Rasa Malas? Baca Doa Ini

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Setiap orang pasti pernah merasa malas apabila melakukan suatu perkara, malas boleh menyerang siapa saja, tidak kira masa, dan dimana pun. Sifat ini adalah sifat yang tidak elok diamalkan dan boleh mempengaruhi hidup anda jika dibiarkan berterusan.

Jadi, jangan risau jika anda mempunyai sikap tersebut kerana bukan anda seorang sahaja yang mengalaminya.

Namun, anda mungkin perlu risau jika sikap malas itu berterusan sehingga mengganggu fungsi harian anda seperti didenda guru akibat tidak menyiapkan kerja sekolah, ditimpa penyakit kerana tidak menjaga kebersihan dan sebagainya.

Ia boleh membawa kerugian kepada diri anda sendiri. Manusia melakukan pelbagai urusan di dunia – bekerja, belajar, mencari rezeki. Dan setiap urusan tersebut perlu dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Orang yang hanya berdiam diri digelar sebagai mutawaakil, iaitu orang yang berpura-pura bertawakal dan inilah maksud malas yang sebenar.

Islam juga melarang umatnya untuk bermalasan kerana ia sifat orang-orang yang rugi, sebaliknya Islam menuntut agar umatnya untuk berusaha semampu yang boleh.

Untuk menghilangkan atau mengawal rasa kemalasan ini, berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita, iaitu doa untuk berlindung daripada rasa malas.

Doa ini juga ada diukir dalam Al-Ma’thurat yang boleh dibaca pada setiap pagi dan petang:

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَرَمِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْل

Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari rasa malas dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut, dan aku berlindung kepadamu dari sikap penakut dan kedekut dan lingkungan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6371)

Wallahu a’alam.

Sumber : Tazkirah


Spread the love

7 Comments

  1. Jadi memang dari dulu suka kumpul duit. Saya kata kumpul tau bukan menabung. Sebab kumpul ialah menghimpunkan. Manakala maksud menabung ialah menyimpan. Hihihi. Betul ke ni, nanti check kamus dewan la. Hihihi.

  2. pernah suatu masa pasti kita akan merasa malas dan alangkah baiknya jika kita memohon pertolongan kepada satu-satunya yang bisa memberi kita pertolongan yaitu Rabb Kita, terimakasih PErkongsian ini En RN
    Curahan rasa Munir Ardi @ ..Pindang Santan LezatMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!