Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
masanya telah hampir tiba. Ramai yang telah mendaftar Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 sejak pengumuman yang dimaklumkan pada 19 Mei 2015 dan tidak kurang juga yang mendaftar di hari-hari terakhir ini. Majlis Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini akan diadakan di
- Tempat : Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya
- Tarikh : 13 Jun 2015
- Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
Bagi mereka yang datang dari luar lembah klang, boleh rancang perjalanan untuk ke Taman Cabaran Putrajaya. Sekiranya ada yang datang dengan menggunakan pengangkutan awam ERL, boleh hubungi Shakiddo di talian 019-2372347. Inshaa Allah akan diuruskan transport dan kami akan ambil di stesen ERL Putrajaya.
Bagi yang menggunakan kenderaan sendiri, boleh menggunakan aplikasi Waze dengan menaip “Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya“. Taman Cabaran ini ada dua bangunan. Semua peserta perlu berkumpul di bahagian WALL CLIMBING pada sebelah pagi.
Kelainan dibuat pada tahun keempat penganjuran Sepetang Bersama Blogger ini dengan berkonsepkan outdoor. Aktiviti treasure hunt pada sebelah pagi dan sesi perkongsian pada sebelah petang. Tidak seperti tahun-tahun lepas, kali ini semua akan bersantai di ruang legar Kompleks Sukan Lasak Putrajaya ini. Diharap agar rakan-rakan blogger dan aktivis sosial media akan lebih beramah mesra di antara satu sama lain dengan konsep baru ini.
Bagi sesi treasure hunt, dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai. Jika difikirkan lebih selesa untuk pakaian tracksuit, maka sesuai dipakai oleh peserta. Aktiviti treasure hunt kali ini lebih banyak kepada BERJALAN KAKI dan menduga akal di samping perkongsian sosial media secara berkumpulan dan individu. Sehelai Tshirt untuk setiap seorang peserta yang mendaftar juga akan diberikan sewaktu pendaftaran.
Bagi menambahkan suasana Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015, pihak Yeos Malaysia sudi menaja 3 unit GoPro Hero 4 Silver untuk Contest Sitkom Yeos. Berdasarkan maklumat terkini, tidak ramai yang menyertainya dan keputusan dibuat dengan hanya 1 unit hadiah GoPro Hero 4 Silver diberikan untuk contest ini. Baki DUA unit lagi akan dibawa ke hari Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 pada 13 Jun 2015 nanti.
Jangan lupa untuk sertai di Contest Sitkom Yeos
Kepada peserta #SBBYeos2015 ini, jangan risau mengenai makanan kerana Bakarlah BBQ & Rental akan menghidangkan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang. Kesemuanya dihidangkan juga dengan minuman segar dari Yeos Malaysia. Kemudahan lain seperti bilik persalinan baju, tandas dan surau juga terdapat di Kompleks Sukan Lasak, Taman Cabaran Putrajaya ini.
Aktiviti santai ini akan diisi dengan perkongsian cerita dan kisah dari individu-individu yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing. Kehadiran beberapa rakan blogger dari Indonesia juga pasti akan memeriahkan suasana di samping dapat bertukar-tukar cerita dan idea di dalam arena berblogging.
Kepada yang hadir, ada maklumat terbaru mengenai program Kem Ramadhan Yeo’s 2015 yang akan diadakan pada 11 Julai 2015. Program ini akan dilakukan seperti tahun lepas di mana rakan blogger berpeluang bersama artis-artis seperti Ajak Shiro, Nad Zainal, Heliza Helmi untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik. Jadi, untuk menyertainya cuma perlu membeli sekarton air Yeos yang akan dijual pada hari Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015.
Sekirannya ada pertanyaan segera, boleh maklumkan kepada Team Denaihati untuk maklumat lanjut.
74 Comments
kita tunggu update dari mereka yang pergi..mesti best nie..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Mau Ambik Lenovo Tapi Minat Alcatel
Kalau tak keberatan boleh baca blog saya… salah satu tugasan yang perlu kami lakukan ialah menulis entri dekat blog… Bukan mudah nak tulis entri dengan menggunakan smart phone dlm tempoh masa yang singkat… huhuuu…
Curahan rasa anuar @ ..Aktiviti Treasure Hunt di SBB 2015
mesti susah nak menaip sebab biasa semua guna papan kekunci, mencabar betul tugasan yang diberikan pada peserta.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Asas Untuk Bekalan Usahawan
Wah menarik betul aktivitinya. Memang sesuai untuk blogger yang hadir. Barulah dikatakan blogger sejati !
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Ibu Susuan dan Anak Susuan
semoga majlis sepetang bersama blogger ini berjalan dengan lancar hendaknya 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..4 Kaedah Sediakan Menu Berbuka Puasa Yang Sihat
Syukur Alhamdulillah. ..majlis sedang berjalan… setakat ñampak semuanya teratur… tahniah team denaihati network di atas penganjuran yang hebat… 😉
Curahan rasa anuar @ ..Aktiviti Treasure Hunt di SBB 2015
Msih bingung….
By : Graha Nomor Cantik
Tak dapat hadir kerana menghadiri kenduri arwah dikampung. Semoga rakan-rakan yang hadir bergembira.
Curahan rasa akubiomed @ ..Magic Art Museum 3D art museum di Melaka
Samalah, tak dapat hadir kerana urusan keluarga. Tapi memang best baca perkongsian pengalaman rakan-rakan yang hadir.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Selamat Hari Lahir Ke 5 Tahun Arif Fahmi ~
best giler..tazzabar nak join ni..harap dapat go pro haha
Curahan rasa JMR @ ..Akad nikah adik
Amin.. semoga doa dimakbulkan. .. ini first time saya join event yang dianjurkan oleh team Denaihati… jadi tak menaruh harapan untuk menang besar. .. hehehe…
Curahan rasa anuar @ ..Perniagaan Jutawan Senyap : Langkah menangani Masalah Ekonomi 2015
sukses untuk acaranya.. semoga ada rezeki bisa joint next year ^__^
Ya begitulah. . Diharapkan team Denaihati anjurkan lagi event macam ni pada tahun depan.. 😉
Curahan rasa anuar @ ..Perniagaan Jutawan Senyap : Langkah menangani Masalah Ekonomi 2015
esok dah event best ni. untung sape dapat pegi. seronok, dapat kenal blogger, boleh menang gajet plak tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis M.A.I.D di Astro Ria
Didoakan semoga berjalan lancar seperti yang dirancangkan. In Sha Allah. Baca entry ni nampak event ni sangat organize.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik
Rasa tak sabar nak hadir ni. Harap-harap tiada apa-apa halangan Insyallah.
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Tuan Sani pergi tak? Kongsilah entry di blog. Teringin nak baca…
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips Galak Anak Kecil Berlatih Puasa
Wah, bakalan jadi sharing ilmu yang bermanfaat nih para Blogger berkumpul & berdiskusi. Jadi pengen ikutan 🙂
Curahan rasa Nyeri Dada Saat Tarik Nafas @ ..Nyeri Dada Saat Tarik Nafas
meriah banget acaranya ….. . dan saya hanya bisa berkomentar saja untuk hal ini . sukses terus .
Makanan yang dihidang, sedap-sedap belaka. Terus rasa lapar hihi… Larik!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Minuman Tenaga Berkhasiat Untuk Bulan Puasa
Siap barbeque lagi tu kan? Minuman pun dari Yeo’s, ada hadiah yang menarik lagi..pastinya meriah ni!
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Shaklee CSR YES 5 Incentives
Sudah pasti acara ini akan berjalan dengan cukup meriah sekali,semoga dapat berjalan Dengan lancar,InshaAllah,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100
Ya, semoga dapat berjalan dengan lancar mengikut aturcara yang telah diaturkan…Tahniah DH sebab berjaya anjurkan program seperti ini..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Turunkan Bacaan Tahap Kolesterol ke Paras Normal
Wah seronoknya. Macam tak nak lepaskan peluang ini. InsyaAllah ada rezeki, kita jumpa di sana!!!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Minuman Tenaga Berkhasiat Untuk Bulan Puasa
Wah, berpeluang ikut program DH ni ya? Tahniah dan semoga bergembira semuanya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Paras Gula Dalam Darah Semakin Stabil
Insyallah ..ada peluang kita jumpa di sana… Selamat berpetang di Putrajaya..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Wah confirm meriah nnt ni. besnyee kalau dapat join sekali
Curahan rasa Leyha @ ..5 Vitamin penting untuk kulit cantik
Best kan! Saya pun tak berpeluang nak join..dah ada program lain..Sepatutnya dah dekat dengan rumah ni mesti takkan lepaskan peluang ni..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Jantung Sihat Kunci Kesihatan Badan
Noriza: Bolehlah joint tahun depan pula. Insyallah saya akan joint, kalau tiada aral melintang..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Kalau ada peluang insyaAllah memang akan join even yang dianjurkan.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Turunkan Bacaan Tahap Kolesterol ke Paras Normal
Comments are closed.