Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebuah masjid di wilayah Gansu dirobohkan separa pada 9 April lalu di bawah kempen terbaharu untuk membasmi tradisi Islam di China.
Pihak berkuasa bertindak biadab merobohkan sebahagian masjid terletak di perkampungan Gazhuang itu termasuk motif Islam dan kubah emasnya.
Masjid itu dibina kurang sebulan lalu dan penduduk telah diberi amaran supaya tidak berkongsi gambar atau video tentang usaha perobohan tersebut.

Tetapi, rakaman video itu menjadi tular di Twitter beberapa hari selepas itu menunjukkan kubah yang musnah dan sisa runtuhan berhampiran pintu masih serta kren besar ditempatkan di pekarangan masjid tersebut.
Beberapa orang dilihat turut menangis di kawasan berhampiran.
Bulan lalu, peraturan baharu telah dikuatkuasakan di wilayah Gansu yang memerlukan kumpulan dan institusi agama bebas daripada pengaruh agama dan mematuhi ‘orientasi Cina’.
Perobohan di wilayah Gansu bermula tahun lalu. Masjid dimusnahkan dan amat sukar untuk mengesahkan angka sebenar masjid yang dirobohkan di Gansu.

“Matlamat kerajaan adalah satu masjid untuk setiap bandar atau daerah dan masjid-masjid di pinggir bandar kini hilang semuanya. Hanya satu masjid disimpan sekiranya organisasi antarabangsa datang untuk menemu ramah komuniti Muslim,”
Penduduk Muslim takut untuk ke masjid, menyuarakan pendapat dan takut untuk disoal siasat. Situasi di Gansu telah meruncing sejak tahun lalu, sama seperti apa yang berlaku di Xinjiang
Selain masjid, pihak berkuasa turut merobohkan gereja dan melarang penjualan Bible pada tahun lalu.
Ketika ini, China berdepan kecaman masyarakat antarabangsa kerana menahan hampir sejuta penduduk Uighur di Xinjiang di pusat digelar sebagai ‘kem pendidikan semula’ kononnya untuk memerangi ekstremisme.
5 Comments
Moga Allah swt berikan mereka kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.
Dan semoga islam segera bangkit dari keterpurukan. bukan hanya dichina tapi dipalestina dan suriah. aamiin
semoga seluruh umat muslim di guangzhou tetap tabah dalam menghadapi kebiadaban mereka. Allah selalu bersama kalian
China takut! Mereka yang bermata sepet sudah ramai masuk Islam. Masa Dinasti Ming umat Islam ‘bergabung’ diri dengan rakyat China lain. Sekarang umat Islam mula tonjolkan Islam secara terang-terang. Rupa-rupanya umat Islam ramai dari yang dijangka!
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ada Resepi Air Soya Tak Tuan? Bulan Puasa Nak Dekat Dah Ni, Saya Cadang Nak Bisnes Air Balang Kat Bazar Ramadan La….
Semoga sinar islam semakin terus bersinar di sana meskipun ditekan setiap hari
Curahan rasa encikhafiz.my @ ..Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2019
Comments are closed.