Tips dan Panduan untuk Bakal Jemaah Haji

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “10 video dengan lebih 100 juta views”.

Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking 32 Malaysia dengan lebih 2.7 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Alhamdulillah kerana terpilih oleh ALLAH menjadi tetamu NYA. Jemaah yang terpilih buka sebab banyak duit, bukan sebab muda, bukan sebab sihat, bukan sebab ada saudara kat Tabung Haji tetapi kerana satu sahaja iaitu dipilih oleh ALLAH. Ramai diluar sana yang kaya raya boleh bayar pakej paling mahal sehingga RM250 ribu tetapi tidak terbuka hati untuk mengerjakan ibadah haji. Kerja haji itu kusut masai samada yang miskin atau yang kaya tiada terkecuali.

Kepada yang sudah terpilih jangan persiakan nikmat yang telah diberi oleh ALLAH. Perlu buat persiapan yang lengkap supaya mendapat haji yang mabrur. Berikut dikongsikan beberapa tip dan panduan untuk jemaah haji yang bakal menjadi tetamu ALLAH.

Tips dan Panduan Bakal Haji

1. Bawa berus dan sabun buku untuk basuh pakaian sebab sabun buku tahan kena air. Sabun serbuk di Saudi agak kuat boleh reputkan pakaian. Di hotel ada servis dobi tapi kena bayar.

2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dengan kawan sebilik untuk caj telefon. Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter.

3. Bawa tali ampai untuk gantung baju dalam bilik. Tali boleh juga guna untuk keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.

4. Bawa ubat demam seperti panadol dan vitamin C.  Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan terutama di kem Mina.

5. Bawa Quran kecil untuk kegunaan sendiri. Senang nak baca di mana-mana. azam nak khatam Quran paling tidak sekali ketika di Mekah.

6. Makanan di sana tak pedas dan lebih kepada rasa arab yang banyak guna sos tomato. Nak tambah selera makan bawalah cili sos, kicap, serunding daging, sambal yang dibotolkan.

7. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar) jangan cari di Mina. Ada yang cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap-siap dalam uncang. Jangan lupa bawa lampu suluh kecil. Siap melontar batu lebih dibuang jangan simpan sebab haram bawa balik.

Jemaah Haji sedang melontar

8. Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dengan isteri jumpa di luar masjid di satu tempat yang dijanjikan (pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dalam kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.

9. Ingat mercu tanda dan bangunan masa ke masjid supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.

10. Pilih rangkaian telefon yang senang nak top up seperti Zain dan Mobily. STC susah sikit. Biasanya Tabung Haji akan bagi simkad Mobile jadi kita hanya perlu kena top up. Cari top up yang boleh guna Whatsapp

11. Di hotel ada khidmat telefon guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video lagi jimat.

12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit Tabung Haji. Duit boleh keluar hari-hari pada yang mampu.

13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter untuk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk duit poket.

14. Bila ke masjid pakat kawan-kawan sebilik giliran untuk ambil nasi makanan tengahari dan malam ikut bilangan kawan-kawan sebilik. Ambil letak di bilik.

15. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa-apa dan jangan takut nak tawar menawar.

16. Patuh pada arahan TH. Masa pergi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.

17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yang ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru atau hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkn diletak didalam masjid.

18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat, solat sunat taubat, istifar dan doa minta dipermudahkan segala urusan. Mudah-mudahan dimaqbulkan.

Selamat berangkat semoga dipermudahkan dan mendapat Umrah dan Haji Mabrur.

Aamiin.

Nota : jangan lupa baca artikel di bawah banyak lagi tips dan panduan haji.


Spread the love

41 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!