Rakan Seminar Denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, syukur sangat dapat menyempurnakan mimpi yang sudah lama menjadi kenyataan. Mimpi untuk berkongsi ILMU yang baik kepada seramai manusia yang boleh melalui seminar yang terancang. Seminar Wordpress pertama anjuran Akademi Denaihati adalah langkah pertama menuju ribuan langkah untuk menuju kejayaan.

Peserta Seminar Denaihati

Seminar Wordpress pertama yang hanya mengambil masa beberapa jam bukanlah waktu yang cukup untuk berkongsi semua ilmu berblogging tetapi satu permulaan yang baik sebagai pembuka pintu. Insyallah akan ada kelas advance yang akan dianjurkan untuk semua Rakan Seminar Denaihati untuk pendalami lebih lanjut selok belok ilmu berblogging yang betul.

Kepada semua Rakan Seminar Denaihati sila tinggalkan link blog WP terbaru anda untuk tatapan semua pembaca blog Denaihati :

1. Mywira.com

2. Razifredz.com

3. Azidi.com

4.  Sweetkurma.com

Senarai blog Peserta Seminar Denaihati juga akan layak mendapat insentif khas seperti berikut :

  1. RM50 untuk Blogger yang berjaya masuk top 10 Rakan Paling Mesra setiap bulan.
  2. RM0.05 insentif trafik bulanan tanpa mengira ranking.
  3. Layak menyertai semua contest yang bakal dianjurkan.
  4. Layak menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.

Ilmu yang diperolehi dari semua pengajar Seminar Denaihati hanya satu pencentus dan akan menjadi lebih hebat sekiranya setiap peserta berusaha mencari ilmu dan bertanya apabila kurang faham kerana itulah yang dilakukan oleh semua Blogger yang telah berjaya. Insyallah blog Denaihati juga akan buat tutorial ringkas mengikut keperluan daripada peserta Seminar Deniahati.

Peserta Seminar Denaihati Batch Pertama

Dah ramai yang bertanya bila akan diadakan Seminar Wordpress ke dua. Harap sabar sebab nak pastikan Rakan Seminar Denaihati yang pertama berjaya membina blog mengikut keperluan masing-masing.


Spread the love

290 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!