Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pembaca yang sudah membaca entri dari awal pasti mengetahui kisah aku yang memang minat berniaga sejak azali lagi. Hari pertama aku melangkah berkerja di sektor awam sudah azam maksima pun sepuluh tahun sahaja aku akan berkerja makan gaji dengan Kerajaan. Bisnis memang sudah jadi darah daging sejak menjual nasi lemak ketika sekolah rendah. Entah berapa kali rugi dan kena tipu sepanjang pengalaman berniaga tetapi tidak pernah serik.
Semua tahu berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW dan 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Cuma ramai yang tak nak berniaga kerana takut RUGI dan takut KENA TIPU. Rugi dan kena tipu adalah antara resipi kejayaan dalam perniagaan. Tanyalah semua usahawan yang sudah berjaya mana ada yang tidak pernah rugi dan kena tipu. Semua itu asam garam hidup usahawan sebagai ujian untuk menuju ke puncak kejayaan. Hidup berniaga tanpa cabaran pasti kurang lengkap rasanya.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia jana income rumah sewa!
Rahsia Jana Income dgn Menulis!
Cara elak diserbu LHDN![/box]
Sehebat mana seorang usahawan bersiap sedia untuk mengelak diri dari di tipu atau rugi pasti ada cara lain mereka akan terkena. Pengalaman rugi dan kena tipu adalah guru paling bernilai untuk mendidik seorang peniaga untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya. Cuma ramai di kalangan kita terus serik walaupun baru sekali rugi atau kena tipu. Bukan setakat serik tetapi PUTUS ASA untuk berniaga sehingga lupa bisnis adalah sunnah Nabi.
Berniaga pasti ada risikonya jadi jangan sesekali menggunakan semua duit termasuk duit keperluan keluarga untuk perniagaan. Ramai yang menggunakan semua duit sebagai modal perniagaan sehingga apabila rugi atau kena tipu terus tertiarap sehingga merisikokan keluarga. Mulakan dengan perniagaan yang mudah dengan modal kecil untuk mengurangkan risiko.
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan – Surah Al Anbiya ayat 35
Jangan takut untuk berniaga cuma kena tahu bagaimana cara yang betul memulakan perniagaan terutama pengurusan kewangan. Ramai orang muda sekarang sudah menjadi jutawan muda kerana mereka berani menghadapi semua risiko berniaga. Paling baik kita muhasabah diri mengapa kita kena tipu atau rugi dalam berniaga. Pasti ada salah silap yang telah kita lakukan sehingga diuji sebegitu. Sekali gagal dalam berniaga jangan putus asa kerana itulah langkah untuk mencipta kejayaan yang seterusnya sehingga menjadi jutawan. Biar kita ditipu berniaga tetapi jangan sesekali kita menipu.
Pernahkah anda rugi atau kena tipu dalam perniagaan? Kalau pernah berapa? Apa anda akan buat kalau anda rugi sehingga RM800K.
No related posts.
101 Comments
semalam kami tutup syarikat enterprise.
kami teruskan dengan sarikat PLT, kena tipu itu biasa, dan kami percaya rezeki akan datang lagi.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Kerjaya Pengajar Jururawat Gred U41
terlalu takut nak mencuba pun masalah juga..ibarat kan takut nak beli rumah bimbang tak mampu nak bayar..sampai bila pun tak dapat nak miliki rumah..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..8 Langkah Mengurangkan Bengkak Susu
kalau tak berniaga pun ada risiko kena tipu juga. kena tipu dengan kawan atau orang sekeliling..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..GLA Complex, Rebutan Wanita Yang Ingin Hamil!
Kisah pagi tadi di tanyalah Ustaz. Hasil menderma secara istiqamah peniaga ini mendapat projek 3 juta berbanding 1 juta yang beliau terlepas.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Cara Mudah Kira Tarikh Bersalin
Berniaga sendiri hasil insya-Allah bila-bila akan masuk, samada sikit atau banyak, yang pasti congakan tidak limit berbanding kerja dengan orang lain.
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Ada apa dengan hati?
Kalau fikir pasal rugi ni, takut rasanya nak berniaga begitu juga jika kena tipu pula. Tetapi bukan alasan sebenarnya nak berniaga. Ia ada cabaran yang perlu ditempuhi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..7 Cara Lajukan Komputer Anda
artikel yang menarik, memang harus hati-hati agar tidak kena tipu
ekoyulianto.2fh.co
Curahan rasa eko @ ..Penyebab Pilek Anak dan Cara Perawatan
Berniaga ni memang banyak risikonya. Hanya orang yang sabar dan tak mengenal erti putus asa sahaja yang mampu mengharunginya. Cayuk-cayuk.
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Pengedar Nano Centa dan Glucos Cut
kene tipu tu jadi asam garam dlm berniaga..mmg bnyk cabaran dlm berniaga nie..perlu sentiasa berhati2
Curahan rasa Pakej Umrah @ ..Pakej Umrah 2015
semoga yang tertipu ikhlas dan dapat membuka rejeki di jalan lain aamiin
Curahan rasa android,download film,blogger,adsense,teknologi,bisnis online @ ..Cara Mengunci (Kunci) aplikasi Android Tanpa Root
Ya, setiap apa yang kita buat dalam hidup ada risiko. Tak perlu takut untuk buat apa2. pengalaman itu lebih berharga
Curahan rasa Fyda Noh @ ..3 Langkah Mudah Hilangkan Jeragat Dengan Cepat
Betul tu, 9/10 punca rezeki itu adalah berniaga. So, no wonderlah kalau orang yang dah bekerja pun sanggup berniaga secara sambilan. Jangan pernah sesekali takut untuk rugi kerana rugi itu mengajar kita untuk bangkit dan berjaya.
Curahan rasa Hajar @ ..Bahagianya Menjadi WAHM : Bagaimana Menjana Pendapatan Dari rumah
inshaAllah, dalam masa terdekat juga, sy dan kawan kawan sebaya yang membesar besama pun akan buka satu business kecil kecilan. stay tuned for update di blog uncle zuan 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Kamera Untuk Dijual
kalau kena tipu sampai 800 ribu RM wah banyak nian memang dah resiko berniaga kena tipu atau rugi
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Keutamaan Bulan Rajab
orang makan gaji pun ramai sebenarnya yang buat bisnes..pasal kes kena tipu tu, dunia sekarang ni memang dah jadi macam satu adat plak..kena pijak orang kalau nak naik cepat..dalam dunia bisnes..fuh..dengki antara bangsa tu pun satu hal…
Curahan rasa reezluv @ ..Projek Aiskrim Malaysia
Comments are closed.