Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan keperluan makanan harian di negara ini mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan.
Baca juga: Bulan Ramadhan Yang Dinanti
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berdasarkan maklumat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) yang sentiasa melakukan pemantauan bekalan makanan di seluruh negara.
“Semalam penguatkuasa KPDNHEP telah membuat pemantauan harian 25 jenis bekalan di 970 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (753), pemborong (168) dan pengilang (31).
“MOA juga memberi jaminan barang makanan basah seperti sayur-sayuran, daging, ayam dan telur juga lebih daripada mencukupi.
“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian bagi menyambut bulan Ramadan kerana ianya dijamin mencukupi,” katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini pada Jumaat.
Sumber: Awani
4 Comments
Di sesetengah tempat, ada bekalan makanan yang tiada, contohnya tepung gandum, yis dan bahan untuk buat roti.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Usahawan Internet Susah Nak Jadi Jutawan
Alhamdulillah…keperluan barangan harian untuk sambut Ramadan mencukupi. Tidaklah perlu membeli barangan secara pukal. Mopga bulan mulia Ramadan Al-Mubarak ini kita sentiasa berjimat-cermat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Itu Covid 19 (Novel Coronavirus)?
Walau pun bekalan cukup, kalau sudah keluar membeli tu, elok beli untuk beberapa hari supaya tidak kerap keluar.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Antara Hikmah PKP Ini Adalah Kita Boleh Memiliki Bisnes Online Sendiri
ya. so far semua masih cukup. tapi risau tgk pertambahan pelanggan kat pasar dan hypermarket. semakin ramai
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Bukan Gadis Biasa di Tv3
Comments are closed.