Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pembaca yang sudah membaca entri dari awal pasti mengetahui kisah aku yang memang minat berniaga sejak azali lagi. Hari pertama aku melangkah berkerja di sektor awam sudah azam maksima pun sepuluh tahun sahaja aku akan berkerja makan gaji dengan Kerajaan. Bisnis memang sudah jadi darah daging sejak menjual nasi lemak ketika sekolah rendah. Entah berapa kali rugi dan kena tipu sepanjang pengalaman berniaga tetapi tidak pernah serik.
Semua tahu berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW dan 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Cuma ramai yang tak nak berniaga kerana takut RUGI dan takut KENA TIPU. Rugi dan kena tipu adalah antara resipi kejayaan dalam perniagaan. Tanyalah semua usahawan yang sudah berjaya mana ada yang tidak pernah rugi dan kena tipu. Semua itu asam garam hidup usahawan sebagai ujian untuk menuju ke puncak kejayaan. Hidup berniaga tanpa cabaran pasti kurang lengkap rasanya.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia jana income rumah sewa!
Rahsia Jana Income dgn Menulis!
Cara elak diserbu LHDN![/box]
Sehebat mana seorang usahawan bersiap sedia untuk mengelak diri dari di tipu atau rugi pasti ada cara lain mereka akan terkena. Pengalaman rugi dan kena tipu adalah guru paling bernilai untuk mendidik seorang peniaga untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya. Cuma ramai di kalangan kita terus serik walaupun baru sekali rugi atau kena tipu. Bukan setakat serik tetapi PUTUS ASA untuk berniaga sehingga lupa bisnis adalah sunnah Nabi.
Berniaga pasti ada risikonya jadi jangan sesekali menggunakan semua duit termasuk duit keperluan keluarga untuk perniagaan. Ramai yang menggunakan semua duit sebagai modal perniagaan sehingga apabila rugi atau kena tipu terus tertiarap sehingga merisikokan keluarga. Mulakan dengan perniagaan yang mudah dengan modal kecil untuk mengurangkan risiko.
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan – Surah Al Anbiya ayat 35
Jangan takut untuk berniaga cuma kena tahu bagaimana cara yang betul memulakan perniagaan terutama pengurusan kewangan. Ramai orang muda sekarang sudah menjadi jutawan muda kerana mereka berani menghadapi semua risiko berniaga. Paling baik kita muhasabah diri mengapa kita kena tipu atau rugi dalam berniaga. Pasti ada salah silap yang telah kita lakukan sehingga diuji sebegitu. Sekali gagal dalam berniaga jangan putus asa kerana itulah langkah untuk mencipta kejayaan yang seterusnya sehingga menjadi jutawan. Biar kita ditipu berniaga tetapi jangan sesekali kita menipu.
Pernahkah anda rugi atau kena tipu dalam perniagaan? Kalau pernah berapa? Apa anda akan buat kalau anda rugi sehingga RM800K.
No related posts.
101 Comments
Sekarang ini banyak cara boleh dilakukan untuk memulakan perniagaan.
Yang zero cost pun ada.Contohnya : Dropship & Affiliate.
Pendek cerita,sebenarnya mentaliti orang Melayu yang nak cepat kaya yang menimbulkan masalah ini.
perkara ni menjadi pengajaran kepada semua yang hendak berjinak-jinak dalam perniagaan….kena selidik betul-betul dulu dan buat keputusan dengan bijak…..
Curahan rasa jawatan kosong kerajaan terkini @ ..Jawatan Kosong Temuduga Terbuka Fuji Electric 19 April 2015
Betul tu tuan. Pemilihan syarikat yang betul juga penting untuk kita memulakan perniagaan.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips Side Income: Memilih Syarikat Yang Betul Adalah Penting Untuk Bermula
Nak share sikit pengalaman ibu saya yang waktu itu berniaga di sebuah restoran. Suatu hari seseorang datang membeli sebungkus Nasi Goreng Pattaya (seingat saya). Dikeluarkan duit sebesar RM100. Waktu itu, adik saya yang menjaga di kaunter. Terlupa nak scan, adik saya ini memulangkan baki duit kepada pembeli tersebut. Malam itu waktu nak isi minyak, ibu saya terkejut besar bila Shell tolak mentah2 mengatakan duit tu duit palsu. Menangis ibu saya sebab hari tu Allah uji dengan hasil pendapatan yang tidak lumayan. Ditambah pulak dengan kerugian RM100.. Tapi Alhamdulillah.. Berkat kesabaran beliau, Allah gantikan dengan hasil yang paling manis keesokannya. Berniaga dengan jujur, walau ditipu orang, in shaa Allah DIA gantikan dengan yang lebih baik.
Curahan rasa ReeN @ ..Keguguran Rambut Selepas Bersalin?
Setuju. Itu yang banyak membezakan orang berjaya dan kurang berjaya. Tak ramai yang berani ambil risiko. Yang ambil risiko lah yang ada peluang cerah untuk berjaya.
Curahan rasa Hilmi @ ..6 Ciri Produk Kuruskan Badan Terbaik Dan Berkesan
pasal kena tipu berniaga ni saya x alami lagi tetapi pasal pinjamkan duit tapi org payah nak pulangkan ni selalu saya kena, saya tak serik tapi sakit hati dgn perangai orang macam ni
Curahan rasa myrujukan @ ..List Affiliate Malaysia 2015 Yang Popular
lumrah dah tu dalam perniagaan..orang nampak kita senang tapi ada peritnya yang kita rasa orang tak tahu
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Bagaimana Lulus Temuduga Kerja Kerajaan?
Walaupun pengalaman ditipu dalam bisnes dianggap sebagai berharga dan pembakar semangat untuk lebih berjaya, tapi kita boleh elakkannya dengan cara mempelajari selok belok perniagaan dengan orang yang sudah terbukti berjaya dan yang paling penting sentiasa berdoa kpd Allah agar kita sentiasa dilindungi.
Curahan rasa Ezlaila @ ..Formula Mudah Untuk Berjaya Dalam Perniagaan
ramai yang ada pengalaman kena tipu psl bisnes ni, termasuklah aku. Bila dah kena bbrp kali baru tahu yang diri sendiri ni yang tak berapa cerdik main percaya je bulat2.
saya pernah ditipu oleh koperasi bekas polis.
bayar yuran RM500 untuk dapatkan pinjaman RM50,000.
lepas 3 bulan, koperasi pun senyap.
tukang kutip wang pun ditipu oleh koperasi tersebut.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Panduan Beli Kereta Untuk Graduan
Oh Tuan pun pernah makan gaji rupanya. Patut kenalan ramai. Kalau terjun bidang bisnes dah ada hubungan kecik2..hehe saya tak pernah lagi kena tipu, nak kata rugi, setiap permulaan bisnes pun ada untung ruginya.. nak 200k kena lebur 100k dulu contohnya.
pengalaman tu penting, duit banyak tak ada pengalaman tak jalan jugak, yang penting kena berkuli dahulu! 🙂
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Teknik Rahsia Jana 4 Angka Sebulan Dari Youtube
nak berniaga mmg ada pasang surut, yang penting kena berguru dan kena banyak sabar dan semangat tinggi
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Pengedar Shaklee di Gombak, Kuala Lumpur dan Setapak
takut kena tipu salah satu sebab utama tak nak berniaga. tak nak ambil risiko.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone
sebetulnya saya belum pernah berniaga, tapi sudah ada rencana dari dulu untuk mencoba berniaga. dan sekarang masi tahap menabung untuk modalnya nanti
Curahan rasa farid @ ..MARRY YOU-BRUNO MARS
Terima kasih kongsikan.. Nampak gayanya saya pun nak kena berniaga gak..
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan ke-24 Panduan Menjahit Baju
Kadang-kadang dengar cerita orang yang krna tipu dan rugi sehingga RM10K, terasa takut nak berniaga. Apapun ini satu pengajaran buat kita semua agar berhati-hati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keputusan Semasa Liga Super 18 April 2015
Comments are closed.