Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terbaca timeline Facebook isteri seorang sahabat, sahabat yang jauh di mata dekat di hati bertajuk “Saat Hati Terasa Jauh”. Aku tidak dapat membaca apa sebenar yang bermain di benar fikiran beliau tetapi pasti ramai Rakan Blogger yang pernah melalui rasa hati yang sebegitu. Sayu, sebak, sedih dan takut membelenggu perasaan dan hanya yang pernah mengalami sahaja dapat merasai.
Pernah sesekali bagun pagi suasana sudah cerah maknanya pasti waktu suboh sudah lama berlalu. Bingkas bagun membersih diri dan berwuduk lalu mengerjakan solat Suboh. Solat Suboh kesiangan ada orang tua kata Suboh Gajah. Rasa bersalah kepada Allah mengerjakan Suboh lewat di saat itu hati terasa jauh sangat dengan yang Maha Esa Allah SWT. Adakah Allah SWT sudah lupa pada aku sehingga tidak dikejutkan aku ketika azan Suboh berkumandang diseluruh alam.
Mendidik anak-anak bukannya mudah tak percaya tanyalah Kak Jie. Ada seorang teman yang lain berkata air matanya lebih banyak mengalir ketika anak-anak sudah remaja berbanding masa kecil. Semasa kecil setiap saat anak-anak bersama ibubapa tapi apabila remaja banyak masa dihabiskan bersama teman-temannya dan apabila sudah berkeluarga pasti seluruh masanya akan bersama keluarga. Saat itu hati ibubapa terasa jauh sekali dengan anak-anak yang pernah menjadi buah hati pengarang jantungnya.
Ramai juga suami isteri yang hidup berjauhan kerana mengejar keperluan dunia dan akhirat yang hanya dapat bertemu di hujung minggu. Sudah pasti pada saat tertentu hati isteri terasa jauh dengan orang yang disayangi. Lebih parah apabila suami isteri yang tinggal serumah tetapi hati terasa jauh kerana kesibukan dengan urusan dunia dan sibuk dengan buah hati gelap.
Itulah rempah ratus kehidupan kekadangan hati ini diuji Allah SWT dengan berbagai rasa untuk jadikan kita manusia yang lebih baik. Paling takut jika kekadang hati kita diusik syaitan dengan perasaan begitu untuk menjerumuskan kita ke lembah neraka bersamanya.
Pernahkah anda merasai saat hati terasa jauh.
124 Comments
perasaan inilah yang suka menggangu kita bila berjauhan orang yang tersayang.. anyway,kena kuat.
ohh begitu ya mbak,,ya asal jangan terulang lagi mbak solatnya kesiangan
Curahan rasa obat herbal penyakit kanker hati @ ..Cara ampuh mengobati Penyakit Jantung
Saya pernah merasa jauh dengan istri saya saat dia melahirkan anak pertama kami. Saya sementara kuliah di Jakarta dan dia di Palu. Sunggih sedih hari itu. Perasaan sedih, tidak berguna, dll bercampur jadi satu. Saya berjanji, jika anak saya besar nanti, saya akan minta maaf padanya. Amin
pernah jugak rasa…tapi yang paling terasa bila rasa hati ni tak cukup amalan untuk ke sana…masa tu memang tak tahu nak cakap apa…tak tenang duduk..nak tido pun tak boleh…
Curahan rasa nizam @ ..Wordless Wednesday : Cookies Punya Pasal
Teringat plak zaman kerja kat seberang dulu (Sarawak) je. Sebulan sekali je balik semenanjung (4 tahun tu). Segala perasaan ada. 🙂
Curahan rasa shraqs @ ..Update WordPress v.2.0 Untuk Android
ya,pernah merasakan juga yang namanya hati terasa jauh,saat jauh dari orang tua dan Allah SWT,ketika terlupa akan merekakarena godaan duniawi
jiwa terusik..hati terasa jauh walaupun dekat..ayu pernah rasa tu.. ='(
Curahan rasa bubllegumprincess @ ..Agihan pendapatan dan Bonus ASB 2011
serumah tp hati terasa jauh ~ 🙂 semua pernah rasa kot .. berbalik kepada DOA kalau hati terasa jauh , moga Allah bantu kita dan beri petunjuk ke jalan benar..
Curahan rasa puanbee @ ..Cashout Blind.gd Pertama
kena hargai orang yang kita sayang selagi mereka ada di dunia ini….kena beringat selalu..sentiasa mengucapkan kata maaf….
Curahan rasa lin azlina @ ..Jadi jugak buat tutorial threader Comment ni
mujurlah saya skrg duk dengan parent. dah rezeki dpt kerja kat tempat sendiri. tak perlu nk sewa rumah dah…
Curahan rasa lin azlina @ ..Jadi jugak buat tutorial threader Comment ni
pernah jugak..lonely…..masa tu kena ingatlah selalu bahawa Allah itus entiasa dekat dengan kita
Curahan rasa lin azlina @ ..Jadi jugak buat tutorial threader Comment ni
lonely – akon..
im mrs lonely.. heheh
Curahan rasa Norfa @ ..Iphone 4s at Malaysia
Saat hati terasa jauh pabila
insan kesayangan tiada di sisi. (*-*)
Curahan rasa Eriyza @ ..Ariff Alfian Mengaku Masih Muslim
hati merasa jauh saat di tinggal ibu+bapa bekerja
berangkat pagi pulang sore
Susah nak cakap bila bab hati dan perasaan nih…kekadang tak terduga apabila diduga.
Curahan rasa azman @ ..Sahabat mengapa takut untuk berkahwin?
Comments are closed.