Selamat Hari Guru 2019. Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi #TerimaKasihCikgu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari Guru yang jatuh pada tarikh 16 Mei setiap tahun akan kembali menemui kita semua. “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi” telah dipilih sebagai Tema Hari Guru di Malaysia untuk sambutan tahun 2019. Tema ini adalah rasmi seperti diumumkan di Portal Rasmi KPM.

Untuk memberi pengiktirafan kepada jasa guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan sambutan Hari Guru pada tarikh 16 Mei setiap tahun,dengan pelbagai program diadakan yang menjurus ke arah penghargaan kepada guru

Tugas utama bagi seseorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik, Di zaman yang teknologi yang serba canggih menjadikan tugas seorang guru semakin mencabar. Dengan pelajar yang bermacam ragam menjadikan tugas guru untuk mendidik anak bangsa untuk mencapai kejayaan penuh dengan cabaran.

Tema Hari Guru 2019 : Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Berikut dikongsikan informasi berkaitan tema hari guru, definisi dan huraian logo Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi yang telah dipilih sebagai Tema Hari Guru tahun 2019.

Pulau Pinang (Spice Arena) telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke 48.

Ganjaran Berganda Untuk Guru

Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.

Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.” (HR Muslim No: 4831)

Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

Orang yang mengajak, membimbing, menasihat, mengajar seseorang agar melakukan perkara kebaikan, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mana yang didapati oleh orang yang belajar dan beramal.

Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan. Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Sempena Hari Guru, ayuh kita menjadi guru yang mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain seperti, pelajar, ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat.

Marilah kita merebut peluang membuat simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan mendidik, mengasuh dan mengajar orang lain kepada kebaikan.

5 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!