Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa perasaan kita apabila sampai musim QURBAN? Adakah kita melihat qurban sebagai satu peluang sangat besar yang disediakan oleh ALLAH SWT atau sekadar ibadah sunat yang tiada nilai dalam kehidupan. Ibadah qurban sangat istimewa kerana hanya boleh dilaksanakan empat hari sahaja setahun iaitu di bulan Zulhijjah seperti malam Lailatulqadar hanya sekali setahun di bulan Ramadhan. Adakah kita merasai ibadah qurban ini istimewa atau biasa-biasa sahaja seperti angin lalu.
[box type=”shadow”]“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)[/box]
Kita biasa mendengar kawan-kawan kata qurban hanya sunat dan untuk yang mampu sahaja. Cuba kita fahami perkataan Q.U.R.B.A.N apa maknanya? Bila menghayati kisah Nabi Ibrahim a.s berkorban hati dan perasaan kerana menurut perintah ALLAH sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s pasti kita akan faham bahawa qurban memang perlukan pengorbanan. Kita tidak perlu menyembelih anak seperti Nabi Ibrahim a.s cuma yang perlu mengorbankan harta benda untuk menyembelih lembu atau kambing.
Ibadah qurban memang sunat tetapi sunat yang sangat dituntut. Cari kelebihan ibadah qurban di google pasti akan mengusik hati mereka yang faham maksud ibadah qurban. Terlalu banyak rezeki yang telah ALLAH SWT berikan kepada kita selama hidup ini tetapi kenapa kita sentiasa memberi alasan bila tiba hari untuk berqurban. Terlalu besarkah nilai RM250, RM350, RM450 kepada kita untuk dikeluarkan jika nak dibandingkan dengan segala rahmat nikmat pemberian ALLAH kepada kita setiap saat.
[box type=”shadow”]Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)[/box]
Memang benar kata ulama ibadah sunat inilah yang akan membezakan umat Islam kerana yang wajib itu memang sudah wajib kalau ditinggalkan berdosa. Mengerjakan ibadah sunat seperti solat sunat, puasa sunat dan qurban memerlukah mujahadah yang tinggi kerana hanya mereka yang faham akan mengejar sehingga sanggup menghabiskan harta benda kerana ALLAH.
Klik untuk tempahan Qurban Kemboja secara Online hanya RM250 satu bahagian
Semuga ALLAH SWT memberi hidayah terbuka hati untuk berqurban kepada sesiapa sahaja yang membaca entri ini dan mendapat ganjaran dari ALLAH kepada yang berkongsi entri ini kepada sahabat-sahabat dan sahabat tersebut melaksanakan ibadah qurban.
[box type=”shadow”]“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)[/box]
Kita mempunyai banyak pilihan untuk melaksanakan qurban iaitu berqurban sendiri dengan membeli binatang peliharaan atau mengikut jemaah di Masjid dan Surau setempat atau berqurban di luar negara mengikut berbagai package yang disediakan. Pilihlah mengikut kemampuan dari senilai RM250 hingga RM1000. Murah mahal tidak penting tetapi yang paling penting mengerjakan ibadah qurban tanda terima kasih kepada kepada ALLAH atas segala rezeki yang telah kita perolehi selama ini dan tidak mustahil Qurban kita akan menjadi talian hayat untuk membantu apa juga masalah yang sedang kita hadapi … tak kiralah masalah keluarga, masalah kewangan, masalah bisnis, masalah anak-anak atau apa sahaja masalah yang sedang kita hadapi.
Qurban bukan sekadar ibadah sunat tetapi juga sunnah Rasulullah saw yang memang baik kita sempurnakan setahun sekali.
Klik banner qurban di bawah untuk membuat pesanan Qurban di Kemboja secara online (Tarikh akhir tempahan 7/10/2013)
40 Comments
Motivasikan diri untuk ringan menghulurkan sedekah sebagai tanda bersyukurnya kita ke atas segala rezeki yang kita perolehi. Qurban juga adalah satu sedekah. Kalau rasa berat utk keluarkan RM250 sekaligus, buat satu tabung kecil di rumah dan tiap2 hari masukkan RM1. InsyaAllah tiap2 tahun kita boleh sertai ibadah Qurban.
In Shaa Allah , tahun hadapan saya akan buat qurban . Semoga sambutan Aidil Adha pada tahun ini lebih meriah
Curahan rasa wazy @ ..10 Entri Paling Popular September 2013
Marilah bersama sama menghayati kisah nabi Ibrahim a.s
Sempena aidiladha yg bakal menjelang tiba..kepada yg melakukan korban moga moga pengorbanan anda diberkati dan membawa rahmat kepada semua…
Curahan rasa weschairs @ ..ULTRABIKE – Basikal untuk cacat penglihatan
insyallah..tahun ni aku nak buat aqiqah untuk anak sulung aku..sudah 2 tahun aku buat qurban..
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Senarai Kontest Menarik Oktober 2013
Alhamdulillah, semoga dipermudahkan nanti dan mendapat fadhilatnya, insyaAllah
Curahan rasa Denaihati @ ..Qurban hanya ibadah sunat
korban tahun ni tak tahu lagi, maknanya lembu tak booking lagi ni hehe.
Curahan rasa encikarman @ ..Cara guna autoresponder percuma untuk meningkatkan pendapatan online
insha Allah akan buat korban utk anak ke 3 dan ke 4
Curahan rasa hafiz @ ..Top komentator September 2013
Alhamdulillah, semoga dipermudahkan nanti dan mendapat keberkatannya, insyaAllah
Curahan rasa Denaihati @ ..Qurban hanya ibadah sunat
Kajiannya membuat saya sadar arti Qurban sebenarnya, Insya Allah!
Curahan rasa Edi – Aura Ide @ ..Pemenang Lomba Komentar Unik dan Lucu Gratis Pulsa
Bismillah semoga bisa berqurban di tahun ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Nasihat Lukman al Hakim dalam Mencari Rezeki di dunia
ibadah korban ialah ibadah yang mulia , Insya-Allah walaupun kecil pengorbanan kita pasti dibalas besar oleh-Nya…
Curahan rasa papa mifz @ ..Nasi Ayam Penuh Kasih Sayang
Ibadah sunat bisa jadi yang akan menentukan kehidupan kita di akhirat, sehingga para ulama senantiasa memperbanyak amalan sunat.
Apalah sangat nilai Qurban setahun sekali jika hendak dibandingkan dengan nikmat pemberian Allah yang melimpah ruah kepada kita… Antara nikmat pemberian Allah yang paling bernilai ialah bernafas di muka bumi ini… Tanpa nikmat tersebut belum tentu kita dapat mengecapi semua nikmat yang lain seperti nikmat makan dan minum, menuntut ilmu, nikmat berkahwin, nikmat berkeluarga, nikmat berkasih sayang, nikmat bekerja, nikmat meperolehi rezeki, dan sebagainya… Sekiranya kita menghargai nikmat-nikmat ini dan sebagai tanda bersyukur dengan nikmat tersebut, apa kita kita korbankan sedikit harta benda untuk mempersembahkan kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan ibadah Qurban…
Curahan rasa Anuar @ ..Buat Duit Dengan Lembu Menjelang Perayaan AidilAdha
Ada niat nak buat aqiqah guna service eQurban
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Punca Kenaikan Harga Rokok – RM12 Sekotak
Kengkadang perkara sunat ni orang pandang ringan. Tapi sebenarnya berat nak dilaksanakan. Zaman dulu, para sahabat Nabi berlumba-lumba nak buat perkara sunat. Sebabnya perkara sunat ni dianggap besar..
Curahan rasa Cikgu Hairul @ ..Kisah Si Pemecah Batu
Semoga kita bisa menjalankan sunnah Rasulullah SAW untuk berqurban di hari raya idul adha aamiin…aaminn
Curahan rasa Ferry @ ..Amalan Bulan Dzulhijjah
Comments are closed.