganjurkan seminar khusus membicarakan sumbangan dan pemikiran beliau di dunia umumnya dan umat Islam khususnya. Seminar ini juga akan melibatkan wacana atau bedah karya agung beliau seperti al-Jihad fil Islam dan Dhawabit al-Maslahah fi Syariat al-Islamiyyah (Prinsip-prinsip kemaslahatan dalam syariat Islam).
Kepada yang berkelapangan pada ahad ini, dijemput untuk menyertai seminar ini yang bertempat di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor. Menampilkan pengkisahan dan bedah pemikiran dan citra islah ummah Syeikh Muhamad Said Ramadhan al-Buti anakanda beliau, Prof. Dr. Tawfiq Muhammad Said al-Buti ad-Dimasyqi yang akan memberikan ucaptama pada seminar berkenaan.
Tarikh : 28 September 2014 (Ahad)
Tempat : Dewan Auditorium Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam
Waktu : 8.00 pagi sehingga 4.30 petang
Yuran : RM 80 (awam) dan RM 40 (pelajar)
Pendaftaran dan info lanjut boleh hubungi : 011-14330439
Atau layari : https://seminarpemikiran.wix.com/al-buti-aim
No related posts.
219 Comments
Belom tengok wasiat terakhir beliau .Banyak juga buku yang dihasilkan…, kagum sebab banyak sebenarnya tokoh yang berilmu tinggi dalam islam^__^
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Photo Diary : A Trip to Kledang Hill, Ipoh ♥
bolehlah cari buku belaiu nanti.. nak baca agar lebih mengenali siapa beliau..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..3 Pesakit dan Ceritanya…
Selalunya kalau seminar macam ni lah dapat sedikit sebanyak membuka minda setiap insan terutamanya masyarakat Islam 😀
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Photo Diary : A Trip to Kledang Hill, Ipoh ♥
Semoga dengan adanya seminar macam ni , masyarakat Islam akan lebih mempraktikkan nilai Islam dalam kehidupan . peringatan untuk diri juga 😀
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Photo Diary : A Trip to Kledang Hill, Ipoh ♥
Wah , separuh harga untuk pelajar ! Jarang-jarang boleh ada peluang macam ni . Jom pelajar di kl !
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Photo Diary : A Trip to Kledang Hill, Ipoh ♥
sangat bagus seminar sebegini, ia dapat membuka mata rakyat tentang islam dengan lebih mendalam, tidak rugi kalau pergi, banyak ilmu yang bermanafaat yang dapt kita terapkan dalam kehidupan kita sebagai orang islam
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Sangat berbaloi. Murah lagi tu. Yang penting ilmu yang sangat bermanfaat.
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Muay Thai Terbuka UUM
Seminar yang amat berharga. Boleh dapat pendedahan mengenai pemikiran tokoh islam terdahulu. Ada idea mereka telah dikaji oleh masyarakat bukan islam terlebih dahulu kerana kurangnya pengkaji dan pendedahan di kalangan umat islam sendiri.
Curahan rasa Norazizah @ ..Review Shawl Chiffon Plain Labuh World Of Hijab WOH
yea.. seminar ini memang amaty berharga, dari situ kita dfapat mengenali tokoh Islam ini dan mengetahui cara pemikiran tokoh Islam terdahulu
Curahan rasa Tengkubutang @ ..LINDA RAFAR — MENUNGGUMU DI PINTU SYURGA
Untuk rakan – rakan yang punyai masa lapang jom kita sertai Seminar Pemikiran Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al Buti
Curahan rasa onlajer @ ..5 Teknik Bakar Lemak Dari Hafiz Waza
Sempat lagi mendaftar ni. Harga yuran pun tak mahal sanagat kalau nak di bandingkan dengan ilmu yang kita akan dapat nanti.
Banyak juga buku2 kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan yang telah ditulis oleh beliau …Moga2 buku2 ini dapat memberi manfaat buat kita semua ..InsyaAllah
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Allah Tidak Pernah Silap Percaturan ❤
Dengan bayaran yuran serendah RM80 untuk orang awam dan RM40 untuk pelajar ..saya rasa seminar seperti ini amat bagus untuk kita sama2 sertai ..Jika berkelapangan apalah salahnya luangkan sedikit masa untuk menghadiri ..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Capsule Letters For The Future Lya,… Dah Siap ❤
Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti ?? Sebelumni takper nak dgr tentan beliau ..lepas jejak kai kat sini dah tahu serba sikit latang belakang beliau ..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Sebenarnya ….. Siapa Kita ?? ❤
bagus seminar sebegini kerana bnyak memberi manfaat kepada masyarakat. Lebih2 lagi dalam keadaan masyarakat haru biru sekarang ni…
Curahan rasa maria awi @ ..Majlis Baby Shower Rozita Che Wan
Honestly, kawe tidak pernah dengar lagi mengenai Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti ini. Will do some digging on him lepas ni. Thank you atas perkongsiaan ini bro.
Curahan rasa Ismail N @ ..Berkenaan Soalan Undang-Undang Anda
Betul. Saya pun belum pernah dengan tentang beliau. Ilmu baru dah dapat dari sini. Terima kasih DH
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Muay Thai Terbuka UUM
Ilmu sedemikian patut di direbuti…..kepada yang berkelapangan boleh la join…Semoga ilmu yang dikongsi beroleh manfaat dunia dan akhirat kelak…Amin…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..My defination of Successful
Tak rugi kala luangkan masa ke seminar ini. Saya juga yang rugi tak dapat nak sertai. Geographi membataskannya. Harap da rezeki terkemudian hari. In syaa Allah.
Curahan rasa Putributterfly Punyablog @ ..Muay Thai Terbuka UUM
Comments are closed.