Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah, kita telah berjaya menahan nafsu sepanjang bulan penuh keberkatan ini. Walaupun jauh di sudut hati, timbul rasa sedih akan meninggalkan bulan Ramadan disebabkan rahmat dan keistimewaan yang begitu banyak dalam bulan ini, namun ini semua adalah peredaran kehidupan yang perlu dilalui oleh kita semua. Semoga kita akan diberikan kesempatan untuk menikmati bulan barakah ini pada tahun hadapan pula.

Di samping kita meraikan Hari Raya Aidilfitri ini, janganlah kita lupa penderiaan saudara seagama kita di seantero dunia yang terpaksa berperang di kala kita semua meraikan hari yang bermakna ini. Seandainya ada kemampuan, janganlah kita lupakan mereka yang tidak bernasib baik, jamulah mereka, raikan bersama-sama. Semoga ikatan ukhuwah islamiah sesama kita bertambah utuh dan erat.

Semperna hari baik bulan baik ini, kami dari Denaihati Network ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger, para pembaca, pelajar Akademi Denaihati Network, penaja aktiviti, rakan niaga, para pengiklan, serta semua umat Islam di mana jua anda berada. Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekasaran bahasa, terguris perasaan atau apa-apa yang terjadi yang mungkin menyebabkan anda berkecil hati. Semua yang berlaku bukanlah disengajakan dan kami memohon ampun dan maaf atas kelemahan pihak kami.

Terimalah e-kad dan video ucapan hari raya dari pihak kami untuk anda semua.

denaihati-ecard-hari-raya-2013

Sekiranya anda akan pulang ke kampung atau melawat saudara mara dan sahabat handai, memandulah berhati-hati dan semoga sentiasa bersabar dengan keadaan trafik yang pastinya sesak di musim perayaan seperti ini. Dapatkan maklumat info trafik terkini melalui Twitter dan Facebook untuk memudahkan perancangan perjalanan anda dan keluarga. Usahlah kita mengikut hawa dan nafsu yang telah berjaya dikawal sepanjang bulan Ramadan dengan melepaskannya pada bulan Syawal. Ulangkaji Tips mengelakan kemalangan jalanraya sebagai peringatan kepada yang lupa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.


Spread the love

28 Comments

  1. Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada tuan Denaihati dan sahabat-sahabat blogger lainnya.
    Semoga Allah menerima amalan ibadah kita semuanya di bulan Ramadhan aamiin
    Mohon maaf lahir dan batin
    Curahan rasa Ferry @ ..Makna Hikmah Idul FitriMy Profile

  2. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, Dalam gurau dan senda ada khalif dan dosa. MOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS SEGALANYA. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf, zahir dan batin. Daripada Kamil Salleh@sensasi2020.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Salam Aidilfitri 2013My Profile

  3. Saya dan segenap keluarga besar di Tasikmalaya – Jawa Barat – Indonesia mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1434 H kepada Denaihati Network dan seluruh Rakan Blogger se-Nusantara, MAAF LAHIR DAN BATIN

  4. Saya, Anarm dan seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.. Minta maaf banyak2 zahir dan batin sekiranya ada salah dan silap selama ni.. Semoga bergembira menyambut raya di samping keluarga tercinta..
    Curahan rasa Anarm @ ..Balik Kampung Raya bersama KeluargaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!