Seluruh wilayah persekutuan di zon hijau dianjurkan solat hajat untuk Palestin dari 15 hingga 21 Jun

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Solat sunat hajat, doa selamat dan bacaan ‘Qunut Nazilah’ akan dilaksanakan di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Zon Hijau seluruh Wilayah Persekutuan selepas solat Maghrib bermula dari 15 hingga 21 Jun serta selepas solat Jumaat pada 19 Jun.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata sebagai menjunjung titah perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.

Baca: Fadhilat dan keistimewaan ayat 21-24 surah Al-Hasyr

JAWI menetapkan seluruh masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di Zon Hijau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk menganjurkan ibadat itu pada waktu dan tarikh berkenaan.

“Pelaksanaannya adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan sebelum ini.

Baca: Ibadah haji ditangguhkan tahun ini

“Umat Islam juga disaran berdoa agar wabak COVID-19 yang melanda negara segera berlalu serta kesejahteraan kepada seluruh rakyat Palestin, dilindungi tanah air serta dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim Israel,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sumber: Awani

6 Comments

  1. Semoga rakyat Palestin dikurniakan kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Kita doakan juga agar musibah dan wabak covid ni diangkat segera dari muka bumi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!