Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan alQuran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36. Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah).
Amalan qurban menjadi satu ibadah tahunan bagi masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang melakukan penyembelihan qurban sama ada dilakukan di masjid, surau, balai raya, padang awam, taman perumahan atau rumah persendirian. Pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh masyarakat awam dalam melaksanakan penyembelihan qurban.
Hikmah Ibadah Qurban
Ibadah qurban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya yang berbagai-bagai dan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan, di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.
Dalam pelaksanaan ibadah qurban ini, selain ia diuruskan secara individu, ada syarikat atau agensi pengurusan qurban menawarkan perkhidmatan mengurus qurban sebagai satu perniagaan kepada mereka yang memerlukan. Cara ini termasuk urusan atas talian yang dianggap lebih cepat dan senang tanpa melalui proses ‘turun padang’ untuk melaksanakan ibadah qurban.
Hukum melaksanakan Qurban
Qurban bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidil Adha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai ternakan an’am yang disembelih pada Hari Nahar dengan tujuan taqarrub kepada Allah SWT.
Menurut pandangan jumhur ulama, hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkadah bagi individu yang berkemampuan. Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ‘ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup. Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban nazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.
Qurban kambing Mekah
Ada sesetengah orang menganggap ibadah korban ini hanya untuk orang yang berharta atau kaya raya. Sebenarnya ibadah korban ni terlalu banyak rahsia tersembunyi yang kita tidak akan tahu jika kita tidak pernah melakukannya. Dengan mengeluarkan duit kita sendiri, hasil titik peluh kita sendiri untuk ibadah ini.
Terbukti umat Islam yang sentiasa ambil bahagian dalam qurban tidaklah miskin malah bertambah melimpah ruah rezeki mereka. Buangkan perasaan tidak ada duit maka tak nak buat ibadah qurban kerana sebenarnya ibadah qurban adalah pembuka pintu kepada rezeki yang tidak disangka-sangka.
Pada tahun ini, sekali lagi pihak Denaihati akan menguruskan tempahan qurban kambing yang akan dilaksanakan di Tanah Suci Mekah. Ustaz Maulana Effendi selaku wakil Denaihati akan berada di lokasi sembelihan untuk menguruskan sembelihan dan tempahan Qurban Kambing Mekah.
Harga yang ditawarkan pada tahun ini adalah hanya RM550 seekor untuk yang ingin melaksanakannya dengan mewakilkan pihak Denaihati Resourses untuk menguruskannya. Saban tahun lebih 1000 ekor yang ditempah dan ini menunjukkan kepercayaan bertahun-tahun untuk urusan qurban kambing di Mekah.
Siapa yang tidak mahu membuat ibadah dan kebaikan di tanah suci Mekah?
Inilah peluang yang hadir di hadapan anda sekarang untuk mendapat pahala berganda-ganda dengan Qurban Kambing Mekah ini. Usahakanlah untuk melakukannya walau seekor untuk diri anda atau keluarga pada tahun ini.
Tempah segera QURBAN KAMBING MEKAH.
Pembayaran mudah dengan perbankan tunai, perbankan atas talian, kad debit dan kredit. Sekiranya ada pertanyaan lanjut, boleh hubungi pejabat di talian 03-55236092 atau emel ke admin@denaihati.com
39 Comments
mudah”an yang melakukan qurban pada tahun ini slalu di berikan rezeki yang berlimpah dan menjadi amalan di akhirat nanti..
saya juga berminat untuk melakukan ibadah korban seperti ini..
cuma masih ada kekangan sumber kewangan..
mudah-mudahan diberi keluasan rezeki agar mampu melakukan ibadah korban pada masa yang akan datang..
semoga ibadah kita semua diterima allah.,. mohon doakan saya murah rezeki ya, target nak kawen tahun depan
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Review Movie Pulang 2018
Nak beribadah pada hari ini nampaknya lebih mudah, hanya perlu kirim wang untuk program korban, biar orang lain uruskan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan
ya.. sekarang ni lebih mudah.. walaupun tak boleh kendalikan sendiri, upah orang berserta niat sudah memaadai
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Ibadah korban ni sangat baik, ia menguji kesabaran kita dalam mengerjakan ibadah disamping keikhlasan kita untuk membantu orang yang memerlukan.
Ibadah korban sgt signifikan kpd umat islam smpena pengorbanan nabi ibrahim dan anaknya. Semoga selepas ni kita ada rezeki utk, korban stiap tahun. Insyaallah
Curahan rasa Tah @ ..Apakah Penyakit HFMD Dan Apakah Bahayanya?
Betul tu. Rasa macam tak lengkap kalau tidak buat selalu. Sangat disyorkan ibadah qurban
Bestnya ibadah qurban, hari raya Aidil Adha bakal tiba ni
Nikmatnya ibadah qurban di Mekah
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Kandungan & Kebaikan Herbal Blend Shaklee
Alhamdulillah. Ibadah qurban banyak mengajar erti pengorbanan. Melakukan ibadah qurban juga Insya-Allah akan lebih dimurahkan rezeki. Semoga banyak ganjaran diperolehi melalui ibadah di tanah suci ini.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Hawa Ameer
Tak lama je lagi kite nak sambut Aidil Adha kan, rasa kejap je masa berlalu. Moga dipermudahkan urusan untuk yang menyertai Qurban Kambing Mekah ini nanti..
Curahan rasa Eima @ ..Kekal Muda Jelita Dari Dalam Ke Luar
inilah peluang terbaik ..
moga-moga ramai yang ambik kesempatan dan peluag setahun sekali..
lagipun ibadah korban di Mekah..
sudah pasti nilai pahalanya jauh berganda dari tempat biasa.
Curahan rasa mrhanafi @ ..7 Keburukan Kahwin Muda Yang Sewajarnya Dijauhi
Moga dikurniakan rezeki berpanjangan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan di sana nanti. Amin..
Curahan rasa Nur Razali @ ..Diet Khas Untuk Wanita Penghidap Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
aamiin…
antara nikmat rezeki yang sukar untuk diungkapkan ialah kesihatan dan duit yang banyak..
mudah-mudahkan ada yang sudi berkorban di tanah suci nanti dengan mengikuti program yang terbaik ini.
Curahan rasa mrhanafi @ ..7 Keburukan Kahwin Muda Yang Sewajarnya Dijauhi
Smoga tahun ini kita semua sebagai pebisnis online bisa berkurban untuk lebih meningkatkan kafasitas ibadah di hadapan Allah SWT…
Di samping itu kita berbagi kepada saudara-saudara yang belum beruntung..
Moga diluaskan rezeki semua yang mengikuti Qurban kambing Mekah ini dan beroleh pahala sentiasa. Aminnn
Curahan rasa aryn fadz lee @ ..CARA KEMASKINI MAKLUMAT PTPTN
semoga yang ambil bahagian dalam ibadah qurban tahun ini dilimpahkan rezeki yang tak putus-putus.
dirahmati Allah setiap masa dalam hidup.
Juga buat semua kawan-kawan blogger.
Curahan rasa izwan @ ..Allah itu Maha Penyayang
Comments are closed.