Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Pinjaman memang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan kita. Masuk universiti majoriti ambil pinjaman PTPTN. Bila dah abis belajar lagi banyak pinjaman yang kita buat antaranya pinjaman perniagaan, pinjaman kereta, pinjaman kooperasi, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan yang paling menakutkan pinjaman along.
Pinjaman memang dapat membantu apabila kita dalam kesusahan tetapi kalau disalah urus pinjaman akan menjadi beban yang berpanjangan sehingga tua. Ramai yang terjerat dengan pinjaman kerana tersalah perancangan akhirnya jadilah gali lubang tutup lubang. Pinjam sini untuk bayar hutang sana dan ramai juga yang terperangkap dengan status muflis.
Kebanyakan rakan-rakan yang buat pinjaman perniagaan tidak pandai menguruskan wang pinjaman yang diperolehi. Wang yang sepatutnya digunakan untuk modal perniagaan digunakan untuk membeli kereta mewah dan joli sakan sehingga projek perniagaan terbengkalai dan akhirnya menjadi beban kewangan.
Disiplin mesti ada dalam menguruskan pinjaman. Tidak kurang ramai juga yang liat sungguh nak bayar pinjaman sehingga bank dan institusi kewangan mengenakan syarat yang ketat kepada peminjam baru. Ini yang dikatakan akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Lihatlah berapa ramai bekas pelajar universiti yang gagal membayar pinjaman PTPTN sehingga kena senarai blacklist untuk keluar negara. Nak jadi penjamin pun takut sebab ramai dikalangan peminjam yang liat membayar balik pinjaman sehingga penjamin disenaraihitam.
Sabda RASULULLAH SAW yang ertinya, “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 ) dan “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)” ( Riwayat Muslim, 6/38).
70 Comments
pinjam la secara bijak
Curahan rasa SS @ ..Ping Entri Dengan Send Button
sy tau camne nk dpt duit tanpa pinjaman….terutama student…n lpasan graduate…sy xpenah agy buat pinjaman dgn mana2 loan or ptpn,mara..untuk tahu macam mane…PM inbox fb sy zol karnain…peluang hanya dtg sekali..so rebut2la..n dulu zaman bijak pandai…skrang zaman bijak mengambil peluang…
Betul ker ni? macam menarik jer
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
Pinjam tu boleh tapi jangan dengan Along sudah la! Nanti kamu akan mendapat kesusahan di kemudian hari. Beringatlah sebelum kena!
Alternatif terakhir rasanya kalau pinjam melalui Along tu?
Curahan rasa Steward John @ ..Alamat Rumah Cikmin?
Bayarlah pinjaman kamu kerana di akhirat nanti, walau sebanyak mana amalan kebaikan dilakukan akan terhalang untuk ke syurga Allah Taala jika hutang tidak dilunaskan.
tak bayar pinjam tu berhutang…hutang wajib dibayar walau tidak dituntuk… =.=
Curahan rasa suarapeople @ ..Restoran McD Pertama – Sejarah Penubuhan McD
kalau dah pinjam, bayar la..
Hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut.
cakap pasal pinjaman ni,teringat akan saya masa zaman saya pinjam Along dulu..fuhh serik dah…cukup2 tak mau dah
Sebagai manusia kita tidak akan pernah dipisahkan dengan yang namanya pinjam-meminjam atau ‘ariyah. Karena kita bahwa semua yang kita butuhkan itu tidak semuanya kita memilikinya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Leila Lopes Miss Universe 2011
Hidup adalah sebuah pinjaman yang mana suatu saat harus kita kembalikan kepada yang punya kehidupan haqiqi
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Leila Lopes Miss Universe 2011
makanya kita harus isi hidup ini dengan sebaik-baiknya bahkan yang terbaik-baiknya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Leila Lopes Miss Universe 2011
Apa yang dipinjam harus dikembalikan lagi khan..
Curahan rasa Steward John @ ..Pesanan Korban Secara Online
Sokong dengan Bang Iwan.
setuju dengan zainal
Curahan rasa mno @ ..How to Install a Guest Operating System
bila dah pinjam kena ingt utk byr..kalau x kena jwb kt akhirat..
setuju….hidup ini juga satu pinjaman…
Curahan rasa Pendekar @ ..AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) 1960 DIMANSUHKAN DENGAN RASMINYA~!!
pinjaman yg kita sendiri pon xtau bila Allah nak tarik balik
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Australian Interior Design Awards: Sebab Kenapa Rumah Ini Layak Disenaraipendek
salam
paling sakit hati bila berdepan dengan member yang pinjam duit tak reti nak bayar…seribu satu alasan di bagi…
Curahan rasa Zainal @ ..Wordless Wednesday – IMAC
Segala apa yang ada di tubuh badan kita pun merupakan suatu pinjaman dari-Nya. 😉
Hidup ini pun suatu pinjaman
Setuju juga dekat bro tu..
Comments are closed.