Assalamualaikum dan salam 1Dunia, daripada komen Rakan Blogger dalam entri “Rahsia video kucing terbongkar ada hadiah ribu-ribu rupanya” memang ramai yang tertarik dengan hadiah hebat Makeover jubin ruang tamu, bilik air dan pakir kereta secara percuma yang disediakan oleh MML. Ada yang tanya rumah kampung dan rumah sewa boleh ke ikut serta contest hebat ini. Aku pun sangat berminat nak menyertai contest hebat ini dan sedang menyediakan beberapa gambar seperti syarat yang ditetapkan.
Setelah membaca syarat yang telah ditetapkan tidak pulak tertulis yang rumah kampung atau rumah sewa tidak boleh menyertai contest Makeover jubin MML yang bermula 11/6/2012 dan berakhir 8/7/2012. Tapi baik sangat pulak kita kalau nak menyertai contest dengan rumah sewa. Daripada rumah sewa rasanya lebih baik kita cuba rumah emak kat kampung tu. Berikut adalah syarat penyertaan untuk tatapan Rakan Blogger :
- Ambil gambar salah satu kawasan tersebut: Pakir Kereta atau Bilik Air atau Ruang Tamu.
- Tuliskan tidak lebih daripada 100 patah perkataan mengapa kawasan itu perlukan jubin baru dan hasil yang dikehendaki.
- Pergi ke www.curiouscat.my dan hantar penyertaan anda sebelum 8 Julai 2012.
- Semua penyertaan mestilah lengkap dengan butir-butir peribadi.
- Gambar penyertaan mestilah jelas dan mempunyai resolusi sekurang-kurangnya 800 x 600 pixels.
- Pemilihan pemenang berdasarkan undi daripada online melalui www.curiouscat.my (50%) dan panel hakim MML (50%).
Kepada Rakan Blogger yang memang sedang merancang untuk renovasi rumah jangan lepaskan peluang. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu tapi kalau tidak mencuba tidak akan rezeki turun dari langit. Peluang sudah tersedia siapa yang berani menyahut cabaran bersaing dengan aku. Bila dah baca hadiah penuh memang melilih air liur.
Hadiah Makeover Jubin MML :
- Makeover Jubin MML secara PERCUMA untuk Pakir Kereta atau Bilik Air atau Ruang Tamu rumah anda, termasuk kos buruh untuk mengeluarkan jubin lama dan mengantikan jubin MML yang baru. Kawasan untuk pengubahsuaian tidak lebih daripada 300 kaki persegi (lantai dan dinding).
- Perundingan Rekabentuk PERCUMA
- Rekabentuk Lukisan PERCUMA dan semua perundingan teknikal
- Pemenang akan diumumkan pada 13 Julai 2012 melalui www.curiouscat.my dan pengubahsuaian akan dilaksanakan antara 14 Julai hingga 23 September 2012.
- Pemenang akan diumumkan pada 13 Julai 2012 melalui www.curiouscat.my dan pengubahsuaiannya perlu dilakukan antara 14 Julai hingga 23 September 2012.
Aku sedang mencari gambar pecahan jubin ruang pakir kereta yang paling teruk retaknya dan mencari idea terbaik menulis sebab mengapa perlu ditukar dengan jubin MML baru. Harap-harap gambar dan sebab yang aku bagi dapat meyakinkan pengundi dan juga panel hakim MML.
Terbayang-bayang pakir kereta dengan Jubin MML baru pasti lebih meriah Aidilfitri tahun ini. Untuk bagi aku peluang menang hadiah Makeover Jubin MML percuma aku cadangkan Rakan Blogger jangan join contest ini. Bunyinya macam aku ni tamak je nak menang sorang heeee. Tapi kalau ada yang nak join jangan lupa buat entri dan tinggalkan link diruang komen untuk Rakan Denaihati undi menyokong anda. Informasi contest Makeover Jubin MML juga boleh diperolehi di Facebook Curiouscatdotmy.
Joom layan video Curious Cat.
122 Comments
menarik jugak tapi hok main undi2 ni payah la sikit 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Spain vs France | EURO 2012 Quarter Finals | Live Streaming
Betul dah tu…mesti meriah raya nanti..suasana rumah bertambah ceria la..hehe..gud luck…
nak menyertai dengan rumah yang duduk sekarang ni, statusnya rumah sewa pulak..
nak disertakan rumah di kampung, takde pakai jubin pulak dah..
rumah mertua di Sabah pulak masih dalam pembinaan, kang kalo pecahkan jibin dia ngamuk pulak nanti..hehehe
Curahan rasa pipoq @ ..Santai – Cemburu seorang isteri
Hendak pasang jubin di rumah kosnya tinggi,
Hanya nenggunakan papan di sisi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Tersenarai Page 1 Di Search Enjin Google Malaysia mengatasi Denaihati dan lain-lain entri.
Jubin sekarang amat mahal,
Hendak membeli pasti tak mampu,
Apa yang mampu hanya jadi penjual,
Hanya melihat nak guna rasa tak perlu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Tersenarai Page 1 Di Search Enjin Google Malaysia mengatasi Denaihati dan lain-lain entri.
Syarat diberi amat mudah,
Hanya ambil video atau gambar rumah buruk,
Buat ayat dlm 100 perkataan jah,
Sebab apa harus ditukar jubin yang baik.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
Sertailah sekarang sebagai permulaan,
Mana tahu dapat free utk hari raya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
Rumah kampung atap rumbia,
Dinding kayu berlantai papan,
Ambil video atau foto biar tak tersia-sia,
Menang nanti amatlah padan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
Saya turut mendukung sahabat yang menjadi peserta kontes.
Kenapa tak join bersama rakan-rakan,
Boleh dapat hadiah untuk buat jubin.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Tersenarai Page 1 Di Search Enjin Google Malaysia mengatasi Denaihati dan lain-lain entri.
cukup mendukung sajalah dengan semangat sahabat
Curahan rasa smp3lembang @ ..Hasil Sementara Spanyol Vs Perancis
Hendak masuk contest tiada rumah,
Rumah di kampung adalah papan,
Dibuat makeover jubin tentu salah,
Tidak ada yang buat amatlah tak sepadan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Membuat Kek Angry Bird Ia Bukan Sekadar Games sahaja.
Banyak contest boleh disertai,
Terjah saja blog Denaihati,
Jika rajin mungkin boleh memenangi,
Tuah manusia tiada siapa yg ketahui.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
ya kalau rajin setiap hari disini pasti dapat banyak informasi positif
Curahan rasa smp3lembang @ ..Hasil Sementara Spanyol Vs Perancis
Rumah yg diduduki hanya rumah sewa,
Tak padan mahu masuk contest ni,
Harapan agar rakan lain boleh ketawa,
Jika contest ini ada antara kita yg menangi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Cepat-cepatlah ambil kesempatan,
Nanti tak sempat masuk pertandingan,
Bolehlah mencuba mana tahu dpt kemenangan,
Hadiahnya hebat juga utk diraikan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Syaratnya amat mudah sekali,
Perlu cari ruang yg paling buruk sbg bukti,
Terus tangkap gambar yg dikehendaki,
Lepas tu terus buat entri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Nak buat Makeover lebih sesuai untuk orang yang mempunyai sendiri. Kalau bukan rumah sendiri susah nak buat, sebab kena bincang dengan owner tu.. hehe
Curahan rasa shaharil @ ..Keputusan Suku Akhir German Vs Grecee EURO 2012
Comments are closed.