Assalamualaikum dan salam 1Dunia.
Islam merupakan agama (deen) yang diturunkan Allah kepada manusia melalui perantaraan para Rasul untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam. Sebagai agama risalah, Al-Quran menyarankan dua bentuk penyebaran agama Islam kepada manusia. Pertama, seruan dakwah terhadap mereka yang berada di luar lingkungan agama. Usaha ini perlu dilakukan dengan kebijaksanaan, nasihat yang baik dan dialog yang berhemah.
Sehinggakan kepada penguasa zalim seburuk Fir’aun pun, Nabi Musa AS diperintah Allah untuk berdakwah menggunakan perkataan yang lembut dan mengetengahkan hujah yang benar dan baik. Bentuk kedua penyebaran risalah Islam pula lebih bersifat dalaman iaitu usaha memperbaiki masyarakat Islam itu sendiri. Ada yang mengenali As-Syahid Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al Buti?
SIAPA Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti?
Dilahirkan pada 1929 di perkampungan Jilka, Turki. Apabila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam.
Beliau telah dibunuh pada 21 Mac 2013, semasa perang saudara di Syria, dilaporkan dalam satu letupan bom, walaupun “banyak soalan mengenai kematian” telah ditimbulkan oleh video di tempat kejadian.
Ada yang sudah mendengar wasiat terakhir beliau?
Sehingga kini, beliau telah menulis tidak kurang dari 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat diAmman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.
ABIM kali ini melalui sayap intelektualnya AIM ingin mengambil peluang untuk menganjurkan seminar tokoh pemikir gerakan Islam kontemporari. Tinjauan sejarah silam merekodkan bahawa ABIM merupakan institusi terawal mengiktiraf sumbangan Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti dan telah menerima kunjungan beliau seawal tahun 90-an dan mengiktiraf sumbangan beliau yang sangat signifikan pada dunia Islam.
Sesuai dengan ketokohan, karisma, keilmuan, kesarjanaan dan kegigihan beliau dalam gerakan penyebaran Islam dengan medium yang pelbagai dan boleh dikatakan versatil, ABIM akan menganjurkan seminar khusus membicarakan sumbangan dan pemikiran beliau di dunia umumnya dan umat Islam khususnya. Seminar ini juga akan melibatkan wacana atau bedah karya agung beliau seperti al-Jihad fil Islam dan Dhawabit al-Maslahah fi Syariat al-Islamiyyah (Prinsip-prinsip kemaslahatan dalam syariat Islam).
Kepada yang berkelapangan pada ahad ini, dijemput untuk menyertai seminar ini yang bertempat di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor. Menampilkan pengkisahan dan bedah pemikiran dan citra islah ummah Syeikh Muhamad Said Ramadhan al-Buti anakanda beliau, Prof. Dr. Tawfiq Muhammad Said al-Buti ad-Dimasyqi yang akan memberikan ucaptama pada seminar berkenaan.
Tarikh : 28 September 2014 (Ahad)
Tempat : Dewan Auditorium Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam
Waktu : 8.00 pagi sehingga 4.30 petang
Yuran : RM 80 (awam) dan RM 40 (pelajar)
Pendaftaran dan info lanjut boleh hubungi : 011-14330439
Atau layari : https://seminarpemikiran.wix.com/al-buti-aim
No related posts.
219 Comments
Tak pernah tahu mengenai kisah Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al Buti, sekarang baru tau. Terima kasih diatas pengkongsian tuan DH. Bagus jugak seminar camni sebab boleh mendalami lagi kisah dan perjuangannya.
Curahan rasa Eshamz Halim @ ..Restoran Tasik Raban Cawangan Seri Iskandar
setuju tu, ramai yang tak celik mengenai kisah Syeikh Muhammad Said Ramadhan al Buti. atas perkongsian macam ini, ramai mula tahu.
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
1st time baca kisah Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al Buti,, sebelum ni tak pernah tau pon,, menarik jugak kisah beliau,, nak kena cari ni
Curahan rasa greenfarra @ ..Birthday Giveaway by Shad
sama la, den pun 1st time.. mendalam tengok video wasiat terakhir beliau
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Baru berkesempatan tengok wasiat terkahir beliau. Humm.. banyak yang dia katakan dan pesankan untuk kita..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 28 | Andainya…
ya setuju tu, pesanan yang sangat berharga kepada semua. keep on sharing wasiat beliau
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti .. hemm.. nak kena google dan cari nama beliau dan kisah beliau nanti..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..LINDA RAFAR — MENUNGGUMU DI PINTU SYURGA
banyak kisah menarik tentang beliau dan pesanan yang bernas ditinggalkan
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
oh, dah lepas.. ni semalam la berlansungnya yea? tentu ramai yang datang kan? seminar macam ni ah pencetus semngat buat mereka2 yang ingin berjaya seperti beliau
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
Iya semalam ni.. kalau google kisahnya banyak yang akan kita dapat baca.
semoga seminar seperti ini dapat diteruskan untuk masa akan datang dengan pemakluman lebih awal. Terima kasih kepada Denaihati atas pemakluman. Dapat juga kami mengetahui serba ringkas mengenai pemikir tersohor itu. 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Pemikiran tersendiri
wawa harap seminar macam ini dapat di adakan lagi dan dapat memberikan manfaat kepada orang islam di luar sana.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..GIVEAWAY 2014 MIALIANA.COM
macam mana dengan seminar pemikiran syeikh muhammad said ramadhan al buti yang tuan hadirkan diri harini? wawa harap tuan denaihati.com dapat berkongsi dalam artikel blog tuan nanti.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..GIVEAWAY 2014 MIALIANA.COM
Allamah Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al Buti ni merupakan salah seorang tokoh pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dihormati kawan dan lawan.
Dah lepas eaa..baru baca entry ni. Huhuuu..btw perkongsian ni sgt bermanfaat. Klu tak baca entry ni, sy tak tahu pun pasal beliau. Terasa sgt cetek ilmu ni. Thanks again untuk sharing ni..
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..The Maze Runner.
ye betul tu, kalau tak kerana entri ni, teman pun taktahu tentang beliau..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
pertama kali mendengar nama beliau, terima kasih atas perkongsian. nampaknya sy terlambat baca entry ni.. 🙁
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
btw rasa macam 1st time je nampak kid menulis kat sini. hehe nice work la bro
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Agaknya ramai yang pergi ni. Bolehlah berkongsi sdikit sebanyak ilmu yang dah diperolwh kat sini ye..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
den terlambat baca entry ni. kalau baca awal, boleh pergi juga.. sayangnya…
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Samaa..sy pun baru baca. Terlambat. Agak rugi jugak rasanya sebab terlepas peluang mcm ni. Lgpun yuran penyertaan x mahal pun..msh affordable.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..The Maze Runner.
kalau pasal majlis ilmu macam ni, wang ringgit bulan jadi persoalan. asal kita nak atau taknak hadir je 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
InsyaAllah.. pasti nanti Tuan deniahati akan up satu entri berkenaan seminar ni nanti.. =)
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
Semoga program sebegini dapat diperbanyak lagi demi menegakkan dan mengukuhkan syiar Islam.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
ya setuju tu.. alhamdulillah, makin hari makin banyak pihak sudi menganjurkan program seperti ini 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Kita sebagai Muslim seharunya memberikan sokongan yang padu terhadap penganjuran program kerohanian seperti ini. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
ya betul tu. jangan hanya duduk dan jadi penonton atau pengkritik sahaja.
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Kadang2 sy rasa program2 mcm ni mmg byk pun di adakan. cuma kurangnya hebahan pasal program2 ni..atau mungkin jugak hebahan yg disampai kan tu x sampai kepada org awam, Sebab sy perasan bila sy google pasal program2 sebegini, byk je..tp sy x pernah tahu pun. Salah sendiri mungkin, sebab terlalu busy dgn hal lain.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..The Maze Runner.
Benar. Langkah promosi yang efektif perlu dipergiat agar semua orang tahu mengenai hebahan program sebegini.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
mungkin ada yang tahu tetapi taknak war-war kan di laman sosial lain seperti FB dan Tweeter, sebab tu ramai yang tak tahu..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
rasanya betul juga. kurang di hebahkan di media massa. mungkin kurang peruntukkan untuk promosi rasanya
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Hehe…mesti meriah nanti majlis ni..siapa yang tak datang rugi la..termasuk lah diri saya ni..dalam kerugian..haha
Curahan rasa Pondok Kecil @ ..Hargai Wang Dan Masa Sebaiknya
Malangnya saya terlepas acara ini kerana saya baru buka blog Denai Hati hari ini.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Tak apalah, tak ada rezeki. In sha Allah, lepas ni harap ada lagi program sebegini. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
haha sama la bro.. lambat bukak.. klu bukak semalam, inshaAllah den akan pergi
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Kalau kita pergi, mungkin kita boleh berjumpa kan? In sha Allah, kita berjumpa di lain masa. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
ya betul tu, den dah lama tak jumpa geng geng blogger. skali skala jumpa dan merapatkan silaturrahim kan 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Mahunya tak meriah. Perkongsian daripada pelbagai latar belakang penceramah.mesti banyak benda yang dikongsi.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
Benar. Pengisian rohani seperti ini adalah sangat didambakan oleh para pencinta ilmu.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
yes, sama la. rugi plak lambat baca entry ni.. adoi.. sayangnya….
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Lepas ni kena selalu jenguk blog Denai Hati. Setiap hari. Blog DH selalu update program yang menarik.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
kan, setuju tu. dah install apps denaihati kat smartphone anda?
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
nampak gaya macam memang meriah la kot majlis nya.. mesti ramai orang awam serta student yang datang kan..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
Hari ni kan seminarnya. Bertuah mereka orang Shah Alam yang dapat hadir tu.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
Peluang seperti ini tidak seharusnya dilepaskan. Sekiranya ada kelapangan masa, cubalah datang. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Semestinya jangan dilepaskan. Saya kalau dekat ni memang teringin nak pergi.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Hari Ni
inshaAllah, ada rezeki, nextime mungkin dia akan buat dekat dekat area anda 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Benar, saya study di Bangi. Mungkin boleh cari pengalaman naik KTM dan segala monorel ke sana.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
bagus la tu, tak jauh nak ke kl. naik public je, save duit 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
rasanya satu malaysia hadir.. ramai orang snggup datang jauh demi ilmu yang di hadam 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Mencari ilmu itu tidak terbatas pada masyarakat yang tinggal di sekelilingnya sahaja.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Saya suka dengan orang yang sanggup berjalan jauh semata-mata mahu mencari ilmu.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
ya, setuju, mereka ni punya sikap hunger for knowledge. sanggup keluar duit dan korbankan masa demi ilmu. salut
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
yup.. setuju.. ilmu macam ni bukan senang nak cari.. dan bukan senang orang nak share ilmu yang ada yang mereka dapat sebelum ni..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
Comments are closed.