Rentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi covid-19 dibenarkan

Spread the love

Individu yang perlu merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah tempat tinggal mereka tidak perlu memohon surat kebenaran daripada pihak polis.

Baca: MKN setuju benarkan individu bawa tanggungan rentas negeri ke janji temu vaksinasi

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan berkata mereka hanya perlu menunjukkan butiran janji temu yang dipaparkan menerusi aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS ketika melalui sekatan jalan raya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa daerah di Selangor yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petang tadi.

Enam daerah di Selangor yang diletakkan di bawah PKP bermula 6 hingga 17 Mei iaiah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Sumber: YB Khairy jamaluddin


Spread the love

One Comment

  1. Usaha yang bagus. harap2 tiada yang ambil kesempatan lain selain dari melaksanakan urusan berkaitan vaksinasi. Semoga dimudahkan urusan baik .

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!