Rugi dan kena tipu berniaga

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kepada pembaca yang sudah membaca entri dari awal pasti mengetahui kisah aku yang memang minat berniaga sejak azali lagi. Hari pertama aku melangkah berkerja di sektor awam sudah azam maksima pun sepuluh tahun sahaja aku akan berkerja makan gaji dengan Kerajaan. Bisnis memang sudah jadi darah daging sejak menjual nasi lemak ketika sekolah rendah. Entah berapa kali rugi dan kena tipu sepanjang pengalaman berniaga tetapi tidak pernah serik.

buat-duit-dengan-blog

Semua tahu berniaga adalah sunnah Rasulullah SAW dan 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Cuma ramai yang tak nak berniaga kerana takut RUGI dan takut KENA TIPU. Rugi dan kena tipu adalah antara resipi kejayaan dalam perniagaan. Tanyalah semua usahawan yang sudah berjaya mana ada yang tidak pernah rugi dan kena tipu. Semua itu asam garam hidup usahawan sebagai ujian untuk menuju ke puncak kejayaan. Hidup berniaga tanpa cabaran pasti kurang lengkap rasanya.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia jana income rumah sewa!

Rahsia Jana Income dgn Menulis!

Cara elak diserbu LHDN![/box]

Sehebat mana seorang usahawan bersiap sedia untuk mengelak diri dari di tipu atau rugi pasti ada cara lain mereka akan terkena. Pengalaman rugi dan kena tipu adalah guru paling bernilai untuk mendidik seorang peniaga untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya. Cuma ramai di kalangan kita terus serik walaupun baru sekali rugi atau kena tipu. Bukan setakat serik tetapi PUTUS ASA untuk berniaga sehingga lupa bisnis adalah sunnah Nabi.

make money online dengan facebook

Berniaga pasti ada risikonya jadi jangan sesekali menggunakan semua duit termasuk duit keperluan keluarga untuk perniagaan. Ramai yang menggunakan semua duit sebagai modal perniagaan sehingga apabila rugi atau kena tipu terus tertiarap sehingga merisikokan keluarga. Mulakan dengan perniagaan yang mudah dengan modal kecil untuk mengurangkan risiko.

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan – Surah Al Anbiya‬ ayat 35

Jangan takut untuk berniaga cuma kena tahu bagaimana cara yang betul memulakan perniagaan terutama pengurusan kewangan. Ramai orang muda sekarang sudah menjadi jutawan muda kerana mereka berani menghadapi semua risiko berniaga. Paling baik kita muhasabah diri mengapa kita kena tipu atau rugi dalam berniaga. Pasti ada salah silap yang telah kita lakukan sehingga diuji sebegitu. Sekali gagal dalam berniaga jangan putus asa kerana itulah langkah untuk mencipta kejayaan yang seterusnya sehingga menjadi jutawan. Biar kita ditipu berniaga tetapi jangan sesekali kita menipu.

Pernahkah anda rugi atau kena tipu dalam perniagaan? Kalau pernah berapa? Apa anda akan buat kalau anda rugi sehingga RM800K.


Spread the love

101 Comments

  1. Dayah belum pnh rasa rugi , Alhamdulillah setakat ni semua brg dpt jual paling rendah harga balik modal.

    Tapi dah pernah rasa kena tipu. Pedih hati pasal kena tipu tu sebab percaya kawan.

    Tapi pasal kena tipu tu jugak lah buat dayah rasa nak fight utk buktikan yang dayah boleh berniaga sendiri.

    🙂

  2. Dengan berniaga baru kita tahu langit tinggi rendah…kalau kerja dengan org dah tahu maksima gaji yang akan kita dapat…berbisnes sendiri barulah cabaran sebenar2nya utk lebih baik lagi andai kita berusaha dengan bersungguh2…atau sebaliknye..
    Curahan rasa KERJA TERKINI @ ..KEKOSONGAN JAWATAN KERANIMy Profile

  3. Berniaga mmg best, ramai yang teruja nak wat bizness sbb kos hidup pun makin tinggi. Side income bukan lagi pilihan. Sebaiknya pilihlah biz yang bermodal kecil dahulu kalau takde background biznes.tak boleh bayang kalau kene tipu sampai 800k huhu, naseb baik modal biznes dulu RM65 aje
    Curahan rasa Ila Halilah @ ..Cara Berkesan Atasi Bengkak SusuMy Profile

  4. bab berniaga ni sebenarnya tak cuba tak tahu..untuk nak elakkan risiko masa awal-awam berniaga, carilah yang betul boleh mendatangkan hasil, jangan pula menggadaikan segalanya semata nak setup bisnes pertama..yg tu jadi masalah nanti bila bisnes tak menjadi kita boleh jadi muflis.
    nasiblah MJ ni join bisnes bayar rm65 je dulu.
    Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..8 Langkah Mengurangkan Bengkak SusuMy Profile

  5. tak boleh bak bayangkan kalau saya rugi RM800k mungkin terus down..

    pernah je rugi ribu2 sebab mungkin salah sdiri langsung x ada pengalaman dan ada jugak kena tipu …

    walaupun buat bisnes kecik2 bila rugi tetal jugak terkesan dengan keadaan tu …

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!