Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Salam Aidil Adha dari team Denaihati dan aku sekeluarga. Sempena Aidil Adha 2012 teringat aku pada pesanan terakhir Rasulullah SAW ketika mengerjakan Haji Wida’ sebelum Baginda meninggalkan kita semua untuk selamanya. Untuk itu mari kita baca semula entri ini semuga tersentuh di HATI.
Pejam celik begitu cepat masa berlalu rasanya baru semalam kita menyambut Maulidur Rasul memperingati hari kelahiran Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W kali ini sekali lagi Allah pinjamkan nyawa kita untuk memperingati kelahiran Rasulullah di tahun hijrah 1432. Kesedihan masih terasa ketika dapat menziarahi makam Baginda di Masjid Nabawi dan ada rasa rindu untuk menziarahi lagi.
- Detik-detik terakhir Rasullullah SAW menghadapi sakaratulmaut
- Sunnah Rasulullah keluar masuk masjid dan tandas
Kali ini aku ingin berkongsi Khutbah haji yang disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh syahdu di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman.
[box]Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.[/box]
Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok dunia untuk menyampaikan pesanan. Daripada 124ribu hanya sekitar 10ribu Para Sahabat yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH S.W.T.
Marilah kita berazam untuk taat perintah Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kejayaan di dunia dan akhirat.
P/s : Diharapkan juga semua sudi retweet dan share FB seberapa banyak yang boleh. Insyallah usaha anda akan mendapat balasan yang sewajarnya dari Allah S.W.T.
151 Comments
Saya dah share dekat Facebook.. Semoga ramai rakan facebook saya yang membaca pesanan terakhir Rasulullah SAW.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Peserta terkini Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..
Alhamdulillah,….. menyebarkan kebaikan adalah salah satu pahala.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cara Baru Mendapatkan Ribuan Backlink Gratis dan Berkualitas
Selamat Hari Raya AidilAdha kepada tuan Denaihati sekeluarga dan juga team Denaihati Network.. Terima kasih di atas perkongsian info.. Tentang Pesanan Terakhir Rasulullah SAW.. Insya Allah akan saya kongsikan di Facebook saya.. YQ..
Curahan rasa Anuar @ ..Koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha pilihan Anuar
Sungguh sangat indah pesan yang telah disampaikan oleh Rasulullah, semoga ini dapat menjadi pedoman hidup bagi semua umat muslim,,
Curahan rasa rojash @ ..Kiev Marriage Agencies can Help You get Life Partner
pengen cepet2 tobat tp g bisa2 mas…..
hu..hu….
Curahan rasa fandana @ ..CONTRACT KILLER 2 v1.0.0
Peringatan buat semua muslimin dan muslimat, jadikan panduan dan pegangan amanat dari Nabi kita..
Curahan rasa Myra Jay @ ..Puding Triffle di Hari Raya
khutbah terakhir Rasulullah ni memang banyak manfaat nya, kalo hayati betul2 .. boleh nangis tau DH..
Curahan rasa muazfaris @ ..Kenapa belajar Medic sukar?
Insya Allah kita semua sebagai umat muslim dapat mengikuti semua yang telah diperintahkan oleh Beliau,,,
Curahan rasa Ananda @ ..Some Ways to Improve the Game of Chess that is Effective for You
Nak mintak izin copy paste petikan khutbah ini dalam blog.
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..Salam Aidiladha 2012/1433
saya acungi jempol buat denia hati…..
Curahan rasa agus sidik @ ..Cara Mengobati Sfilis
selamat hari raya!
Curahan rasa ohcikgu @ ..[MTV] Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza – Muara Hati (OST Adam & Hawa)
an share juga bos … 🙂
semoga dapat pahala 🙂
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..Latihan Beban Turunkan Kolesterol & Trigliserid
izin share ulang k FB ya kawan…
makasih atas artikel yg bermanfaat buat semua orang.
Curahan rasa Nakusan Computer @ ..Kumpulan Theme Hyperdesk Windows XP
Pesan yang harus kita ikuti sebagai Umat Islam dan umatnya Rasulullah Muhammad SAW
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Buta Warna Dan Jenisnya
Semoga kita selalu mendapatkan nikmat Iman dan Islam selamanya. amin
http://www.aksentropis.co.id
Semoga kita selalu mendapatkan nikmat Iman dan Islam selamanya. amin
amin y rabbal alamin 🙂
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..Latihan Beban Turunkan Kolesterol & Trigliserid
Comments are closed.