Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Salam Ramadan al-Mubarak. Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat mulia. Bulan di mana semua umat Islam menunggu akan kehadirannya. Allah SWT menjanjikan bahawa semua syaitan di muka bumi diikat, pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu syurga dibuka, Oleh itu, kejar amal ibadah dan buat kebaikan sebanyaknya supaya seseorang hamba itu di pandang mulia di sisi Allah taala.
Walaubagaimana pun, ada beberapa adab berpuasa yang kita perlu jaga bagi memastikan puasa kali ini lebih baik daripada yang lepas;
1. Menjaga penglihatan.
Nabi SAW bersabda bahawa penglihatan adalah satu daripada anak-anak panah syaitan. Hal ini kerap dikatakan dimana-mana ceramah, menjaga pandangan daripada sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat.
2. Menjaga lidah daripada berbohong, mengumpat, bercakap sia-sia, bercakap kotor, bergaduh dan seumpamanya.
Kebanyakan daripada kita tidak pun menganggap bahawa perbuatan itu sebagai mengumpat. Nabi SAW telah ditanya oleh seseorang “Apakah itu mengumpat?” Baginda SAW bersabda, “Bercakap tentang sesuatu yang tidak disukai oleh seseorang di belakangnya” Penyoal tadi bertanya lagi, “Bagaimana jika perkara yang diperkatakan itu sememangnya ada padanya?” Baginda SAW menjawab, “Itulah mengumpat. Jika ia sememangnya tidak ada maka itu adalah fitnah.”
Pada suatu kali Nabi SAW telah lalu berdekatan dua buah kubur. Baginda SAW bersabda “Mereka berdua sedang mengalami azab kubur. Seorang daripadanya diazab kerana mengumpat dan seorang lagi diazab kerana tidak berjaga-jaga ketika kencing.”
3. Menjaga telinga.
Nabi SAW bersabda “Kedua-dua orang yang mengumpat dan yang mendengar umpatan terlibat dalam dosa”. Aku teringat seorang murabbi pernah bercerita, beliau bersama sahabat-sahabat karibnya sedang berbual dan apabila salah seorang mula mengumpat beliau akan pergi daripada situ tanpa berkata-kata sebagai simbol mengatakan perbuatan mengumpat itu salah.
4. Menjaga segala anggota badan yang lain.
Menjaga tangan daripada memegang sesuatu yang haram atau melakukan sesuatu yang Allah murka, begitu juga kaki dan anggota yang lain. Sahabat saya pernah berkongsi, setiap kali dia berwuduk, ketika membasuh tangannya dia akan berdoa ‘jadikan tangan ini, tangan yang memberi manfaat kepada agama dan sentiasa membuat kebaikan’ begitu juga dengan anggota yang lain.
5. Semasa berbuka janganlah makan terlalu banyak.
Jangan jadikan puasa ini sebagai musim kenduri. Manfaat di dalam bulan puasa ini adalah untuk menundukkan nafsu dan syahwat juga sebagai merasai nasib si miskin. Jika kita terlalu bermewah dalam bersahur dan berbuka demi menuruti nafsu makan kita maka ia lari dengan manfaat puasa itu.
Sekiranya seseorang itu beri-Ia benar untuk makan, makan janganlah makan sehingga lebih daripada satu pertiga bahagian perut untuk makanan, satu pertiga untuk air dan satu pertiga dibiarkan kosong.
6. Ada perasaan takut selepas menunaikan kerana tidak tahu sama ada puasa kita itu layak diterima ataupun tidak.
Perasaan ini bagi membantu kita untuk sentiasa ingin memberi yang terbaik pada Allah taala. Dengan merasa kekurangan kita akan menambahkan, dengan rasa penuh penghinaan kia akan memohon ampun dengan penuh rasa berserah.
Pernah dengar seorang maulana katakan, orang yang memuja perut bukanlah orang yang berakal kerana apabila perut penuh, fikiran akan kosong. Jadi, di dalam bulan Ramadan ini kita cuba untuk mendidik diri kita dengan adab-adab ini supaya ia menjadi kebiasaan di dalam hidup kita.
Insya-Allah, semoga bermanfaat.
4 Comments
terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini admin. puasa sebulan melatih kita untuk mengawal hawa nafsu. semoga berlalunya ramadhan nanti jangan dilupakan pula untuk mengawal nafsu seperti mana bulan ramadhan
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Hukum Mimpi Basah Ketika Sedang Berpuasa
Masa berbuka saya lebih kepada minum air. Makan tu kurang sikitlah sebab haus sangat.
Curahan rasa Kerja Sendiri @ ..Jadilah Pembeli yang Berakhlak
Masa berbuka tu yang jadi masalah. Bila tengah lapar susah nak kawal kuantiti makanan yang diambil.
Curahan rasa Sani @ ..Bagaimana Lelaki Ini Buat Jualan 6 Angka Dengan Produk Affiliate Dalam Masa 2 Bulan!
alhamdulillah perkongsian yang sangat bermanfaat untuk saya. saya dapat sesuatu yang baru di dalam entri post ini. terima kasih
Comments are closed.