Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setelah penat berkempen hampir lima tahun akhirnya masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Tepat jam 8.00 pagi lebih kurang 7,531 Pusat Mengundi akan dibuka seluruh negara untuk memberi peluang kepada lebih 13 juta Rakyat Malaysia yang sudah mendaftar sebagai pengundi untuk memilih Kerajaan Baru Malaysia.
Kepada yang belum Semak Status Daftar Mengundi baik buat segera di SINI supaya tidak dituduh sebagai Pengundi Hantu. Dalam suasana Pilihan Raya Umum ke 13 yang sangat panas ini macam-macam berita berlari-lari dari satu laptop ke satu laptop yang lain dan dari satu smartphone ke smartphone yang lain. Kekadang ramai juga yang tak periksa kesahihan sesuatu berita yang disiarkan kerana semangat yang membara untuk UBAH atau TRANSFORMASI.
SENARAI PENUH CALON PARLIMEN PRU13
Blog Denaihati ada juga buat survey PRU di SINI dan selepas berbulan-bulan keputusannya memihak kepada PR yang mendapat undian 58% berbanding BN 30% dan selebihnya 12% Atasa Pagar. Tapi semakin menuju kemuncak PRU13 macam-macam boleh jadi sebagai contoh malam tadi sebuah Fanpage yg mempunyai lebih 1 juta Follower telah membuat kajian ringkas PRU13. Keputusan di SINI setakat ketika entri ini ditulis sangat berbeza dimana lebih 1300 ++ memihak kepada BN dan 410 ++ memihak kepada PR dengan beratus komen yang meluahkan sokongan kepada BN.
Fenomena ini mungkin berlaku kerana ramai penyokong PR yang menguasai media siber tidak nampak kaji selidik ini atau mungkin sememangnya penyokong Barisan Nasional memang ramai tetapi tidak menzahirkan sokongan seperti yang dilakukan oleh penyokong PR. Apa pun keputusan kita akan tahu pada malam 5/5/2013 siapa sebenarnya yang mendapat sokongan majoriti daripada rakyat Malaysia.
Melihatkan ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat walau di mana memang mendapat sambutan hebat membuatkan aku teringat ketika aku aktif politik semasa menjadi siswa di UKM. Ketika itu sambutan ceramah untuk Semangat 46 seperti sambutan yang diterima oleh Pakatan Rakyat tetapi akhirnya tewas dalam pilihan raya ketika itu.
Pandangan peribadi aku berapa ramai yang datang ceramah tidak mengambarkan undi yang bakal diterima untuk kawasan Parlimen atau DUN tersebut. Contohnya berpuluh ribu yang hadir ceramah di Putrajaya yang dianjurkan oleh Pakatan bukan semestinya semuanya adalah mengundi Putrajaya. Ramai yang datang dari luar kawasan untuk memberi sokongan, mendengar dan memerhati. Yang menentukan kemenangan Wakil Parlimen Putrajaya adalah pengundi Putrajaya dan kemenangan akan dikira walaupun hanya lebih 5 undi bukan perlu menang 100%. Cara terbaik di saat akhir ini adalah dengan pergi berjumpa setiap pengundi mengikut daftar pengundi kerana kekadang apabila calon bertemu secara peribadi dengan pengundi secara psikologinya boleh mengubah pendirian pengundi itu sendiri. calon tidak perlu bertemu semua tetapi bertemu dengan sejumlah yang memboleh memenangkan mereka.
Parti Politik yang bertanding boleh bercerita manifesto dengan akujanji bulan bintang tetapi akhirnya pengundi mengikut lokasi akan menentukan kemenangan. Kaedah mendekati pengundi adalah cara terbaik kerana setiap kawasan Parlimen dan DUN mempunyai masalah yang berbeza untuk diselesaikan. Mungkin pengundi di bandar-bandar akan terpesona dengan Manifesto dan Akujanji yang indah tetapi tidak bagi penduduk luar bandar yang mempunyai keperluan berbeza.
Pentingkah bagi orang kampung dengan janji BN dan PR yang hendak mengurangkan harga kereta? Tol Percuma? Kerana fikir kita dan fikir orang luar bandar pasti berbeza.
PRU13 Malaysia Memilih dan Allah yang menentukan.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.”
Kita sebagai umat ISLAM mesti yakin dengan ayat-ayat ALLAH yang diturunkan terus kepada Nabi saw dan mesti redha dengan keputusan yang bakal diumumkan pada malam 5/5/2013. Mungkin entri nasihat INI boleh dijadikan panduan.
60 Comments
Alhamdulillah, sudah selesai mengundi awal tempoh hari. Harapan agar keamanan terus terpelihara. Jika tidak, penat kawe kena kerja Ahad ni.
Curahan rasa halif @ ..Civil Servant Reserve Unit (CSRU)
Selamat mengundi buat semua pembaca blog denaihati….
Curahan rasa hatiputera @ ..Cendol Pulut Pontian
Sudah bersedia untuk mengundi pada 5hb nanti. Buat pilihan bijak dan jangan ikut sentimen atau sekadar dengar-dengar sahaja.
Curahan rasa akubiomed @ ..Membeli bag kamera DSLR Caseman dari Superbuy
saya memilih yang nak menjalankan hukum tuhan dimuka bumi. saya pilih mengundi 🙂
Curahan rasa eliss @ ..Beli online tudung Nur Kasih dan Kain Cotton Satin Border Lace ?
Selamat mengundi bagi seluruh rakyat Malaysia, semoga dapat memilih pemimpin yang sayang pada rakyatnya dan bisa membawa kepada kebaikan serta ridho Alloh Subhaanahu wata’ala
Curahan rasa Dawaihati @ ..SEO Untuk Anchor Text
terima kasih tuan, kami akan jalankan tanggungjawab dengan baik sekali
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Hi Tea Bersama Duta Aman Palestin
Selamat mengundi untuk seluruh rakyat Malaysia, semoga aman, damai dan sejahtera.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..SEO Untuk Anchor Text
terima kasih bang dadan…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Hi Tea Bersama Duta Aman Palestin
tak kisah siapa tadbir, sebab Allah dah merancang yang terbaik untuk rakyat Malaysia.. selamat mengundi semua..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Hi Tea Bersama Duta Aman Palestin
yang penting jangan gaduh-gaduh, jangan keluarkan kata-kata tak sepatutnya..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Hi Tea Bersama Duta Aman Palestin
tiba-tiba rasa macam sambut hari raya pula… dah ramai yang mula bercuti,
Curahan rasa yangbaik @ ..Kerana taksub dengan pilihanraya
selamat mengundi buat semua rakyat Malaysia yang layak.
Curahan rasa yangbaik @ ..Segmen: LUPUS Awareness Month
Semoga rakyat Malaysia akan bijak mengundi dan bukan atas ‘faktor’ lain, kerana undian itu bermakna buat Malaysia
Curahan rasa Myra Jay @ ..Soft Book Washable for Children
penting jgk survey pru blog denaihati tu 🙂
Curahan rasa Shahrul @ ..Infografik Pra Pilihan Raya BN vs PR
Yang pasti, salah satu pihak akan menang.. Cuma yg belum pasti apa yg akan berlaku selepas PRU13.. adakah Malaysia akan aman, atau parti2 akan berterusan berbalah
Curahan rasa Anarm @ ..Menjamu Selera di Rumah Makan Cibiuk
Perbalahan pasti berlaku kerana dah nampak bunga-bunganya dengan berbagai alasan telah tersedia jika satu pihak kalah.
Curahan rasa denaihati @ ..Arsenal vs Manchester United BPL 2012/13
Tunaikan Kewajipan kita untuk memilih…Jangan sekadar memerhati sahaja..
Curahan rasa kozumi_ro @ ..Tempahan Design Facebook Cover Khazanah Penawar
tunggu dan lihat aje. gua tak mahu buat spekulasi. haha..
Curahan rasa titan @ ..Contest Review Tak Terkalah.
lagi risau selepas PRU13 nanti, apa akan jadi. mungkin rusuhan berlaku, pergaduhan..atau mungkin Malaysia semakin membangun sebagai negara Islam 🙂
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Makan Malam Bersama Blogger Artis Malaysia
Kita serah pada ALLAH supaya lembutkan hati mereka-mereka yg tewas utk tidak mencari alasan utk tidak menerima kakalahan,
Curahan rasa denaihati @ ..Zarul Umbrella The Singing Blogger
Comments are closed.