Samsung Galaxy S II

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada lawatan kerja di Kemboja baru-baru ini aku telah mendapat hadiah istimewa dari rakan niaga, dapat smart phone tu. Oleh kerana aku sudah mempunyai iPhone 4, Blackberry Bold 2, iPad 2 dan Samsung Galaxy Tabs maka aku memilih gadget terbaru dipasaran Samsung Galaxy S II. Partner aku pun dapat dia pilih iPhone 4.

Setiap gadget mempunyai kelebihan daripada yang lain. Sebab paling utama aku memilih Galaxy S II ini kerana sistem perkongsian WiFi sehingga 8 laptop dan komputer berbanding Galaxy tabs yang hanya boleh berkongsi 5 laptop dan komputer. Mudah untuk aku dan famili nak travel tak perlu mencari public WiFi lagi.

20110610-083232.jpg
Telefon pintar Samsung Galaxy S II

Review ringkas Galaxy S II juga lebih menarik dengan rekaan nipis 8.49 milimeter, digabungkan dengan teknologi dual core ditambah sistem operasi Android 2.3 Gingerbread, skrin bersaiz 4.27 inci berkuasakan AMOLED dan kamera 8.0 megapixel.

Rupanya Galaxy S II yang bernilai USD770 di Kemboja belum lagi dilancarkan di Malaysia, sungguh tak ku tak sangka. Menurut sumber telefon pintar Samsung Galaxy S II akan masuk ke pasaran Malaysia pada penghujung Jun 2011 dan harganya juga dikatakan lebih rendah daripada Galaxy S I.

20110610-093652.jpg
Samsung Galaxy S II sebesar tapak tangan

Terima kasih sahabat ku, hidupkan untuk memberi semuga rezeki (keredhaan Allah, kesihatan, kebahagian, keuntungan, ketenangan dan lain-lain) beliau dilipat kali gandakan oleh Allah SWT. Semuga projek eQurban (dah jadi rakan niaga ke?) kita sukses dan dapat membantu umat Islam Kemboja.

@ Sumber mengatakan harga Samsung Galaxy S II di Malaysia ialah RM2499


Spread the love

103 Comments

  1. samsung menggila dengan dual core. lepas ni bermula la multiple core war dalam smartphone.

    mula2 sapa dapat cecah 1GHz dan dimenangi rasanya oleh snapdragon. dan dual core ni memang syiok. gila telefon kecik tapak tangan laju lebih daripada komputer aku tahun 2000.
    Curahan rasa syafiq @ ..Les Paul Dalam DoodleMy Profile

    1. Teknologi smartphone semakin kedepan. Aku sekarang pun dah jarang bawa laptop kerana lebih banyak guna gadget terbaru untuk monitor kerja2 online ni.

  2. bestnye.saya baru beli galaxy s 1 january lepas.tapi dah terasa nak jadi tuan untuk galaxy s 2 ni. boleh kongsi anggaran harga di malaysia kalau en. denai dah tahu??

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!