Punca dan penyebab penyakit ‘Gout’

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

PENYAKIT gout merupakan salah satu masalah yang sering diperbincangkan dalam masyarakat kita. Sesiapa yang mempunyai masalah ini sudah tentu akan mempunyai masalah untuk bergerak disebabkan sendinya sering keradangan dan bengkak.

Pesakit selalunya akan mengalami kesakitan yang teruk di bahagian sendi yang terlibat. Hanya pesakit gout sahaja yang tahu betapa sakitnya ketika diserang masalah gout

Istilah perubatan:

Polyarticular: Articular bermaksud sendi. Poly bermaksud banyak. Polyarticular bermaksud melibatkan banyak sendi.

Arthiritis: Keradangan pada sendi.

Tophi: adalah benjolan berdekatan dengan sendi ataupun tisu rawan yang terbentuk disebabkan pengumpulan asid urik.

Masalah gout

Gout adalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi disebabkan pengumpulan asid urik di kawasan tersebut. Pesakit selalunya akan mengadu kesakitan yang melampau pada sendi yang terlibat terutamanya pada bahagian ibu jari kaki.

Selalunya ia akan menyebabkan sendi tersebut bengkak, merah, sakit dan rasa panas apabila dipegang.

Ia merupakan salah satu penyakit yang tertua di dalam sejarah perubatan. Dikatakan ia telah wujud pada zaman Yunani lagi.

Disebabkan kepekatan asid urik yang tinggi di dalam darah, ia boleh meresap masuk ke kawasan sendi dan terkumpul menjadi kristal. Kristal inilah yang akan menyebabkan keradangan pada sendi tersebut.

Bagaimana gout terjadi?

Gout boleh dianggap sebagai masalah metabolisme di mana ia menyebabkan kehadiran asid urik yang tinggi di dalam darah. Asid urik ini akan berkumpul di dalam darah mahupun di dalam sendi. Jika kepekatannya terlampau tinggi, ia akan terkumpul menjadi kristal.

Kristal ini selalunya susah terlarut pada suhu yang rendah. Disebabkan perkara itu serangan gout selalu berlaku pada sendi yang terletak pada kaki. Kerana lokasinya yang jauh daripada badan menyebabkan suhu pada bahagian tersebut lebih rendah sedikit berbanding dengan sendi yang lain.

Kristal asid urik inilah yang akan memulakan keradangan pada bahagian sendi. Ini kerana sel darah putih akan menganggapnya sebagai bahan asing.

Setiap bahan yang dianggap asing oleh sel darah putih seperti bakteria dan virus, akan mencetuskan permulaan sistem imun untuk melawan bahan tersebut. Begitulah yang berlaku pada kristal asid urik. Ia dianggap seperti bahan asing.

Maka, sel darah putih akan mengeluarkan protein imun dan juga bahan kimia untuk mengeruhkan sistem imun dalam badan.

Bahan-bahan tersebut akan menyebabkan beberapa kesan:

  • Saluran darah di sendi yang terlibat akan menjadi lebih besar- ini berfungsi untuk memanggil lebih banyak sel darah mereka ke tempat tersebut.
  • Sel darah putih juga akan menghasilkan kompaun yang bernama prostaglandin. Inilah yang menyebabkan perasaan sakit di bahagian sendi yang terlibat.
  • Bahan-bahan tersebut juga akan memanggil sel darah putih yang lain untuk bergerak ke bahagian sendi yang terlibat.
  • Banyak keadaan yang dikatakan menyebabkan penyakit gout ini terutamanya penyakit metabolik. Keturunan merupakan salah satu faktor risiko berlakunya penyakit ini. Tetapi serangan gout pada pesakit yang mempunyai kandungan asid urik yang tinggi selalunya disebabkan faktor persekitaran dan diet.

Punca dan penyebab penyakit gout:

Serangan gout terjadi apabila kandungan asid urik menjadi tinggi dan selalunya ia menjadi kristal dalam bentuk monosodium urate iaitu bergabung dengan unsur sodium.

Perlu diketahui asid urik merupakan bahan akhir bagi penguraian kompaun purine. Purine pula merupakan bahan asas untuk membina rantaian DNA yang membentuk genetik manusia, haiwan mahupun tumbuhan.

Jika seseorang yang pernah diserang gout mengambil makanan yang tinggi kandungan purine, ia berkemungkinan akan diserang gout semula.

Faktor yang menyebabkan kandungan asid urik dalam badan semakin meningkat:

1) Kurangnya perkumuhan asid urik dari buah pinggang. Ia merangkumi 90 peratus penyebab kepada meningkatnya asid urik dalam badan (undersecretion).

2) Pengambilan makanan yang akan menghasilkan asid urik yang banyak (overproduction).

3) Penyakit genetik seperti di bawah boleh menyebabkan serangan gout. Tetapi perlu diketahui bahawa penyakit tersebut jarang dijumpai. Penyakit itu adalah:

  • Kekurangan enzim Hypoxanthine-guanine phosphoribosyltransferase
  • Kekurangan enzim Glucose-6-phosphatase
  • Kekurangan enzim Fruktose-1-phosphatase

Penghasilan asid urik yang tinggi juga boleh disebabkan keadaan badan yang mempunyai kadar kematian dan penghasilan sel yang tinggi(high cell turnover) seperti dalam penyakit:

  • Leukemia
  • Hemolytic anemia
  • Kematian sel kanser disebabkan penggunaan kemoterapi

Penyakit kronik seperti di bawah mempunyai kaitan dengan gout:

Baca juga: Dulu kencing manis 9.8, kini 4.4 lepas makan kunyit hitam Black G

  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Masalah buah pinggang
  • Bacaan kolesterol yang tinggi
  • Obesiti
  • Kekurangan sel darah merah

Pengambilan makan yang tinggi purine juga merupakan punca kepada serangan gout. Makanan yang mengandungi kompaun purine yang tinggi adalah ikan sardin, ikan bilis, organ dalaman seperti pankreas, hati dan buah pinggang.

Makanan yang tinggi gula jenis fruktosa juga akan menyebabkan serangan gout. Ini disebabkan fruktosa akan menyebabkan penggunaan kompaun yang digunakan untuk membawa tenaga dalam badan iaitu ATP (adenosine triphosphate).

ATP akan bertukar kepada AMP (adenosine monophosphate) ketika hendak menguraikan gula fruktosa. Kompaun AMP inilah yang akan diuraikan menjadi asid urik.

Bukan setakat itu, gula fruktosa juga akan mengaruhkan penghasilan kompaun purine yang lebih banyak daripada badan. Akhirnya, kompaun purine itu juga akan diuraikan menjadi asid urik dan menyumbang kepada masalah penyakit ini.

Gula fruktosa selalu berada di dalam air berkarbonat dan juga jus buah di pasaran.

Akhir kata, sama-samalah jaga kesihatan diri kita selagi masih sihat tubuh badan. Senam secukupnya dan jaga pemakanan.

Sumber: thesiagnosa.com


Spread the love

6 Comments

  1. bila kena gout, nak jalan terbatas kan jadi ada yang pakai tongkat, macam mana nak hilangkannya tak kan kena bergantung dengan produk

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!