Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pembaca yang sudah membaca entri dari awal pasti mengetahui kisah aku yang memang minat berniaga sejak azali lagi. Hari pertama aku melangkah berkerja di sektor awam sudah azam maksima pun sepuluh tahun sahaja aku akan berkerja makan gaji dengan Kerajaan. Bisnis memang sudah jadi darah daging sejak menjual nasi lemak ketika sekolah rendah. Entah berapa kali rugi dan kena tipu sepanjang pengalaman berniaga tetapi tidak pernah serik.
Semua tahu berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW dan 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Cuma ramai yang tak nak berniaga kerana takut RUGI dan takut KENA TIPU. Rugi dan kena tipu adalah antara resipi kejayaan dalam perniagaan. Tanyalah semua usahawan yang sudah berjaya mana ada yang tidak pernah rugi dan kena tipu. Semua itu asam garam hidup usahawan sebagai ujian untuk menuju ke puncak kejayaan. Hidup berniaga tanpa cabaran pasti kurang lengkap rasanya.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia jana income rumah sewa!
Rahsia Jana Income dgn Menulis!
Cara elak diserbu LHDN![/box]
Sehebat mana seorang usahawan bersiap sedia untuk mengelak diri dari di tipu atau rugi pasti ada cara lain mereka akan terkena. Pengalaman rugi dan kena tipu adalah guru paling bernilai untuk mendidik seorang peniaga untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya. Cuma ramai di kalangan kita terus serik walaupun baru sekali rugi atau kena tipu. Bukan setakat serik tetapi PUTUS ASA untuk berniaga sehingga lupa bisnis adalah sunnah Nabi.
Berniaga pasti ada risikonya jadi jangan sesekali menggunakan semua duit termasuk duit keperluan keluarga untuk perniagaan. Ramai yang menggunakan semua duit sebagai modal perniagaan sehingga apabila rugi atau kena tipu terus tertiarap sehingga merisikokan keluarga. Mulakan dengan perniagaan yang mudah dengan modal kecil untuk mengurangkan risiko.
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan – Surah Al Anbiya ayat 35
Jangan takut untuk berniaga cuma kena tahu bagaimana cara yang betul memulakan perniagaan terutama pengurusan kewangan. Ramai orang muda sekarang sudah menjadi jutawan muda kerana mereka berani menghadapi semua risiko berniaga. Paling baik kita muhasabah diri mengapa kita kena tipu atau rugi dalam berniaga. Pasti ada salah silap yang telah kita lakukan sehingga diuji sebegitu. Sekali gagal dalam berniaga jangan putus asa kerana itulah langkah untuk mencipta kejayaan yang seterusnya sehingga menjadi jutawan. Biar kita ditipu berniaga tetapi jangan sesekali kita menipu.
Pernahkah anda rugi atau kena tipu dalam perniagaan? Kalau pernah berapa? Apa anda akan buat kalau anda rugi sehingga RM800K.
No related posts.
101 Comments
Masa zaman MLM dulu macam ada juga kena tipu,
Lagi – lagi yang jenis nak kan barang tapi duit nanti dulu tu yang selalu terkena .
Curahan rasa onlajer @ ..Revolusi GST, Pihak Kerajaan Perlu Sebutharga Baru,Peluang Anda Cucuk Jarum.
Sekali rugi, bukan selamanya rugi…., rugi dan tertipu asam garam dalam perniagaan. Jangan kita menipu orang/pembeli sudah la…,
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Caj Jalur Lebar Turun Di Malaysia
Alhamdulillah selama pengalaman membeli online belum pernah kena tipu, takut juga kena tipu ni hihii.
Entri terbaru Intan Miza : Kek Milo Kukus Mudah & Moist
Berniaga kalau kena tipu, itu asam garam. Tapi kalau berniaga untuk menipu itusudah keterllaluan. Minta dijauhkan dari perkara buruk sebegini.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Daftar Gravatar untuk tampak lebih handsome dan seksi
walaupun kita rugi atau ditipu ,jangan sesekali kita berputus asa untuk meneruskan bisnes yg kita usahakan kerana Dia akan membantu orang2 yang teraniaya……..jangan takut utk berniaga…..yang penting ada ilmu dan mentor
Curahan rasa NOREHAN SAAD @ ..BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN
belum pernah tertipu..cuma belum berjaya sahaja..
dan akan buat bisnes sepenuh masa bila tiba masanya nanti..
Curahan rasa mrhanafi BEST @ ..Jadi Penceramah Impian Best Saya
Paling tak boleh lupa, kena tipu dengan agen pembantu rumah. Memang takde perasaan takut mereka ni, walaupun masa tu Mek ila siap ambil gambar ic dia lagi sebab dia tak bawa resit. Bila kita telefon, memang ada je alasan setiap hari.
Mungkinkah kerana hati telah hitam?
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Subhanallah – Sedekah >> Kunci Untuk Bahagia dan Kaya!
adat niaga..yang penting jujur dan amanah dalam niaga….moga rezeki halal 🙂
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Vimax Malaysia Original ! Dapatkan Sekarang !
banyak peniaga yang tak jujur sekrang..kita sebagai pembeli harus berhati hati..sekali kene peritttttnyeeeee 🙂
Pernah juga terjadi pada Mek ila dulu, ditipu supplier barangan kanak-kanak. Memang geram dan bagitau akan buat police report. Alhamdulillah dapat semula duit selepas itu.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Jom Buat Memory Card Untuk Anak
adat dalam berniaga.
memang ada orang suka menipu dan senang kena tipu.
sentiasalah berhati-hati dan belajar agar jangan kena tipu selalu.
Curahan rasa titan @ ..Kisah orang Malaysia GAGAL main Google Adsense – Siri Akhir
Tak pernah berniaga. Harap harap kalau berniaga nanti tak kena tipu la.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone
Kena tipu tu memang dah selalu jugak..tapi pasal buat design untuk orang…,kita penat-penat buat tak tidur buat untuk dia..dia ambik design sampai sekarang tak pernah bayar, bukan orang sebarang tu bekas pelajar af8..
Curahan rasa ishak @ ..Berhati-hati dengan blog dibawah under Pen merah & Khalifah media
Susah kalau ada orang yang sebegini kan. Tidak tahu menghargai penat lelah orang lain dalam berkarya.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Subhanallah – Sedekah >> Kunci Untuk Bahagia dan Kaya!
Eh²… best pula komen dlm blog ini. Emoticon tu terus menjadi… Waaa…. best tu… Bagaimana nak buat emoticon begitu ya Tuan?
Curahan rasa ieta @ ..Codi Belle bantu pulih kesihatan
Pernah kena tipu tp bukan dlm berniaga. Dlm bekerja dan berkawan. Tapi customer ramai gak yg cuba mnipu. Blom bank in duit cakap dah bank in. Adatlah berniaga memang ada risiko. Tp minat pnya pasal… sy teruskn je brniaga… 😀
Curahan rasa ieta @ ..RESEPI KIMA DAGING SEMPOI
Betul kan ieta. Pernah gak ada customer yang begini. Tapi bila kita bagitau semula elok-elok duit belum masuk dan minta di semak dengan bank, barulah dia kata nak bayar cara lain. Sebagai peniaga kena semak juga bukti bayaran bila cutomer kata dah bank ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Ceria Giant Bubble dan Cara Mudah Membuatnya
Comments are closed.