Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setelah penat berkempen hampir lima tahun akhirnya masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Tepat jam 8.00 pagi lebih kurang 7,531 Pusat Mengundi akan dibuka seluruh negara untuk memberi peluang kepada lebih 13 juta Rakyat Malaysia yang sudah mendaftar sebagai pengundi untuk memilih Kerajaan Baru Malaysia.
Kepada yang belum Semak Status Daftar Mengundi baik buat segera di SINI supaya tidak dituduh sebagai Pengundi Hantu. Dalam suasana Pilihan Raya Umum ke 13 yang sangat panas ini macam-macam berita berlari-lari dari satu laptop ke satu laptop yang lain dan dari satu smartphone ke smartphone yang lain. Kekadang ramai juga yang tak periksa kesahihan sesuatu berita yang disiarkan kerana semangat yang membara untuk UBAH atau TRANSFORMASI.
SENARAI PENUH CALON PARLIMEN PRU13
Blog Denaihati ada juga buat survey PRU di SINI dan selepas berbulan-bulan keputusannya memihak kepada PR yang mendapat undian 58% berbanding BN 30% dan selebihnya 12% Atasa Pagar. Tapi semakin menuju kemuncak PRU13 macam-macam boleh jadi sebagai contoh malam tadi sebuah Fanpage yg mempunyai lebih 1 juta Follower telah membuat kajian ringkas PRU13. Keputusan di SINI setakat ketika entri ini ditulis sangat berbeza dimana lebih 1300 ++ memihak kepada BN dan 410 ++ memihak kepada PR dengan beratus komen yang meluahkan sokongan kepada BN.
Fenomena ini mungkin berlaku kerana ramai penyokong PR yang menguasai media siber tidak nampak kaji selidik ini atau mungkin sememangnya penyokong Barisan Nasional memang ramai tetapi tidak menzahirkan sokongan seperti yang dilakukan oleh penyokong PR. Apa pun keputusan kita akan tahu pada malam 5/5/2013 siapa sebenarnya yang mendapat sokongan majoriti daripada rakyat Malaysia.
Melihatkan ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat walau di mana memang mendapat sambutan hebat membuatkan aku teringat ketika aku aktif politik semasa menjadi siswa di UKM. Ketika itu sambutan ceramah untuk Semangat 46 seperti sambutan yang diterima oleh Pakatan Rakyat tetapi akhirnya tewas dalam pilihan raya ketika itu.
Pandangan peribadi aku berapa ramai yang datang ceramah tidak mengambarkan undi yang bakal diterima untuk kawasan Parlimen atau DUN tersebut. Contohnya berpuluh ribu yang hadir ceramah di Putrajaya yang dianjurkan oleh Pakatan bukan semestinya semuanya adalah mengundi Putrajaya. Ramai yang datang dari luar kawasan untuk memberi sokongan, mendengar dan memerhati. Yang menentukan kemenangan Wakil Parlimen Putrajaya adalah pengundi Putrajaya dan kemenangan akan dikira walaupun hanya lebih 5 undi bukan perlu menang 100%. Cara terbaik di saat akhir ini adalah dengan pergi berjumpa setiap pengundi mengikut daftar pengundi kerana kekadang apabila calon bertemu secara peribadi dengan pengundi secara psikologinya boleh mengubah pendirian pengundi itu sendiri. calon tidak perlu bertemu semua tetapi bertemu dengan sejumlah yang memboleh memenangkan mereka.
Parti Politik yang bertanding boleh bercerita manifesto dengan akujanji bulan bintang tetapi akhirnya pengundi mengikut lokasi akan menentukan kemenangan. Kaedah mendekati pengundi adalah cara terbaik kerana setiap kawasan Parlimen dan DUN mempunyai masalah yang berbeza untuk diselesaikan. Mungkin pengundi di bandar-bandar akan terpesona dengan Manifesto dan Akujanji yang indah tetapi tidak bagi penduduk luar bandar yang mempunyai keperluan berbeza.
Pentingkah bagi orang kampung dengan janji BN dan PR yang hendak mengurangkan harga kereta? Tol Percuma? Kerana fikir kita dan fikir orang luar bandar pasti berbeza.
PRU13 Malaysia Memilih dan Allah yang menentukan.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.”
Kita sebagai umat ISLAM mesti yakin dengan ayat-ayat ALLAH yang diturunkan terus kepada Nabi saw dan mesti redha dengan keputusan yang bakal diumumkan pada malam 5/5/2013. Mungkin entri nasihat INI boleh dijadikan panduan.
60 Comments
Detik sejarah akan tercipta pada 5 Mei 2013…parti mana yang menang, calon panas mana yang mendapat tempat di hati pengundi, kerajaan parti mana yg dapat memerintah nanti?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..PRU13 – 5 Mei 2013 Penentu Segalanya Siapa Dapat Membentuk Kerajaan Baru
Biarlah Allah Taala yang menentukan siapakah yang layak memegang pemerintahan kerajaan Malaysia. DIA lebih mengetahui atas setiap sesuatu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..PRU13 – 5 Mei 2013 Penentu Segalanya Siapa Dapat Membentuk Kerajaan Baru
Semoga kerajaan baru yang akan dibentuk nanti, dapat memberi perkhidmatan terbaik terhadap rakyat Malaysia keseluruhannya. Semoga janji ditepati di manifesto parti masing-masing diterjemahkan dengan tindakan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..PRU13 – 5 Mei 2013 Penentu Segalanya Siapa Dapat Membentuk Kerajaan Baru
Selamat mengundi semua. Pilihlah calon yang dpt berkhidmat untuk masyarakat di kawasan masing-masing.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..PRU13 – 5 Mei 2013 Penentu Segalanya Siapa Dapat Membentuk Kerajaan Baru
selamat mengundi semua…:)
Curahan rasa papa mifz @ ..Ice Blended Penyejuk Tekak
rakyat malaysia sudah lebih bijak memilih sekarang..
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Peringatan kepada Pengundi & 7 Langkah Mengundi
Alhamdulillah saya dah semak..mujurlah ingt nak semak..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..YeYe Esok Mengundi
Mengundi sesuai pilihan hati nurani sendiri
Curahan rasa safiyhati @ ..Vitamin Dan Manfaatnya
Jangan sampai salah dalam mengundi dalam pru kali ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Vitamin Dan Manfaatnya
selamat mengundi sesuai dengan hati nurani
Curahan rasa metrolisa @ ..Mengapa iPhone sangat tepat untuk seorang Traveller
ehm, lebih baik pilih yang benar benar bertanggung jawab atas semua aspek Malaysia 🙂
Curahan rasa Citra Garment @ ..Warna Seragam TNI AL
assalam dari bunda… jom kita mengundi..
Curahan rasa BUNDA @ ..Pilihanraya ~ Jom Mengundi..
apa yang saya lihat..pada musim pru ni, facebook dah jadi satu platform memecah belahkan umat Islam dan sebar fitnah dan pembohongan.. Jadi, yahudi memang telah berjaya memecahkan kesatuan umat islam itu sendiri tanpa mereka sedar atau sedar tapi leka.
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Kegunaan dan Kesan Sampingan Pil Pelangsing (Ubat Kurus)
Itu pun tujuan Facebook dibuat sebab dibeberapa negara seperti China FB diharamkan.
Curahan rasa denaihati @ ..Zarul Umbrella The Singing Blogger
rasanya pilihlah yg betul2 berkemampuan bekerja dan sudah ada pengalaman.
Curahan rasa hafiz @ ..Menjahit Baju Melayu Johor
Comments are closed.