Personaliti Online Paling Berpengaruh di Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya baru-baru ni telah berlangsung majlis pelancaran “The Influencer“, satu rancangan realiti baru yang memaparkan beberapa personaliti online paling berpengaruh di Malaysia dalam pelbagai bidang daripada gaya hidup, fesyen, kecantikan, makanan dan juga teknologi.

The Influencer merupakan idea pengasas PersonEdge Sdn Bhd, Choo Mei Sze bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lowyat MSC, Vijandren Ramadass dan dengan kerjasama Nokia Malaysia. Maka lahirlah rancangan yang bertujuan untuk membina dan menunjukkan kredibiliti serta kepentingan peranan personaliti online yang ada di Malaysia.

The Influencer pencarian personaliti online berpengaruh di Malaysia

Siri “The Influencer” ini akan disiarkan di laman web Lowyat.TV bermula dari 6 Disember 2013 (Jumaat). Melalui rancangan ini, kita akan dapat lihat 10 personaliti online bertarung dalam 6 cabaran untuk merebut title “The Influencer” dan juga hadiah-hadiah menarik. Setiap episod akan memaparkan personaliti yang terlibat dalam cabaran yang mempunyai tema tertentu.

10 peserta yang akan bertanding dalam “The Influencer” ialah Cheeserland, Vernon Chan, Ben Ashaari, Sunshine Kelly, Rebecca Saw, Ami Schaheera, Karen Kho, Jacklyn Gan, Ah Bok dan Chriz Ooi. Ben Ashaari tak perlu diperkenalkan lagi antara Blogger Melayu yang paling terkenal. Vernon Chan dan Rebecca Saw memang biasa jumpa di berbagai majlis pelancaran produk tetapi yang lain memang tak berapa biasa sangat berjumpa.

Peserta akan menggunakan gadget baru Nokia Lumia 1520, smartphone terkini Nokia bersaiz 6-inci dengan kamera 20 Megapixel. Mereka merupakan antara orang pertama di Malaysia yang menggunakan gadget terkini Nokia Lumia 1520 bagi memperkasakan diri mereka dalam 6 cabaran berbeza yang akan mereka tempuhi iaitu teknologi, kecantikan, makanan, kesihatan, fesyen dan pelancongan. Teringat pulak ketika Denaihati bersama 7 Blogger Malaysia dan Singapore berentap untuk memperkenalkan ultrabook Toshiba pada awal 2012. Cabaran Ultrabook Toshiba 2012 yang telah memaparkan wajah sebenar Denaihati yang sebelum itu menjadi rahsia.

Blogger Ben Ashaari salah seorang peserta The Influencer

Rancangan “The Influencer” akan disiarkan secara online di laman web Lowyat.TV pada setiap hari Jumaat bermula 6 Disember 2013. Ingat tarikh tu! Jangan ketinggalan untuk menonton rancangan menarik ni. Rasa-rasa, siapa agaknya personaliti online yang akan dinobatkan sebagai THE INFLUENCER? Sama-sama kita tengok nanti.

2014 siapa tahu mungkin Shakiddo yang akan tersenarai … tiada yang mustahil. Pada anda siapakah personaliti online yang paling berpengaruh di Malaysia selain daripada yang tersenarai di atas?


Spread the love

91 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!