Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, blog ini memang rancak mempromosi PROGRAM AFFILIATE yang boleh membantu bukan sahaja blogger malah yang belum ada blog menjana pendapatan online hari-hari. Ramai yanag masih syak wasangka menyamakan program affiliate dengan Multi Level Marketing dan Skim Cepat Kaya. Berikut sedikit penjelasan yang diterangkan oleh Ustaz Noehas kepada sahabat-sahabat Ustaz yang bertanya :
Apa itu Program Affiliate
Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut. Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil “affiliate”.
Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.
Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng”klik” pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.
Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan “perniagaan internet”, dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.
Hukum Program Affiliate
[box type=”shadow”]Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan “downline” yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah “Affiliate Program” – Sumber.[/box]
Kepada yang mempertikaikan sistem affiliate, alhamdulillah berdasar penjelasan dari Dr Zaharuddin seperti di atas sistem affiliate yg dipromosikan di Seminar Buat Duit Dengan Affiliate anjuran Denaihati Network dan Karangkraf mematuhi syarat yg disebutkan.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
Semuga penjelasan Ustaz Noehas tentang program affiliate dapat meyakinkan kepada yang belum yakin tentang hukum program affiliate. Kepada yang nak ikut serta seminar asas cara buat duit dengan affiliate masih boleh lagi sila daftar di SINI dan kepada yang tidak berkesempatan untuk datang seminar sila baca buku Buat Duit dengan Affiliate yang akan membantu menjana pendapatan online setiap hari. Baca juga entri Buat Duit Online Hari-Hari sebagai contoh bagaimana pendapatan online boleh dijana setiap hari.
102 Comments
inilah masalahnya jika kita tak faham dan cuba buat-buat ahun pasal sesuatu perkara padahal ianya bertentangan dengan makna sebenar…bagi aku affiliate akan jadi haram bila kita promosikan benda yang haram..atau kita guna cara yang haram untuk mendapat hasil daripada affiliate
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
setujulah kata-kata hasrul hassan tu..nak mencari rezeki halal di mana2 sahaja boleh jnji ikhlas
Curahan rasa adna2029 @ ..Daftar WhoHAA.com Sekarang
boleh tapi lhat program affiliasinya milik siapa dan pendapatanya diguna untuk apa
Harap semua yang sangsi dengan program affiliate ini dapat lapang dada dan terima bahawa affiliate adalah sesuatu yang tidak salah di sisi agama.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
bertambah lagi satu pengetahuan baru tentang dunia blogging.. terima kasih atas perkongsian. 🙂
Curahan rasa Rara Zack @ ..Kucing Hilang – Labu
Benda affiliate ni dah lama dah ada. Memang rancak di luar negara, di Malaysia ni dipelopori oleh siapa lagi kalau bukan owner Jomniaga yang tukar jadi Ashadee, Gobala Krishnan ni …. boleh katakan dia ni yang perkenalkan saya dalam dunia affiliate.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
dah lama sebenarnya, tapi ramai orang baru tahu sebab tak tahu
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
penting untuk tahu hukum apabila terlibat dengan sesuatu yang dijadikan sumber pendapatan,,risau apabila jadi darah daging. ALhamdulillah…affiliate 2 tingkat adalah affiliate yg halal hukumnya
Curahan rasa maria @ ..7 Peranan Suami Dalam Penyusuan Susu Ibu Mampu Elak Isteri Stress
Baru terfikir pasal ini, bila baca artikel ini barulah jelas hukumnya. Good info.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Wordless Wednesday #23
alhamdulillah..saya dapat ilmu baru tentang affiliate ni..sangat teruja..hehe..
Curahan rasa ummi @ ..Panduan Mudah Menjaga Anak Berkhatan
semoga lepas ni dapatlah buat duit dengan affiliate dengan lebih hebat lagi
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
Terima kasih untuk informasinya sangat bermanfaat dan memberikan pengetahuan baru, sukses terus gan
Waalaikumsalam, Alhamdulillah jadi mengerti tentang program affiliate setelah membaca penjelasan diatas, terima kasih sudah berbagi
Curahan rasa yandi @ ..Tips SEO Tahun 2015
alhamdulillah program yang tidak salah di sisi agama….sekarang dah tak perlu risau pasal hukum….good info
Terima kasih kongsikan ilmu yang sngat berguna..sebelum ni tak banyak tahu pasal status program affiliates..
Curahan rasa Hafizul @ ..Gaduh Suami Isteri
memang ilmu affiliate ini sangat luas, peluang nak buat duit pun terbuka luas
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
alhamdulillah baguslah dengan adanya penjelasan ini supaya semua orang memahami lebih jelas.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..4 Suplemen Antioksidan Untuk Cegah Kanser
Alhamdulillah dapat penjelasan kat sini..semoga bermanfaat juga buat anda yang tercari-cari hukum affiliate ni..
Curahan rasa faezah @ ..Siapa nak kulit cantik dalam masa kurang dari sebulan, malah tak sampai 3 minggu pun?
Isi artikel yang bagus. Baru tau hukum program affiliate ni merujuk kepada jenis dan keadaannya
Curahan rasa halif @ ..Beban Hutang Kereta
ada sorg kenalan dia mmg keliru dgn affiliate ni dgn sistem mlm. bg dia sama je mlm dgn affiliate.. jenuh terang last baru dia faham… memang penting untuk dapatkan ilmu pasal affiliate ni, kemudian baru la boleh yakin nak join mana2 program affiliate..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Jom Aktifkan Mykad
affiliate dengan MLM ni nampak lebih kurang sama, tapi berbeza, affiliate ni paling maksimum pun sampai 2tier sahaja, MLM kekadang tu sampai berkaki-kaki
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Comments are closed.