Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setelah melalui beberapa proses percubaan, plugin Waktu Solat yang dibagunkan oleh Blogger Eizil ini telah sedia untuk digunakan oleh para pengguna WordPress dan tidak dilupakan juga pengguna blogger/blogspot contoh di Blogspot Denaihati. Seperti dimaklumkan dalam artikel Waktu Solat Malaysia, plugin ini dibangunkan untuk memaparkan widget waktu solat bersama tempoh yang tinggal sebelum masuknya waktu solat seterusnya. Versi kali ini terhad untuk kawasan sekitar Malaysia terlebih dahulu, tetapi team Denaihati sedang berusaha membangunkan versi 1Dunia untuk memastikan fungsi ini boleh dinikmati oleh semua blogger di seantero dunia. Di harap rakan Denaihati yang berada di luar kawasan dapat bersabar sementara versi seterusnya dibangunkan.
Jika anda ingin mencuba plugin ini, anda boleh pergi ke halaman Projek Waktu Solat untuk mendapatkan penerangan lanjut bagaimana untuk menggunakan plugin ini. Disebabkan ini adalah versi pertama, pasti ada banyak perkara yang boleh dibaiki, jika anda menjumpai sebarang ralat, ataupun mempunyai cadangan lanjut untuk dimuatkan dalam plugin ini, sila kongsikan dalam ruangan komen atau hubungi team Denaihati menggunakan halaman Contact. Semoga dengan plugin ini, kita akan memperolehi kebaikan dan sentiasa bersedia untuk menunaikan kewajiban kepadaNya. Semuga Projek Waktu Solat akan memberi manafaat kepada seluruh alam dan mendekatkan kita kepada ALLAH SWT. Duniakan semakin hampir kepenghujungnya.
Kepada yang dah pasang plugin sila tinggalkan link diruangan komen, insya Allah kita semua akan datang melawat blog anda. Kepada yang sudi bolehlah buat review Plugin Waktu Solat untuk maklumat seluruh Rakan Blogger Malaysia.
105 Comments
bagus lah bro ambil kira untuk pengguna blogspot dan wordpress self host ni. sekurang2 nya semua orang boleh dapat manfaat ni
nanti pasang di blog 🙂
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Jadikan Grub2 Auto Select Kepada Sistem Operasi Terdahulu
terbaik…
Curahan rasa manmala @ ..Bangkok, Banjir Dan Buaya
dah mencubanya juga..hebat saudara Eizil..
Curahan rasa blackrosehunter @ ..RazakSAT bernilai RM142 juta Mengalami Kegagalan
bagusnya ade plugin macam nie…
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Hukum Mengucapkan "Selamat Hari Deepavali" dan Menyambut Deepavali bagi Umat Islam
saya dah guna malam ni dan dah buat entry.hehehehe!!! tahniah untuk usaha ni 😉
Curahan rasa Lizz @ ..Plugin Waktu Solat Untuk Bloggers Islam
Alhamdulillah..akhirnya plugin waktu solat ni dilepskan kepada umum
Curahan rasa wazy @ ..Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 10
pembangunan plugins yang memberi manfaat kepada seluruh umat Islam..
tahniah kepada team yang hebat!
Curahan rasa Mus @ ..Senarai Hotel Di Keningau Dan Tenom
terbaek la denai… masa itu emas
Curahan rasa isemas @ ..GOLD Intraday Technical analysis 2011-10-25
lum try lagi…huhu..
bagus ni utk saling mengingatkan…
Curahan rasa noriz @ ..Menjemput Labu & melempeng Kelapa sambil meLibas!
sambil sokong sambil kumpul pahala juga…dah pasang untuk area saya…klang bandar diraja…
Curahan rasa azura @ ..Syarat meminang Puteri Gunung Ledang
terbaik…boleh try 🙂
memang kena try tu..
Curahan rasa Mus @ ..Hinava, Makanan Tradisi Kaum Kadazan-Dusun
Menarik. Thanks
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Guna PTPTN beli Emas
memang nak guna plugin ni.huhuhuhu,thanks tau infonyer 😉
Curahan rasa Lizz @ ..Harta Muammar Gaddafi RM121 Bilion “Bertaburan” Rupanya
Sama lah saya boleh letak dekat blog saya
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Guna PTPTN beli Emas
menarik !
Comments are closed.