Ibadah haji ditangguhkan tahun ini

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Berikut adalah SOP baru Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk Masjid, Surau dan Ibadah Haji

Ketetapan Kerajaan tidak akan menghantar Jemaah Haji untuk musim tahun ini dan ditangguhkan ke tahun hadapan.

Kredit foto: Metro

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu sudah mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Datuk Dr Zulkifli berkata, TH akan mengeluarkan kenyataan rasmi dan soalan lazim (FAQ) berkaitan urusan penangguhan ibadat haji bagi Musim Haji 1441H sejurus selepas sidang media ini.

Saya juga menyeru seluruh umat Islam di Malaysia untuk terus berdoa supaya Allah SWT menghilangkan wabak ini sepenuhnya dan memelihara dua Kota Suci Makkah dan Madinah dari sebarang perkara yang tidak diingini.

Saya mengharapkan semua bakal haji untuk bersabar dan reda dengan keputusan ini,” katanya.

Di samping itu, Masjid dan Surau di Zon Hijau mula di buka pada 12 Jun 2020 untuk solat fardu dan solat Jumaat. Kapasiti jemaah 1/3 daripada jumlah dewan solat utama.

Kanak-kanak bawah 12 tahun dan mereka yang ada sakit kronik tidak dibenarkan.

Jemaah perempuan dibenarkan.

Jemaah warga tua yang sihat dibenarkan tanpa had umur.

Kuliah maghrib dibenarkan dengan syarat mesti dihentikan apabila masuk waktu Isyak.

Kuliah Subuh juga dibenarkan tetapi hanyak 20 – 30 minit sahaja.

Jamuan selepas kuliah tidak dibenarkan.

Pastikan ikut SOP iaitu;

a. sosial distance 1 meter
b. pakai mask
c. pintu masuk dan keluar mesti berbeza
d. wuduk hari rumah kalau batal gunakan bilik wuduk yg dikhaskan
e. bawa sejadah sendiri
f. wuduk di kolah tidak dibenarkan
g. tidak dibenarkan bersalam selepas solat.

Sediakan kaunter di pintu masjid untuk ambil suhu dan nama jemaah.

Mesti buat sanitasi dalam masjid dan bilik air.

Masjid dan Surau akan dibuka sejam sebelum masuk waktu dan tutup setelah selesai solat.

Jemaah warga asing belum dibenarkan untuk berjemaah.

Majlis akad nikah di masjid di benarkan dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

Amir Hassan


Spread the love

3 Comments

  1. Tiada rezeki utk bakal jemaah haji tahun ni. InsyaAllah pasti Allah sediakan yg lebih baik utk semua dengan syarat kita sabar dan redha dengan ujian Allah..

  2. bagus juga. kesihatan dan nyawa paling penting. lagipun, majoriti yang menunaikan ibadah haji adalah dari kalangan warga emas. mereka ni golongan yang berisiko

  3. inilah zaman yang cukup mencabar untuk beribadah..

    semoga ada hikmah disebaliknya..

    orang bersabar diberi ganjaran yang besar

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!