Sakit, demam dan kanser. Ini dua perkara yang semua orang kena lakukan segera…

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat.

Gaya hidup yang tidak sihat pula adalah punca utama serangan jantung dan strok. Justeru berhenti merokok, makan secara sihat dan menjadi aktif secara fizikal adalah penting bagi membantu anda hidup lebih lama. Ada lagi perkara yang paling ditakuti dan menghantui kita, iaitu kanser.

Tahukah anda ranking 10 jenis kanser paling banyak dihidapi rakyat di Malaysia?

1. Kanser payudara
2. Kanser usus
3. Kanser paru-paru
4. Kanser limfoma
5. Kanser nasofarinks (hidung) 
6. Leukemia
7. Kanser serviks
8. Kanser hati
9. Kanser ovari
10. Kanser perut

Rakyat Malaysia kurang ambil perhatian

Ramai yang masih tidak tahu kepentingan untuk mencegahnya apatah lagi untuk merawatnya. Menurut National Cancer Society Malaysia dan Etiqa Insurance & Takaful kos rawatan sememangnya tinggi jika kita menghidapi kanser tersebut.

Apa yang dapat kita persiapkan untuk diri, dan juga keluarga?

Dr Murallitharan M, Medical Director dari National Cancer Society Malaysia (NCSM) beritahu bahawa rakyat Malaysia kurang mengambil perhatian mengenai tahap kesihatan kita .

Memang kita tidak tahu bila kita akan sakit, demam dan juga mungkin juga menghidap antara 10 kanser tadi. Tetapi kita boleh bersedia dengan dua perkara iaitu amalkan gaya hidup sihat dan yang kedua membuat perlindungan perubatan.

Gaya hidup sihat amalan sekeluarga

Yang pertama sekali, kita perlu amalkan gaya hidup sihat. Buat apa yang bagus untuk kesihatan. Yang merokok perlu kurangkan merokok dan seterusnya tinggalkannya. Yang makan terlalu banyak dan akibatkan overweight dan tanpa bersenam pun perlu ubah cara makan setiap hari.

Banyak tips-tips kesihatan yang kita boleh amalkan seperti beriadah, menjaga pemakanan, menjaga kebersihan rumah, dan buat juga pemeriksaan kesihatan. Elakkan perkara-perkara yang boleh jejaskan tahap kesihatan.

Tahu tak yang kos perubatan dan pembedahan sakit kronik sememangnya memerlukan kos yang tinggi?

Perlindungan perubatan pada setiap masa

Yang kedua, kita perlukan perlindungan perubatan. Tidak kira untuk diri sendiri mahupun keluarga.

Kebanyakan orang memang tercari-cari produk atau pelan perlindungan insurans takaful terbaik. Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan pelan perlindungan insurans takaful terbaik?

Apakah ciri-cirinya?

Mungkin akan ada sedikit perbezaan jika syarikat-syarikat penyedia menyediakan beberapa tawaran istimewa untuk membezakan produk mereka dengan pesaing lain. Namun kerangka asasnya akan tetap sama sebab dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Ringankan beban kos rawatan, ini yang perlu dilakukan…

Yang terbaru pilihan untuk rakyat Malaysia adalah e-Medical Pass Takaful dan e-CancerCare Takaful.

Sekiranya kita jatuh sakit, pelan e-Medical Pass Takaful daripada Etiqa boleh membantu kita ringankan beban kos rawatan melalui tawaran “Fast & Easy”.

Perlindungan sepanjang hayat tanpa had, bayaran berpatutan dan surat jaminan akan dikeluarkan dengan satu panggilan telefon 24 jam supaya kita boleh masuk ke hospital tanpa bayaran.

Yang lebih menariknya jika gunakan aplikasi Etiqa Healthcare, kita akan ditunjukkan hospital panel Etiqa yang terdekat hanya dengan beberapa langkah. Semua ini penting sebab kita pun tidak tahu bila dan di mana kita akan sakit. Jadi ini semua akan memudahkan kita dari segi kos logistik.

Tiada pemeriksaan perubatan yang kita kena lakukan. Kita cuma perlu jawab 3 soalan berkaitan kesihatan untuk dapatkan perlindungan e-Medical Pass Takaful ini.

Hilangkan tekanan emosi penghidap kanser, ini jalannya…

Kanser pula memang menjadi igauan buruk dan boleh memusnahkan impian dan beri kesan negatif kepada kita seperti tekanan emosi dan masalah kewangan.

Pelan e-CancerCare Takaful daripada Etiqa ni pula akan bantu ringankan beban untuk kos rawatan kanser dan supaya kita dapat berikan fokus untuk melawan kanser itu.

Bayaran tunai sebanyak 30% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar terus kepada kita untuk manfaat kanser peringkat awal. Bayaran sekaligus sebanyak 150% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar terus apabila didiagnosis menghidap kanser peringkat akhir.

Tiada pemeriksaan kesihatan juga diperlukan. Hanya perlu jawab satu soalan berkaitan kesihatan untuk perlindungan serta merta.

Pelan eCancerCare Takaful ini memang perlu ada untuk perlindungan kanser ini dengan hanya 21 sen sehari.

Perlindungan insurans takaful adalah bersifat individualised ; mengikut kepada keperluan, keinginan dan kemampuan setiap individu.

Namun kita perlu sedar bahawa ini semua adalah keperluan semua masa kini. Sakit, demam dan penyakit yang paling ditakuti tadi iaitu kanser, kita perlu buat keputusan. Amalkan gaya hidup sihat dan ambil pelan perlindungan perubatan.

Kini semuanya hanya dihujung jari. Boleh jumpa ejen-ejen dan juga buat secara atas talian.

Akhir kata, pelan yang terbaik adalah pelan yang melindungi manfaat-manfaat atau risiko-risiko yang diingini dalam jumlah perlindungan mengikut keperluan individu pada harga yang mampu dibayar.

Pilihan di tangan kita. Peluang yang ada, pilihan yang ada, bertindaklah segera. Etiqa bersama anda.


Spread the love

5 Comments

  1. bertindak secepat mungkin. banyak pakej2 yang ada ni. Kalau boleh untuk sekeluarga pun cantik jugak ni

  2. orang kita masa kini memang perlukan dua benda ni. kalau tak, susah laa masa depan. Bila sakit, duit keluar.. masa pun banyak terkorban… jadi kena prepare

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!