PKP fasa 4 benarkan dua orang keluar membeli barang keperluan

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat membenarkan dua orang dari sebuah keluarga untuk keluar membeli barangan keperluan, makanan atau ubat-ubatan bermula hari ini.

Kebenaran tersebut berdasarkan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang dikemas kini dan diwartakan pada Selasa (28 April).

Peraturan terbaharu itu turut dimuat naik di laman web gazet Persekutuan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mula berkuatkuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Syarat-syarat pergerakan yang ditandatangani oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menyebut seseorang yang keluar untuk membeli barangan keperluan boleh ditemani seorang lagi ahli keluarga yang tinggal di rumah yang sama.

“Dia boleh disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah,” kata Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian PKP di sini, hari ini.

Ismail Sabri turut mengumumkan pergerakan yang tidak melebihi 10km radius turut dilonggarkan untuk individu-individu yang mahu mendapatkan bekalan makanan dan perkhidmatan perubatan.

“Namun, individu-individu berkenaan harus memilih premis yang paling dekat dengan kediaman masing-masing,” tambahnya.

Bagaimana pun, mereka masih tidak boleh bergerak melebihi 10km dari tempat tinggal.

PKP fasa keempat bermula hari ini dan akan berakhir pada 12 Mei ini.

PKP bermula pada 18 Mac lalu dan peraturan menetapkan semua perniagaan dan perkhidmatan yang dianggap kurang penting diperintahkan ditutup.

Orang ramai tidak boleh meninggalkan kediaman mereka kecuali untuk alasan yang dibenarkan, seperti membeli barang runcit dalam lingkungan 10km.

Langkah itu, yang bertujuan untuk mengekang penyebaran COVID-19.

Sumber: Awani


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!