Isu Statut Rom : PBB sahkan Malaysia dikeluarkan daripada senarai

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam kenyataan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Twitter rasmi Wisma Putra, kerajaan Malaysia secara rasmi menarik diri dari Statut Rom yang berkuatkuasa bermula 29 April 2019. PBB mengesahkan menerima notifikasi itu menerusi Kementerian Luar Negeri

“Pemberitahuan yang diterima daripada Menteri Luar Negeri Malaysia berbunyi seperti berikut: ‘… Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk menarik balik Instrument Of Instruction daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 5 April 2019.

Oleh itu, Malaysia membatalkan semula surat penyertaannya dan penarikan ini akan berkuatkuasa serta merta.

Meskipun demikian, Malaysia tetap komited terhadap kedaulatan undang-undang untuk mengadili para pelaku pembunuhan beramai-ramai, jenayah kemanusiaan, jenayah perang; dan jenayah pencerobohan.

“Ini adalah sejajar dengan dasar kerajaan baru untuk menguatkan prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban,” PBB

Kelmarin, nama Malaysia masih disenaraikan dalam senarai penandatangan Statut Rom di laman web PBB. Dalam satu kenyataan Wisma Putra berkata Malaysia kesal kerana masih disenarai sebagai negara yang meratifikasi statut berkenaan seperti disiarkan di laman web PBB, meskipun telah mengemukakan surat penarikan.

Malaysia menarik diri daripada Statut Rom pada 5 April selepas mendapat bantahan daripada orang awam dan pembangkang selain gagal mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

gambar sumber : Sinar Harian

Kementerian Luar memaklumkan seperti diputuskan Jemaah Menteri, Kerajaan Malaysia sudah mengemukakan surat penarikan diri penyertaan Malaysia ke Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Surat dikemukakan kepada Setiausaha Agung PBB pada 29 April lalu, selaku depositori bagi triti itu, selepas mengambil kira semua langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan proses penarikan diri.


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!