“Jangan Ada Satu Orang Pun Yang Lapar”

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

“DOAKAN cita-cita saya jangan ada satu orang pun yang lapar atau tiada tempat tinggal di Malaysia ini. Semoga Allah terima jadi asbab kebaikan dan hidayah. Saudaraku di sebalik ujian ada rahmat,”

Demikian kapsyen ditulis pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menerusi Instagram (IG) miliknya.

Ustaz Ebit Lew memuat naik kapsyen berkenaan pada petikan rakaman video siaran langsung yang dilakukannya bersama selebriti terkenal, Neelofa.

Menerusi petikan rakaman video dimuat naik itu, Ustaz Ebit Lew memberitahu Islam adalah agama yang menerapkan kasih sayang.

Islam ini sebenarnya kasih sayang, Islam nak semua bahagia tanpa mengira agama dan bangsa

Islam nak semua bahagia, gembira, jadi rahmat pada semua orang.

Walaupun dia orang jahat, walau pelacur, walau pada penagih dadah, boleh ubah semua orang. Setakat ini kalau jumpa sesiapa ramai yang berubah,”

Baca : Biodata Ustaz Ebit Lew

Sehingga kini, perkongsian petikan rakaman video itu meraih lebih 950,000 tontonan. Rata-rata pengikutnya memberi sokongan dengan meninggalkan komen positif.

Ramai juga meluahkan rasa sayang terhadap Ustaz Ebit Lew dan kagum dengan kesungguhan pendakwah itu membantu golongan kurang bernasib baik.

Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew berdepan kontroversi pemberian bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan ketika ini.

Namun, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus menyumbang khidmat baktinya kepada golongan memerlukan meskipun menerima kecaman daripada pihak tertentu.

Selain warganet, barisan artis tanah air turut menyatakan sokongan mereka terhadap pendakwah kesayangan ramai itu.

https://www.instagram.com/p/B_h78YVlqOx/?utm_source=ig_web_copy_link

Baca : Allah Turunkan Ujian Tanda Allah Sayang

Wallahua’alam.

3 Comments

  1. Moga Allah bantu beliau dan juga kita jadi lebih bermotivasi nak bantu orang yang memerlukan. Apabila UEL buat begini, akan buka banyak mata tentang masih ramai penduduk Malaysia perlukan bantuan.

    Orang ramai akan berlumba-lumba buat kebaikan. Jadi imej Islam akan dipandang tinggi dan mudah-mudahkan lebih ramai kembali pada fitrah.
    Curahan rasa Zaini @ ..6 Amalan Terbaik di Bulan Ramadhan Bersama KeluargaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!